Friday, 14 October 2016

AS bersedia untuk serangan baharu di Yaman


JUMAAT, 14 OKTOBER 2016 @ 9:42 AM  Sebuah kenderaan pemusnah yang mempunyai antena radar di bandar pelabuhan Hodeidah, Yaman . - Foto AFP WASHINGTON: Pentagon bersiap sedia untuk kemungkinan melancarkan serangan baharu di Yaman selepas serangan peluru berpandunya memusnahkan sasaran pemberontak Houthi, tetapi pegawai tentera menegaskan Amerika Syarikat mahu mengelak daripada terbabit dalam satu lagi peperangan. Terdahulu, Tentera Laut Amerika melancarkan peluru berpandu Tomahawk ke tiga lokasi radar mudah alih di wilayah pantai Laut Merah yang dikuasai Houthi selepas pemberontak yang disokong Iran itu membedil roket ke arah kapal pemusnah USS Mason dua kali dalam masa empat hari. Tentera AS menegaskan serangan itu adalah tindakan mempertahankan diri. Walaupun Amerika Syarikat menyediakan bantuan logistik kepada tentera antarabangsa diketuai Arab Saudi yang memerangi pemberontak itu, pengeboman semalam menandakan kali pertama Washington mengambil tindakan secara langsung terhadap pihak Houthi. Jurucakap Pentagon, Peter Cook, berkata ia bukan permulaan kepada kempen baharu di rantau berkenaan, yang menyaksikan Amerika terbabit dalam perang di Afghanistan, Iraq, Libya dan Syria. "Kami tidak berhasrat terbabit lebih mendalam dalam konflik. Ini mengenai melindungi rakyat kami," katanya. Rumah Putih turut menegaskan Amerika tidak meningkatkan peranannya dalam kempen ketenteraan di negara itu. Dalam perkembangan berkaitan, Iran menghantar armada kapal perangnya ke Teluk Aden, susulan serangan peluru berpandu terhadap kemudahan lokasi radar Houthi itu. Tentera Laut Iran menghantar kapal perang ke perairan antarabangsa untuk misi termasuk memasuki kawasan di luar pantai selatan Yaman, kata Laksamana Habibollah Sayyari. "Ia akan menyediakan kawalan keselamatan laluan laut kepada kapal Iran dan melindungi kepentingan negara ini di laut dalam," katanya. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202023

No comments:

Post a Comment