Seorang pemimpin al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), Shawki al-Badani dan pemimpin Ansar al-Sharia di wilayah al-Bayda, Nabil al-Dahab antara empat orang yang terbunuh dalam serangan di lapangan terbang itu.
Agensi berita, Al Jazeera melaporkan, serangan mortar itu dilancarkan berikutan laporan seorang pegawai tertinggi al-Qaeda yang dikehendaki AS dan pemimpin kumpulan bersenjata Ansar al-Sharia terbunuh dalam serangan udara di bahagian tengah negara ini.
Jabatan Negara AS melaporkan, Shawki mempunyai kaitan dengan sekurang-kurangnya dua rancangan serangan ke atas Kedutaan AS di Sanaa dan pengeboman berani mati yang mengorbankan 100 nyawa tentera pada 2012.
Dalam satu perkembangan lain, pegawai AS menafikan laporan tentang arahan yang diberi kepada bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Salleh supaya meninggalkan negaranya atau beliau bakal berdepan dengan sekatan.
Parti politik Ali, Kongres Agung Rakyat (GPC) menyifatkan tindakan AS itu adalah satu campur tangan dalam hal ehwal dalaman Yemen dan tiada negara yang mempunyai hak untuk mengarahkan rakyat Yemen meninggalkan negara ini.
Namun, jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki menafikan dakwaan itu.