SANAA 13 Nov. – Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh dalam pertempuran di antara kumpulan pemberontak Huthi dengan puak Sunni yang merupakan sekutu kumpulan Ansar al-Sharia di tengah Yemen dalam tempoh dua hari.
Menurut laporan penduduk semalam, puak Sunni dan pejuang Ansar al-Sharia di kawasan Qifa telah menawan beberapa puncak bukit, termasuk gunung al-Thaaleb yang dirampas oleh pemberontak Huthi.
Sumber tentera Yemen memaklumkan, serangan udara yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS) mengorbankan tujuh orang yang disyaki anggota militan al-Qaeda di selatan Yemen. – REUTERS
No comments:
Post a Comment