Monday, 26 January 2015

Yaman belum tolak Hadi


26 Januari 2015


SANAA - YAMAN . Parlimen Yaman semalam menangguhkan cadangan untuk mengundi sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Hadi meletak jawatan pada Khamis, akibat tekanan pemberontak yang menyerbu masuk ke istananya sekali gus mengheret negara itu ke kancah huru-hara dan membantutkan kerjasama dalam usaha Amerika Syarikat (AS) memerangi gerakan al-Qaeda.

Agensi berita Saba yang dikawal Houthi berkata, sesi berkenaan ditangguhkan bagi membolehkan anggota dewan itu diberitahu.

Pemberontak Houthi yang disokong Iran kini muncul puak paling berkuasa di Yaman selepas menguasai ibu negara Sanaa pada September lalu. - dpa

No comments:

Post a Comment