Thursday, 22 January 2015

Houthi tawan istana presiden

Sanaa
Pejuang Houthi semalam berada di luar kediaman Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, tetapi berkata, mereka belum menggulingkan pemimpin itu, selepas pertempuran selama dua hari yang melihat kumpulan Syiah itu berjaya menawan hampir seluruh ibu negara Yaman ini.
Houthi yang mempunyai hubungan baik dengan Iran semakin berkuasa di Yaman, namun buat masa ini belum lagi menggulingkan Abd-Rabbu, mungkin kerana lebih menguntungkan jika presiden terbabit di bawah pengaruh mereka berbanding terpaksa memikul tanggungjawab jika mengambil alih kuasa pemerintahan.
Kejayaan kumpulan itu menumpaskan pengawal presiden dalam pertempuran selama beberapa hari itu meningkatkan kemelut di Yaman yang juga menjadi sasaran serangan dron Amerika Syarikat (AS) terhadap cabang al-Qaeda di negara itu.
Selepas pertempuran di pejabat dan kediaman presiden, kelmarin, ketua Houthi dalam ucapannya mengancam mengambil langkah lebih lanjut kecuali Abd-Rabbu tunduk kepada tuntutan melakukan perubahan dalam perlembagaan untuk meningkatkan pengaruh Houthi.
Menjelang pagi semalam, pejuang Houthi yang turut menggunakan kereta kebal menggantikan pengawal di kediaman presiden. Beberapa pengawal pemimpin itu kemudian dibenarkan duduk di pos kawalan mereka.
Anggota kanan Houthi, Mohammed al-Bukhaiti berkata: “Presiden masih di rumahnya. Tiada masalah, dia boleh meninggalkannya bila-bila masa.”
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 5:07 AM


ANGGOTA Houthi berpakaian tentera memeriksa kenderaan yang menghala ke istana presiden di Sanaa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25423#sthash.EbMJMQ3T.dpuf

No comments:

Post a Comment