Monday, 19 December 2016

43 askar terbunuh di selatan Yemen


KASTHURI | 18 Disember 2016 9:52 PM
KASUT dipercayai milik mangsa bertaburan selepas seorang penyerang

KASUT dipercayai milik mangsa bertaburan selepas seorang penyerang bertindak mengebom dirinya di bandar pelabuhan Aden, Yaman hari ini. - UTUSAN ONLINE/REUTERS
ADEN 18 Dis. - Seorang penyerang bertindak mengebom dirinya dan membunuh sekurang-kurangnya 43 askar manakala 60 anggota tentera cedera di daerah Khor Maksar, Aden hari ini.

Pihak berkuasa yang mengesahkan insiden ini berlaku mendedahkan, suspek meletupkan diri ketika askar-askar itu sedang beratur panjang untuk menerima gaji masing-masing di pangkalan tentera di Selatan Yemen.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada sesiapa yang tampil bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Bandar ini adalah ibu kota sementara kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa.

Pentadbiran itu bergelut mengukuhkan kawalan di bandar ketika militan melancarkan berpuluh serangan ke atas pasukan keselamatannya.

Militan Al Qaeda telah dieksploitasi selatan Yemen hampir dua tahun dengan melakukan serangan pengeboman di kawasan-kawasan tanpa undang-undang yang dikawal oleh kerajaan. - REUTERS

Sunday, 18 December 2016

30 askar Yaman terbunuh angkara pengebom nekad

DUNIA AHAD, 18 DISEMBER 2016 @ 2:42 PM 30 askar Yaman terbunuh angkara pengebom nekad ADEN: Sekurang-kurangnya 30 tentera Yaman terbunuh selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di satu perhimpunan dekat selatan bandar ini hari ini, kata pegawai tentera dan petugas perubatan. Ramai turut tercedera dalam serangan yang menyasarkan sekumpulan askar yang sedang berkumpul untuk mengambil gaji di pangkalan itu dekat timur laut Aden, kata pegawai. Pengebom dipercayai menyamar sebagai tentera di pangkalan al-Soban dekat daerah Al-Arish, kata seorang pegawai tentera. Serangan dilancarkan lapan hari selepas pengeboman yang hampir serupa di Aden oleh militan Daesh membunuh 48 orang tentera dan mencederakan 29 yang lain. Daesh dan musuh ketatnya Al-Qaeda dikatakan mengambil kesempatan ke atas konflik yang tercetus antara kerajaan dan pemberontak Houthi yang menguasai ibu kota Sanaa, untuk meluaskan kuasa mereka di selatan. - AFP


SEKURANG-KURANGNYA 30 tentera Yaman terbunuh selepas seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di satu perhimpunan dekat selatan bandar Aden, hari ini. - Foto fail AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/225022

Monday, 28 November 2016

Bekas Presiden Yaman minta PBB benarkan ke Cuba

ISNIN, 28 NOVEMBER 2016 @ 9:45 AM

SANAA: Bekas Presiden Yaman yang berpengaruh, Ali Abdullah Saleh, meminta Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu membenarkan beliau berkunjung ke Cuba untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas presiden negara itu, Fidel Castro, yang meninggal dunia Jumaat lalu.

 Saleh yang juga bekas sekutu memerangi keganasan anjuran Amerika Syarikat, memiliki tentera berjuang bersama-sama kumpulan pemberontak Houthi menentang pasukan pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman yang sudah mengorbankan 10,000 setakat ini.

Majlis Keselamatan PBB pada 2014 mengenakan sekatan terhadap Saleh kerana mengancam keamanan dan menghalang proses politik Yaman yang menyebabkan beliau dilarang ke luar negara dan asetnya dibekukan.

Permohonan dibuat Saleh yang ditumbangkan dalam bantahan besar-besaran pada 2011, perlu diterima 15 negara anggota jawatankuasa sekatan Yaman di PBB yang membuat keputusan menerusi undian sebulat suara.

