SANAA 30 Nov. - Kumpulan pemberontak bersenjata Huthi dan wakil Parti Sunni al-Islah mengadakan pertemuan buat kali pertama kelmarin, yang bertujuan untuk meredakan krisis di negara ini selepas kumpulan pemberontak itu merampas bandar Sanaa, September lalu.
Pertemuan antara ketua Ansarullah, Abdelmalek al-Huthi bersama dengan delegasi dari Parti Al-Islah itu diadakan di kubu kuat kumpulan Huthi di Saada, utara negara ini, kata wakil kumpulan pemberontak itu menerusi laman sosial miliknya.
Parti Al-Islah dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua belah pihak menyatakan kesediaan untuk menamatkan krisis dan bekerjasama antara satu sama lain serta berdamai kerana pertempuran antara kedua-dua belah pihak boleh mengancam keselamatan di negara ini. - AFP
No comments:
Post a Comment