Thursday, 13 November 2014

Puluhan militia Huthi terbunuh


Sanaa: Satu letupan kuat menyasarkan kumpulan militia Syiah di tengah Yaman menyebabkan puluhan orang terbunuh.
Serangan itu dilihat sebagai antara yang terburuk dalam kekacauan yang semakin meningkat di negara itu.
Yaman dilanda keganasan baru sejak kumpulan Syiah Huthi menawan ibu negaranya, Sanaa, September lalu.
Sejak itu, kumpulan berkenaan berusaha meluaskan pengaruh mereka di seluruh negara Semenanjung Arab itu, tetapi berdepan dengan tentangan sengit daripada suku kaum Sunni tempatan dan cabang Al-Qaeda di negara itu.
Kebangkitan mereka mencabar kekuasaan Presiden Abdrabuh Mansur Hadi, sekutu Amerika Syarikat dan keganasan berterusan walaupun usaha dilakukan untuk mencari penyelesaian politik yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Serangan semalam menyasarkan penduduk Huthi yang berhimpun di kediaman seorang ketua kabilah di bandar Rada, tempat pertempuran sengit pernah berlaku antara tentera dengan kumpulan suku kaum sebelum ini.
Letupan itu adalah yang terbesar pernah berlaku di Rada sejak Huthi menguasai sebahagian bandar itu bulan lalu.
Penduduk berkata, serangan itu berlaku awal pagi dan cukup kuat hingga menggegarkan seluruh bandar.
Sumber tentera dan kabilah berkata, puluhan orang terbunuh.
Setakat ini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab. Pihak berkuasa juga belum dapat memberi gambaran mengenai cara serangan itu dilakukan.
Al-Qaeda Yaman sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkembar minggu lalu yang didakwanya meragut puluhan nyawa pejuang Huthi di bandar berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 November 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8665#sthash.llhX1lOj.dpuf

No comments:

Post a Comment