 "Presiden Ali Abdullah Saleh memohon Majlis Keselamatan memberikan keizinan kepadanya untuk berkunjung ke Republik Cuba dan menziarah keluarga Fidel Castro bagi menghormati ikon revolusi negara itu, wira terakhir abad ke-20 dan pengasas pergerakan kebebasan yang menentang imperialisme dan feudalisme songsang," menurut kenyataan di laman Facebook parti Kongres Rakyat pimpinan Saleh.

 Saleh, bekas pegawai tentera yang memerintah selama 33 tahun, bertemu Castro yang mentadbir Cuba selama 47 tahun, ketika melakukan lawatan ke Havana pada 2000.

Kali terakhir Saleh meninggalkan Yaman adalah pada 2011 apabila berkunjung ke Amerika Syarikat untuk menerima rawatan perubatan bagi kecederaan yang dialami ketika cubaan membunuhnya. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217625

Wednesday, 23 November 2016

12 warga Yaman maut dalam serangan udara pakatan

RABU, 23 NOVEMBER 2016 @ 4:45 PM

PENDUDUK melintasi rumah yang musnah dibedil dalam serangan udara diketuai Arab Saudi di Sanaa. - Foto EPA   

SANAA: Sekurang-kurangnya 12 warga Yaman terbunuh dalam serangan udara diketuai Arab Saudi ketika menaiki sebuah pikap di barat laut negara itu awal pagi ini, kata penduduk. Penduduk berkata, mangsa dalam perjalanan ke pasar tempatan di daerah Hiran di negeri Hajja yang dikawal oleh puak Houthi. Tentera pakatan diketuai Arab Saudi memerangi puak Houthi Yaman sejak Mac tahun lalu bagi mengembalikan Presiden yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, Abd-Rabbu Mansour Hadi yang kini tinggal dalam buangan di Arab Saudi. Jurucakap pakatan itu tindak mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi pakatan itu menyatakan ia tidak menyasarkan orang awam. Ribuan serangan udara gagal untuk mengusir puak Houthi dari ibu negara, Sanaa, sebaliknya memusnahkan sekolah, pasar, hospital dan rumah serta membunuh ramai orang awam. Kumpulan hak asasi manusia menyatakan serangan udara berkenaan boleh dianggap sebagai jenayah perang, namun tentera pakatan mempersoalkan bahawa pemberontak Houthi menyusup masuk dan membahayakan kawasan awam. Sekurang-kurangnya 10,000 orang terbunuh dalam konflik 20 bulan yang mengakibatkan krisis kemanusiaan di antara negara paling miskin di dunia Arab itu. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/215964

Tuesday, 22 November 2016

Tiada rancangan lanjutkan gencatan senjata di Yaman




SEORANG pejuang prokerajaan melintasi bangunan yang rosak teruk akibat pertempuran pada hari kedua gencatan senjata di Taiz, barat daya Yaman, semalam. - Reuters



Sanaa: Gencatan senjata dua hari di Yaman berakhir tengah hari semalam dan tidak akan dilanjutkan, kata jurucakap pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi, semalam.

Kedua-dua pihak saling tuduh satu sama lain mencabuli gencatan senjata itu.

Gencatan senjata 48 jam berkenaan yang diumumkan oleh pakatan Arab Jumaat lalu gagal menghentikan pertempuran di seluruh Yaman.

Konflik yang bermula 20 bulan lalu sudah meragut lebih 10,000 nyawa dan menyebabkan lebih tiga juta penduduk negara itu menjadi pelarian.

Penduduk di Sanaa, ibu negara Yaman berkata, pesawat pakatan Arab mengebom pangkalan tentera di sebuah bukit berhampiran bandar itu awal semalam menyebabkan letupan kuat sehingga menggegarkan bangunan sekeliling.

Sanaa dikuasai kumpulan pemberontak Houthi yang turut menguasai sebahagian besar Yaman.

Meskipun kempen ketenteraan yang diketuai Saudi berjaya menawan semula sebahagian kawasan, namun ia masih belum berjaya membantu kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour berkuasa semula.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry minggu lalu mengumumkan kedua-dua pihak bersetuju menamatkan peperangan dengan Houthi berundur dari semua bandar utama Yaman dan menyertai kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, kerajaan Abed menolak pengumuman itu dan berkata, ia tidak diajak berunding mengenainya.

Houthi pula menolak dakwaan ia bersetuju berundur dari bandar yang dikuasainya sejak 2014. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2016 @ 9:16 AM

Thursday, 17 November 2016

Houthi mahu akhiri perang




LELAKI yang setia kepada Presiden Abedrabbo berkawal di Taez selepas bertempur dengan pemberontak Houthi, semalam. - AFP



Reuters
Hodeidah: Kumpulan pemberontak Houthi semalam berkata, ia bersedia menamatkan peperangan dan menyertai kerajaan perpaduan kebangsaan.

Pengumuman itu meningkatkan harapan konflik yang sudah meragut lebih 10,000 nyawa itu akan berakhir.

Ia juga mengesahkan butir perjanjian yang dirangka oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry sehari sebelum itu termasuk rancangan menguatkuasakan gencatan senjata bermula hari ini.

Anggota majlis politik kumpulan Ansarullah Houthi, Mohammed al-Bukhaiti berkata, Arab Saudi juga bersetuju menamatkan pembabitannya dalam peperangan itu walaupun sehingga semalam tiada pengumuman rasmi dibuat mengenainya oleh Riyadh.

Pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi terbabit dalam konflik di Yaman sejak Mac lalu untuk membantu Presiden Abedrabbo Mansour Hadi selepas Houthi yang disokong Iran mara ke Aden dan memaksa Abed hidup dalam buangan.

Tiada pihak yang dilihat menguasai peperangan itu walaupun pengeboman dan serangan lain berlarutan selama beberapa bulan sehingga memaksa lebih tiga juta penduduknya menjadi pelarian, menyebabkan sebahagian lagi kebuluran dan membolehkan al-Qaeda meluaskan operasi di negara itu.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 November 2016 @ 7:33 AM

Wednesday, 2 November 2016

Syeikh Maher Hammoud: Saudi Berbohong, Yaman tidak Serang Mekah

  • Syeikh Maher Hammoud
Sekjen Perhimpunan Ulama Muqawama Internasional di Lebanon menyebut klaim Arab Saudi terkait serangan rudal pejuang Yaman ke kota suci Mekah, tidak berdasar.
Syeikh Maher Hammoud, Sekjen Perhimpunan Ulama Muqawama Internasional di Lebanon (29/10) mengatakan, Saudi berbohong terkait serangan rudal Yaman ke kota Mekah. Menurutnya, hal itu dilakukan Riyadh untuk membangkitkan kemarahan Muslimin atas pasukan Ansarullah, Yaman.
Syeikh Maher Hammoud menambahkan, klaim absurd dan kebohongan semacam itu disampaikan untuk memprovokasi Muslimin agar melawan Ansarullah, Yaman.
Kementerian Pertahanan Yaman, Kamis (27/10) malam mengabarkan ditembakknya rudal balistik Burkan-1 ke arah bandara King Abdulaziz di kota Jeddah, Barat Saudi.
Sumber-sumber media Saudi, dengan tujuan untuk menipu opini publik dunia, Jumat (28/10) mengklaim, sebuah rudal balistik milik pasukan Yaman diluncurkan dari kota Saada, Utara negara itu ke kota suci Mekah.
Realitasnya, komite-komite rakyat dan militer Yaman selalu menyerang pangkalan-pangkalan militer Saudi di beberapa wilayah dengan rudal, dalam aksi balasan atas kejahatan koalisi Riyadh yang sejak Maret 2015 melancarkan agresi militer luas ke Yaman. (HS)

Kabinet Arab Saudi kecam serangan peluru berpandu Houthi

RABU, 2 NOVEMBER 2016 @ 12:33 AM


RIYADH: Kabinet Arab Saudi semalam mengutuk serangan peluru berpandu balistik Houthi Khamis lalu yang dilancarkan dari sebuah masjid di Saada, Yaman. Peluru berpandu itu dipintas dan ditembak jatuh angkatan pertahanan udara Arab Saudi sebelum ia sampai ke sasaran. Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di Istana Al-Yamamah.

 Kabinet mengakui serangan yang menyasarkan Masjidilharam dan Kaabah itu amat menyinggung hati umat Islam. Kabinet mengetengahkan kutukan serangan itu oleh negara Islam, Arab dan mesra Islam selain pertubuhan ulama serta Muslim biasa yang menyuarakan sokongan buat pentadbiran diraja itu dalam mempertahankan dua masjid suci.

 Kerajaan memuji usaha wira pasukan keselamatan Arab Saudi dalam sektor tentera berbeza untuk melindungi sempadannya dan memulihara keselamatan. Kabinet juga mengutuk serangan ganas maut mengenai akademi polis di bandar Quetta Pakistan dan letupan yang menyasarkan sebuah hotel di bandar Kenya di Mandera, mengorbankan dan mencederakan sejumlah besar penduduk. - Agensi


KABINET Arab Saudi semalam mengutuk serangan peluru berpandu balistik Houthi Khamis lalu. - Foto hiasan/fail AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/208486

Yemen makin kritikal


Majoriti penduduk hampir kebuluran, perlukan bantuan kemanusiaan

Seorang jururawat menimbang  berat budak lelaki yang mengalami

Seorang jururawat menimbang berat budak lelaki yang mengalami kekurangan zat makanan di Sanaa, Yemen. REUTERS
NEW YORK 1 Nov. - Peperangan di Yemen telah menyebabkan ‘malapetaka’ kepada 21 juta penduduknya yang kini amat memerlukan bantuan kemanusiaan, kata Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephen O’Brien.
O’Brien memberitahu Majlis Keselamatan bahawa 80 peratus daripada 21.2 juta penduduk Yemen amat memerlukan bantuan itu.
Katanya, ini termasuk lebih dua juta penduduk yang menderita akibat kekurangan zat makanan malah negara itu kini menghampiri kebuluran.
Menurut O’Brien, keganasan yang bermula 19 bulan lalu telah merampas kehidupan, harapan dan hak untuk hidup dengan bermaruah rakyat Yemen.
“Beribu-ribu dibunuh dan cedera malah lebih tiga juta penduduk Yemen dipaksa me­ninggalkan tanah air mereka dan tujuh juta lagi menderita diasak dengan ketakutan setiap hari kerana tidak tahu dari mana bekalan makanan akan diperoleh,’’ kata O’Brien.
Beliau mendesak pihak-pihak yang terlibat dalam pe­perangan itu untuk mencapai persetujuan keamanan dalam usaha menyelamatkan saki baki infrastruktur, ekonomi dan perkhidmatan sosial negara berkenaan.
Majlis Keselamatan PBB juga berusaha menekan kumpulan pemberontak Syiah Houthi yang disokong Iran dan kerajaan Yemen yang disokong Arab Saudi supaya menamatkan peperangan itu.
Utusan khas PBB di Yemen, Ismail Ould Cheikh Ahmed memberitahu majlis berkenaan, beliau akan kembali ke negara itu untuk mendapatkan ke­sepakatan melalui perjanjian itu dengan segera.
Presiden Yemen, Abd. Rabu Mansour Hadi pada hari Sabtu lalu menolak rancangan PBB untuk menamatkan pe­perangan itu.
Abd. Rabu yang menetap di Riyadh berkata, rancangan PBB itu hanya memberi ‘ganjaran’ kepada kumpulan pembe­rontak Syiah Houthi dan meng­hukum penduduk Yemen dan pentadbiran yang sah.
Sekurang-kurangnya 4,125 orang awam terbunuh di Yemen sejak kempen serangan udara Arab Saudi terhadap kumpulan tersebut bermula bulan Mac tahun lalu. – DPA

Tuesday, 1 November 2016

Arab Saudi tahan 14 anggota Daesh

Sembilan masih diburu, cubaan lakukan serangan


RIYADH 31 Okt. - Pihak berkuasa Arab Saudi menggempur dua sarang pengganas serta menahan 14 individu termasuk empat rakyat asing yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dalam serbuan di beberapa buah wilayah di negara ini.
Jurucakap Menteri Dalam Negeri, Mejar Jeneral Mansour Al-Turki berkata, kesemua suspek ditahan kerana merancang melakukan serangan keganasan termasuk cubaan menyerang Stadium Al-Jawhara di Jeddah ketika perlawanan bola sepak antara Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 11 Oktober lalu.
Menurutnya, dalam serbuan di bandar Shaqraa di sini, pasukan keselamatan Saudi membongkar sarang militan Daesh dan memberkas empat rakyat tempatan.
“Kesemua suspek merancang melakukan serangan ke atas anggota keselamatan dan mendapat arahan secara langsung berhubung operasi mereka daripada pemimpin Daesh di Syria,” katanya sebagaimana lapor Arab News.
Mansour berkata, empat yang ditahan itu adalah Ahmad Mohammed; Abdullah Obaid; Abdulaziz Fai­sal dan Mujahid Rashid.
Berikutan serbuan itu jelas­nya, pihak berkuasa Arab Saudi turut menahan enam lagi suspek kerana mempunyai kaitan dengan anggota Daesh dan siasatan ke atas kesemua individu tersebut masih dijalankan.
Beliau pada masa sama menjelaskan, pihak berkuasa pada 9 Oktober lalu mendapat maklumat tentang rancangan Daesh melancarkan serangan di Stadium Al-Jawhara, Jeddah pada 11 Oktober menggunakan sebuah kereta yang sarat bahan letupan dan diletakkan di kawasan parkir stadium.
“Sehubungan itu, kami meng­giatkan usaha mengesan individu terlibat sehingga membawa kepada penahanan empat suspek rakyat asing, sehari sebelum perlawanan bola berlangsung,” katanya.
Mereka adalah dua warga Pakistan iaitu Saliman Arab Deen dan Farman Allah Nagsh­bund Khan, selain warga Syria, Hassan Abdulkareem Haj Mohammed dan Abdulazeem Al-Taher Abdullah Ibrahim (Sudan).
Sementara itu Mansour berkata, susulan siasatan berteru­san mengenai ranca­ngan keganasan oleh militan Daesh, pihak berkuasa kini sedang mengesan sembilan orang suspek yang dipercayai terbabit merancang keganasan di Arab Saudi.
Mereka adalah lapan warga tempatan iaitu Jaafar Hassan Makki Al-Mubaireek, Fadel Abdullah Mohammed Al Hamada, Ali Bilal Saud Al Hamad, Mohammed Hussein Ali Al-Ammar, Maitham Ali Mohammed Al-Qudaihi, Mufeed Hamza Ali Al-Alwan, Majid Ali Abdulrahim Al-Faraj dan Ayman Ibrahim Hassan Al-Mukhtar selain Hassan Mahmoud Ali Abdullah dari Bahrain.
“Untuk itu, kementerian menggesa individu dikehendaki ini supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa dan kami juga memberi amaran kepada orang ramai yang mengenali individu itu agar bekerjasama dengan pihak berkuasa atau mereka boleh disabitkan dengan kesalahan,” katanya.

Monday, 31 October 2016

Pusat tahanan jadi sasaran




ORANG ramai menemui mayat seorang lelaki yang maut dalam serangan udara terhadap pusat penahanan di Hodeidah. - Reuters



AFP
Aden: Sekurang-kurangnya 60 orang termasuk banduan terbunuh dalam serangan udara diketuai Arab Saudi ke atas bangunan keselamatan yang dikuasai pemberontak di barat Yaman termasuk sebuah pusat tahanan, kata seorang pegawai semalam.

“Seramai 60 orang terkorban dan puluhan lain cedera,” kata pegawai perubatan di Hodeidah, bandar yang dikuasai pemberontak Syiah Houthi dan sekutunya sejak akhir 2014.

Dia tidak menyatakan bilangan sebenar tahanan yang terbunuh dalam serangan Sabtu lalu, namun mendakwa kebanyakannya menentang pemberontak Houthi.

“Kira-kira 100 banduan ditahan di dalam dua lokap,” katanya.

Sementara itu, sumber tentera berkata, lebih 40 banduan ditahan di lokasi itu, kebanyakannya ditangkap kerana menentang Houthi.

Masih tidak jelas apa yang menyebabkan gabungan tentera Arab Saudi menyerang bangunan yang menahan banduan antipemberontak.

Sementara itu, kelmarin, portal berita sabanews.net melaporkan empat serangan udara memusnahkan tiga kediaman di Taez, membunuh 17 orang - termasuk seorang kanak-kanak serta tujuh wanita - dan mencederakan tujuh yang lain.

Seorang pegawai kerajaan mengaku kejadian itu satu kesilapan.

“Semua yang berada di dalam rumah terbabit terbunuh,” katanya.

Namun tentera sendiri tidak mengulas mana-mana kejadian berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 11:14 AM

Pusat tahanan jadi sasaran




ORANG ramai menemui mayat seorang lelaki yang maut dalam serangan udara terhadap pusat penahanan di Hodeidah. - Reuters



AFP
Aden: Sekurang-kurangnya 60 orang termasuk banduan terbunuh dalam serangan udara diketuai Arab Saudi ke atas bangunan keselamatan yang dikuasai pemberontak di barat Yaman termasuk sebuah pusat tahanan, kata seorang pegawai semalam.

“Seramai 60 orang terkorban dan puluhan lain cedera,” kata pegawai perubatan di Hodeidah, bandar yang dikuasai pemberontak Syiah Houthi dan sekutunya sejak akhir 2014.

Dia tidak menyatakan bilangan sebenar tahanan yang terbunuh dalam serangan Sabtu lalu, namun mendakwa kebanyakannya menentang pemberontak Houthi.

“Kira-kira 100 banduan ditahan di dalam dua lokap,” katanya.

Sementara itu, sumber tentera berkata, lebih 40 banduan ditahan di lokasi itu, kebanyakannya ditangkap kerana menentang Houthi.

Masih tidak jelas apa yang menyebabkan gabungan tentera Arab Saudi menyerang bangunan yang menahan banduan antipemberontak.

Sementara itu, kelmarin, portal berita sabanews.net melaporkan empat serangan udara memusnahkan tiga kediaman di Taez, membunuh 17 orang - termasuk seorang kanak-kanak serta tujuh wanita - dan mencederakan tujuh yang lain.

Seorang pegawai kerajaan mengaku kejadian itu satu kesilapan.

“Semua yang berada di dalam rumah terbabit terbunuh,” katanya.

Namun tentera sendiri tidak mengulas mana-mana kejadian berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Oktober 2016 @ 11:14 AM

60 orang terbunuh dalam serangan udara pakatan Arab Saudi di Yemen



REUTERS - MAYAT mangsa serangan udara pakatan Arab Saudi terbaring di pekarangan sebuah penjara di daerah Zaydiyah, bandar Hodeidah, Yemen semalam.


SANAA – Jet-jet perang pakatan Arab Saudi mengebom sebuah penjara di bandar Hodeibah, Yemen dan membunuh sekurang-kurangnya 60 orang termasuk banduan, kata seorang pegawai tempatan semalam.
Bandar pelabuhan Laut Merah itu dikuasai oleh pemberontak Houthi.
Pegawai berkenaan berkata, penjara di daerah Al-Zaydiyah, Hodeibah itu menempatkan seramai 84 banduan apabila ia diserang tiga kali lewat kelmarin.
Tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi bertindak memerangi pemberontak Houthi sejak Mac 2015 untuk mengembalikan kuasa Presiden Abdul Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Beliau digulingkan oleh militia Houthi yang disokong Iran itu pada penghujung 2014. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz4OcJse22F 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, 30 October 2016

17 warga Yaman maut dalam serangan udara Saudi

SABTU, 29 OKTOBER 2016 @ 11:33 PM

Seorang lelaki berjalan di runtuhan rumah yang musnah teruk akibat serangan udara Arab Saudi di Yaman. - Foto REUTERS 


SANAA: Sekurang-kurangnya 17 orang awam terbunuh di wilayah barat daya Yaman di Taiz hari ini dalam serangan udara diketuai Arab Saudi yang mengenai sebuah rumah, kata pihak berkuasa tempatan dan penduduk. Serangan itu menyasarkan sebuah rumah di daerah al-Salw, kata sumber, kawasan di Taiz di mana pemberontak Houthi dan kerajaan disokong pakatan berjuang untuk mengambil alih kawalan.

 Taiz adalah bandar ketiga terbesar di Yaman dengan jumlah penduduk sebelum perang seramai 300,000 orang. Tentera pakatan diketuai Arab Saudi berperang menentang pemberontak Houthi dan tentera setia dengan bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, yang mengawal kebanyakan utara Yaman termasuk ibu kota ini sejak Mac 2015 untuk cuba memulihkan kuasa Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi yang diiktiraf antarabangsa. -Reuters
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207370

Yaman tolak pelan damai PBB

AHAD, 30 OKTOBER 2016 @ 8:14 AM



PRESIDEN Abedrabbo Mansour Hadi. - Foto Reuters

ADEN: Sekurang-kurangnya 47 banduan, pemberontak dan penduduk awam maut dalam serangan dilancarkan pasukan tentera pakatan diketuai Arab Saudi, ketika Presiden Yaman menolak cadangan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk negara yang dilanda peperangan itu. Tentera yang setia kepada Presiden Abedrabbo Mansour Hadi terperangkap dalam pertempuran maut sejak 2014 dengan pemberontak

Houthi disokong Iran yang menawan ibu negara, Sanaa, lewat tahun lalu. Konflik memuncak pada Mac 2015 apabila Arab Saudi melancarkan kempen ketenteraan untuk mengusir pemberontak.

Perang itu mengorbankan hampir 7,000 nyawa, kebanyakannya penduduk awam, menurut PBB yang bergelut meyakinkan pihak bertelagah untuk melaksanakan gencatan senjata dan menghidupkan semula proses politik.

Cadangan damai terbaru yang dibentangkan wakil khas PBB, Ismail Puld Cheikh Ahmed ditolak Hadi yang enggan menerimanya ketika bertemu beliau di Riyadh.

Ketika kerajaan menukar ibu negara ke Aden buat sementara, Hadi menetap di Riyadh dengan pegawai paling kanan. Kandungan pelan damai itu yang sudah pun dibentangkan kepada pemberontak pada Selasa tidak diumumkan kepada orang ramai.

Namun sumber menyatakan ia menggesa persetujuan bagi menamakan timbalan presiden baru selepas pemberontak berundur dari Sanaa dan bandar raya lain dan menyerahkan senjata kepada pihak ketiga. Hadi kemudian akan menyerahkan kuasa kepada timbalan presiden yang akan melantik Perdana Menteri baru untuk membentuk kerajaan yang menyaksikan utara dan selatan negara itu mempunyai wakil sama banyak. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207473

30 maut serangan tentera pakatan di Yaman

AHAD, 30 OKTOBER 2016 @ 7:33 AM



DUA serangan udara memusnahkan bangunan di Zaidia, di bandar pelabuhan barat Hodeidah. - Foto AFP
ADEN: Sekurang-kurangnya 30 banduan dan pemberontak terbunuh dalam serangan tentera pakatan diketuai Arab Saudi terhadap sebuah bangunan keselamatan yang dikuasai kumpulan pemberontak di barat Yaman.

Dua serangan udara itu memusnahkan bangunan di Zaidia, di bandar pelabuhan barat Hodeidah, yang menempatkan perumahan untuk lebih 40 banduan yang kebanyakannya berjuang menentang pemberontak Huthi.

Beberapa anggota pemberontak di dalam bangunan berkenaan juga dilaporkan terbunuh dalam serangan itu, demikian menurut sumber tentera Yaman hari ini. - AFP

Mekah diancam peluru berpandu






PELURU berpandu pemberontak Houthi itu dipintas dan dimusnahkan sekitar 60 kilometer dari kota suci Mekah. – Gambar hiasan.

RIYADH – Pemberontak Houthi Yemen melancarkan serangan peluru berpandu paling jauh di Arab Saudi apabila sebuah misilnya dipintas dekat kota suci Mekah, kata pakatan tentera diketuai Arab Saudi semalam.

