Thursday, 22 January 2015

Istana Presiden ditawan


Cubaan pemberontak Syiah Huthi guling kerajaan Yemen
22 Januari 2015 12:34 AM


Sebahagian pemberontak Huthi, meraikan kejayaan menawan istana Presiden Yeman di Sanaa, kelmarin. - AGENSI

SANAA 21 Jan. - Pemberontak Syiah Huthi me­nawan istana Presiden Ye­men dan menyerang kediaman Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi, semalam dalam percubaan un­tuk menggulingkan kerajaan bermasalah di negara ini.
Tindakan kumpulan pemberontak itu, sekali gus mendapat kecam­an daripada Majlis Keselamatan Per­tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyokong Abd-Rabbu sebagai ‘kerajaan yang sah’ dan meminta semua pihak terlibat supaya menyokong kerajaan sedia ada.
Pemimpin pemberontak, Abdul Malik al-Huthi yang menguasai ibu negara Yemen itu sejak Septem­ber lalu agak ‘degil’ dengan memberi amaran bahawa ‘kesemua pi­­­lih­an’ yang diberikan adalah untuk menen­tang Abd-Rabbu yang didakwa­nya menyokong ‘perpecahan’ di negara ini.
Selepas keadaan agak tenang malam sebelumnya, anggota pemberontak bertindak menawan is­ta­na Presiden dan menyerang kedi­am­an Abd-Rabbu ketika Presiden itu berada di premis tersebut, sekali gus merosakkan gencatan senjata ringkas yang dicapai sebelumnya.
Menteri Penerangan Yemen, Nadia Sakkaf berkata, pemberontak menyerang kediaman Abd-Rabbu di barat Sanaa, semalam selepas sak­si melaporkan berlaku pertempuran di kawasan tersebut.
“Presiden diserang kumpulan pemberontak yang mahu menggulingkan kerajaan,’’ kata Nadia dalam akaun Twitter miliknya.
Menurut saksi, situasi di luar kediaman Presiden kembali tenang selepas dua anggota tentera terbunuh dalam serbuan tersebut.
Seorang jurucakap tentera ber­kata, kumpulan pemberontak turut menawan istana Presiden yang terletak di selatan Sanaa, lokasi pe­jabat Abd-Rabbu ditempatkan dan merampas senjata dari premis itu.
Dalam perkembangan ber­asi­ngan, pihak berkuasa di Aden, ban­dar kedua di Yemen menutup lapangan terbang di bandar itu hari ini, sebagai bantahan kepada serangan pemberontak ke atas Presiden dan pemimpin lain negara itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan semasa di Yemen dan meminta pihak terlibat supaya menghentikan pertempuran. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/istana-presiden-ditawan-1.50741#sthash.sztM4ix5.dpuf

No comments:

Post a Comment