KHAMIS, 13 OKTOBER 2016 @ 1:08 PM
GAMBAR fail. Peluru berpandu A.S. Navy pemusnah USS Mason.
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan peluru berpandu untuk memusnahkan tiga lokasi radar pesisir pantai di wilayah dikuasai pemberontak Houthi di Yaman hari ini. Ia sebagai tindak balas susulan serangan peluru berpandu ke atas kapal pemusnah Tentera Laut Amerika minggu ini yang gagal mengenai sasaran. Serangan yang diluluskan Presiden Barack Obama itu adalah tindakan ketenteraan pertama Washington terhadap sasaran dikuasai Houthi dalam konflik di Yaman. Namun, Pentagon menegaskan serangan itu bersifat mempertahankan diri kerana ia menyasarkan radar yang membolehkan pelancaran sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu ke arah kapal pemusnah USS Mason pada Ahad. "Serangan mempertahankan diri terhad ini dilakukan bagi melindungi anggota, kapal dan kebebasan belayar," kata jurucakap Pentagon, Peter Cook. Pegawai Amerika yang enggan dikenali, berkata kapal pemusnah USS Nitze, melancarkan peluru berpandu Tomahawk kira-kira jam 4.00 pagi waktu tempatan (0100 GMT). "Radar itu aktif ketika serangan terdahulu dan cubaan serangan terhadap kapal di Laut Merah termasuk USS Mason," kata seorang pegawai sambil menambah radar berkenaan berada di tempat terpencil dan risiko kematian penduduk awam adalah rendah. - Reuters
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201740
![]() |

No comments:
Post a Comment