Friday, 17 October 2014

Al-Qaeda kuasai pekan di selatan Yemen


SANAA 16 Okt. - Sekumpulan anggota militan yang disyaki pengganas al-Qaeda menawan pekan Udain di barat laut Yemen, menyebabkan lima anggota polis terbunuh, beberapa jam selepas pemberontak Syiah, Houthi menguasai ibu negeri wilayah Ibb terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian.
Kumpulan militan berkenaan menyerang ibu pejabat polis dan bertindak membakarnya, sebelum menjadikan pejabat kerajaan dan pejabat pos sebagai sasaran.
Sumber keselamatan berkata, serangan suspek al-Qaeda itu dipercayai sebagai membalas tindakan pemberontak Houthi yang menguasai wilayah Ibb dan Dhamar, selain menawan ibu negara Yemen, Sanaa sebagai usaha menentang kerajaan pimpinan puak Sunnah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141017/lu_09/Al-Qaeda-kuasai-pekan-di-selatan-Yemen#ixzz3GLuy9sh3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment