Ratusan penduduk Yaman mengadakan bantahan menuntut pemberontak Houthi membuka sekatan yang dikenakan ke atas ibu negara Sanaa
Ratusan penduduk Yaman mengadakan bantahan menuntut pemberontak Houthi membuka sekatan yang dikenakan ke atas ibu negara Sanaa
SANAA - YAMAN. Perdana Menteri Yaman yang baru dilantik didakwa meletak jawatan susulan bantahan daripada pemberontak Houthi yang menolak pencalonan itu.

Kelmarin, Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi menerima peletakan jawatan Ahmed Awad Mubarak selepas penunjuk perasaan Houthi menyelar pilihan kerajaan berkenaan.

Difahamkan melalui laporan Press TV, keputusan meletak jawatan diambil dalam usahanya untuk memelihara perpaduan negara daripada sebarang perpecahan.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan bom berani mati yang disasarkan kepada penunjuk perasaan anti kerajaan di Dataran Tahrir di ibu negara, semalam.