
MUHAMMAD HAFIZUL ABDUL RAZAK, 22, (empat dari kanan) memimpin bacaan doa bersama rakan-rakan yang selamat tiba di KLIA dari Yemen semalam.
SEPANG – Menurunkan papan tanda sekolah bagi mengelirukan puak pemberontak dan menyaksikan rakan-rakan dirompak kumpulan bersenjata merupakan antara pengalaman cemas yang dilalui oleh pelajar Malaysia ketika terperangkap dalam peperangan akibat krisis politik di bandar Sana'a, Yemen.
Mengimbau semula saat-saat cemas tersebut, pelajar tahun satu jurusan Pengajian Islam, Abdullah Irfan Ahmad Dzaiuddin, 23, berkata, dia tidak me–nyangka cerita rakan-rakan senior mengenai perang di Yemen yang selalu didengarnya sebelum ini benar-benar menjadi kenyataan.
Bagaimanapun, kata Abdullah Ifran, dia dan rakan-rakannya bernasib baik kerana kejadian itu berlaku ketika kebanyakan universiti seperti Al-Iman, Ulum, Yemeniah dan Sana'a sedang bercuti.
Pelajar-pelajar tidak berada di bilik kuliah atau asrama ketika bangunan Universiti Al-Iman ditawan oleh kumpulan pemberontak Huthi yang terdiri dalam kalangan puak Syiah pada 25 September lalu.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1008&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3FXVa0doK
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment