10 OKTOBER 2016
![]() |
Siasat serangan Yaman Anggota perubatan membawa mayat mangsa serangan udara di Sanaa, kelmarin. - Foto AFP
RIYADH - ARAB SAUDI. Gabungan diketuai Arab Saudi menentang kumpulan pemberontak di Yaman, memaklumkan bersedia menjalankan siasatan bersama Amerika Syarikat (AS) terhadap serangan di Sanaa yang mengorbankan lebih 140 orang.
Gabungan itu dalam satu kenyataan berkata, mereka juga sanggup menyediakan pasukan penyiasat dengan sebarang data dan maklumat berkaitan operasi ketenteraannya di lokasi kejadian serta kawasan sekitarnya.
"Kami akan menyiasat kes itu dengan segera bersama Pasukan Penilaian Insiden Bersama di Yaman dan pakar dari AS yang mengambil bahagian dalam siasatan sebelum ini," katanya menerusi Press Agency Saudi.
Kelmarin, lebih 140 orang terbunuh dan lebih 525 yang lain cedera dalam serangan udara di Sanaa, ketika majlis pengebumian bapa seorang pemimpin tertinggi pemberontak Houthi.
Menurut saksi, sekurang-kurangnya tiga serangan udara dilancarkan di Dewan Utama, salah satu dewan terbesar di ibu negara sekitar jam 3.30 petang (waktu tempatan). - Agensi
No comments:
Post a Comment