 |
SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, John Kerry, Setiausaha Luar British Boris Johnson dan Duta Khas PBB untuk Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed di Lancaster House, London, Britain. - Foto REUTERS |
DUNIA AHAD, 16 OKTOBER 2016 @ 11:51 PM LONDON: Amerika Syarikat, Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini menuntut pihak bertelagah di Yaman - negara yang dilanda perang saudara - supaya mengisytiharkan gencatan senjata dalam tempoh beberapa hari. "Ini adalah masanya bagi melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat dan kemudian bergerak ke meja rundingan," kata Setiausaha Negara AS, John Kerry selepas rundingan diplomatik peringkat tertinggi di London, hari ini. Kerry bercakap selepas pertemuan dengan wakil keamanan PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed serta menteri dari Arab Saudi, Britain dan Emiriah Arab Bersatu. Diplomat tertinggi dari AS itu berkata, dia bersama Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson dan Cheikh Ahmed mahu gencatan senjata dimulakan secepat mungkin, sama ada hari ini atau pun esok.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202833
No comments:
Post a Comment