![]() |
GAMBAR fail bertarikh 4 April 2003 menunjukkan USS Mason tiba di Port Canaveral, Florida. -
SANAA, Yemen – Sebuah kapal pemusnah milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan diserang oleh pemberontak Houthi di Yemen, insiden ketiga dalam masa seminggu.
“Kapal USS Mason sekali lagi diserang di Laut Merah. Serangan ini juga sekali lagi berasal dari peluru berpandu yang dilancarkan dari pantai Yemen,” kata Laksamana Tentera Laut, John Richardson kepada wartawan semasa menghadiri sebuah acara di Baltimore.
Richardson berkata, kapal itu bertindak balas dalam insiden tersebut yang berlaku lewat kelmarin.
“Bedilan ini tidak mengenai kapal USS Mason,” jelasnya.
Tentera AS telah melancarkan serangan balas ke atas tiga stesen radar di kawasan yang dikuasai pemberontak Houthi awal minggu ini selepas kapal pemusnah itu menjadi sasaran bedilan peluru berpandu sebanyak dua kali.
Kumpulan pemberontak Houthi bagaimanapun menolak dakwaan tersebut. Pemberontak Syiah Houthi menentang kerajaan Yemen pimpinan Presiden Abd-Rabbu yang disokong oleh pakatan Arab Saudi.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 6,500 penduduk Yemen terbunuh sehingga Jun 2016 akibat serangan udara pakatan diketuai Arab Saudi. – dpa
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4NO0gyHy9
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment