Wednesday, 12 November 2014

Houthi bimbangkan Saudi


Riyadh: Kumpulan Syiah Houthi di Yaman yang dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya di negara itu menimbulkan kebimbangan Arab Saudi terhadap kawasan sempadannya di selatan.
Ketiadaan pengawal sempadan atau pos keselamatan di sempadan Yaman memudahkan pendatang, penyeludup malah juga kumpulan al-Qaeda menembusi Arab Saudi.
Pengawal sempadan di wilayah Jizan, Leftenan Kolonel Hamid al-Asmari mengakui keadaan itu sukar bagi mereka yang bertugas di sana.
Jizan - antara lokasi sempadan paling aktif - hanya terletak beberapa meter dari pasar senjata al-Mashnaq di sebelah Yaman.
Malah, setiap Jumaat pengawal yang bertugas dapat mendengar khutbah Houthi dari tempat kawalan mereka dan jika menggunakan teropong, mereka juga dapat melihat slogan anti-Amerika dan anti-Israel dicat pada tembok.
Kebanyakan perkampungan di sempadan berkenaan kosong selepas peperangan di kawasan itu 2009-2010 menyaksikan kira-kira 200 askar Arab Saudi terbunuh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 November 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8361#sthash.76KttQ3P.dpuf

No comments:

Post a Comment