![]() |
Abd Rabbuh Mansour Hadi |
Dalam surat peletakan jawatannya, Hadi berkata, beliau gagal memenuhi matlamatnya sejak kumpulan pemberontak menawan hampir keseluruhan Sanaa September lalu.
Surat peletakan jawatan diserahkan kepada Parlimen tidak lama selepas Perdana Menteri, Khalid Bahah dan kabinet turut berbuat demikian atas alasan tidak mahu bertanggungjawab terhadap krisis yang semakin buruk.
Hadi, menyalahkan pemberontak Houthi kerana menjejaskan usaha dua tahunnya untuk membawa kestabilan terhadap negara itu akibat pertelagahan antara puak pemisah dan pemberontak, kemiskinan dan serangan roket AS terhadap militan Islam. - Press TV
No comments:
Post a Comment