Menurut agensi berita Al-Jazeera, anggota kumpulan dari puak Qifa memaksa kumpulan pemberontak Huthi meninggalkan Manasih di bandar Radda, kira-kira 130 kilometer dari Sanaa.
Pemberontak Huthi dipercayai mempunyai kaitan dengan pengikut Syiah Iran, yang menguasai bandar Sanaa bulan lalu dan melancarkan serangan yang berterusan serta menentang kumpulan al-Qaeda dari cawangan Yemen.
Kelmarin, Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi mendesak pemberontak Huthi meletakkan senjata dan berundur dari semua bandar-bandar dan wilayah yang ditawan termasuk Sanaa.
Pada 21 September lalu, satu perjanjian damai dipersetujui antara pemberontak Huthi dengan kerajaan, bagaimanapun setakat ini pemberontak gagal mengakhiri pertempuran tersebut.
Semalam, kumpulan pemberontak menyerbu kediaman aktivis yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan, Tawakkul Karman serta dua lagi kediaman yang dimiliki seorang penasihat kepada Abd Rabbuh di sini.
Sementara itu, jurucakap kum­pulan pemberontak Huthi, Mohamed Abdel-Salam mengumumkan, pihaknya akan terus meningkatkan serangan sehingga matlamat untuk membentuk kerajaan baharu tercapai.