Menurut sumber polis, mangsa termasuk pelajar kolej selain mereka yang beratur untuk menyertai pasukan keselamatan itu dan orang awam.
SEBUAH kereta turut musnah dalam letupan itu |
Seorang paramedik di tempat kejadian berkata: “Memang dahsyat. Apabila tiba di sini kami melihat mayat bergelimpangan.
“Malah ada mangsa ditemui menjerit kesakitan dalam keadaan separuh badannya berkecai.”
Seorang anggota polis berkata, sebuah lagi kereta yang kebetulan melalui tempat ketika letupan berkenaan turut terbakar menyebabkan semua penumpangnya rentung.
Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri berkata pendaftaran di kolej berkenaan - yang lazimnya diadakan selama seminggu setiap tahun - ditunda buat sementara waktu.
Konflik antara mazhab menyusuli pemberontakan pada 2011 yang berakhir dengan perubahan kerajaan serta mengakibatkan perbalahan dalam tentera bertambah buruk sejak militia Houthi berfahaman Syiah menawan Sanaa.
Al Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) - antara kumpulan militan paling aktif di Yaman - meningkatkan serangannya di seluruh Yaman sebelum kemaraan Houthi lagi.
Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian itu, namun sebelum ini al-Qaeda kerap melakukan serangan seumpama itu.
Negara Barat dan Arab lain bimbang ketidakstabilan di Yaman akan terus melemahkan kerajaannya seterusnya membuka ruang untuk AQAP melancarkan lebih banyak serangan di luar sempadan negara itu, termasuk Arab Saudi.
Tentera Yaman sebelum ini melancarkan beberapa kempen menumpaskan al-Qaeda dengan bantuan serangan dron Amerika Syarikat (AS), tetapi kumpulan militan itu masih kukuh di beberapa kawasan di Semenanjung Arab.
Pada 1 Januari lalu seorang pengebom berani mati membunuh sekurang-kurangnya 26 orang di sebuah pusat kebudayaan di bandar Ibb yang dilihat menyasarkan militia Houthi di situ. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:04 AM
No comments:
Post a Comment