Kumpulan penyokong pro-Ali mengadakan protes di Dataran Tahrir bagi membantah sekatan yang dikenakan ke atas beliau.
Kumpulan penyokong pro-Ali mengadakan protes di Dataran Tahrir bagi membantah sekatan yang dikenakan ke atas beliau.
SANAA - YAMAN. Kerajaan baharu Yaman mengangkat sumpah, semalam walaupun berdepan bantahan Kongres Rakyat Umum (GPC) dan pemberontak Houthi.

Media tempatan melaporkan satu mesyuarat turut diadakan sejurus majlis mengangkat sumpah itu berakhir dan langkah itu dilihat sebagai usaha untuk menamatkan sengketa politik di negara itu.

"Kebanyakan menteri yang merupakan sekutu bekas Presiden Ali Abdullah Saleh juga hadir ketika upacara rasmi dan mesyuarat itu berlangsung," menurut Al-Jazeera.

Kelmarin, Presiden Yaman, Abdul Rabuh Mansur Hadi dipecat daripada jawatan timbalan pengerusi dan setiausaha agung parti GPC selepas beliau dituduh bersekongkol dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengenakan sekatan ke atas Ali.

Dalam satu kenyataan, Ali menolak sekeras-kerasnya sekatan aset dan visa yang dikenakan ke atasnya bersama dua lagi komander Houthi selepas mereka didakwa mengancam keselamatan negara.

Sekatan itu berkuat kuasa selepas beliau didakwa menjadi penyokong utama Houthi yang telah menguasai ibu negara sejak September lalu. -