Tentera pakatan Arab Saudi melancarkan operasi mengebom pembe­rontak Houthi sejak Mei tahun lalu.

Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk memusnahkan misil pemberontak itu.

Tentera pakatan berkata, pemberontak Houthi melancarkan sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.

“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang kerosakan" kata kenyataan tersebut.

Laman web pemberon­tak Houthi, sabanews melaporkan bahawa mereka menembak peluru berpandu balistik ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah, barat Mekah.

Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan Arab Saudi-Yemen.

Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.

Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan, pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah.

Peluru berpandu itu dilancarkan sehari selepas serangan udara tentera pakatan membunuh lebih 140 orang yang menghadiri majlis pengebumian bapa kepada seorang ketua pemberontak di ibu kota Yemen, Sanaa sekali gus mendorong serangan balas dendam. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1029&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4OWU9lR5V
Hakcipta terpelihara 

Sasar Mekah tindakan jenayah


Masyarakat dunia kecam pemberontak Syiah Houthi lancar serangan

30 Oktober 2016 12:30 AM


RIYADH 29 Okt. - Tindakan pemberontak Syiah Houthi melancarkan peluru berpandu balistik ke Arab Saudi dengan menjadikan Mekah yang menempatkan Masjidilha­ram sebagai sasaran sera­ngan itu merupakan satu perbuatan jenayah yang perlu dikecam.

Speaker Parlimen Arab, badan di bawah Liga Arab, Ahmed Mohammed Al Jarwan berkata, serangan itu adalah jenayah yang menjadi bukti kumpulan itu se­ngaja menyasarkan tanah suci bagi umat Islam dalam ‘memainkan perasaan mereka’.

Sehubungan itu, Ahmed menggesa negara-negara Islam supaya bersatu bagi menghalang kumpulan Houthi dan pihak yang menyokong pemberontak tersebut daripada melakukan lebih banyak jenayah.

Menteri Luar Yemen, Abdel-Malek Al-Mekhlafi pula berkata, cubaan serangan ke atas Mekah itu menjejaskan kestabilan rantau Asia Barat dan membuktikan kumpulan pemberontak ber­kenaan sebagai ancaman kepada kestabilan dunia.

“Kami mencari keamanan namun mereka mahu berperang, kami mahukan kestabilan di Yemen dan di rantau ini namun mereka mencari kemusnahan sekali gus mengesahkan mereka adalah ancaman kepada keamanan dunia.

“Pada masa sama, perbuatan jenayah ini adalah bukti bahawa Houthi adalah alat yang digunakan Iran untuk memusnahkan Yemen dan negara jirannya,” katanya sebagaimana lapor portal Arab News.

Dalam pada itu, Duta Jerman ke Arab Saudi, Dieter W. Haller memberitahu, adalah penting bagi semua pihak terlibat dalam konflik di Yemen untuk kembali ke meja rundingan bagi mencari penyelesaian selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami mengecam serangan seumpama ini dengan sekeras-kerasnya,” kata beliau.

Duta Norway ke Arab Saudi, Rolf Willy menegaskan, serangan itu dikecam oleh mereka yang cintakan keamanan.

“Saya percaya perkara ini perlu diselesaikan di meja rundingan secara aman,” katanya.

Turut senada dengan kecaman itu adalah Duta India ke Arab Saudi, Ahmad Javed yang menegaskan sebarang serangan ke atas tanah suci perlu dibantah sekeras-kerasnya.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir berkata, serangan kumpulan pemberontak itu bukan sahaja melanggar perjanjian damai malah turut menyasarkan Mekah yang merupakan lokasi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia menunaikan haji dan umrah.

Jurucakap tentera perikatan yang diketuai Arab Saudi, Brigedier Jeneral Ahmed Al-Assiri menambah, menjadikan tanah suci sebagai sasaran peluru berpandu balistik menunjukkan ‘slogan palsu’ yang digunakan kumpulan Houthi.

Sementara itu, menurut Menteri Luar Bahrain, Khaled bin Ahmad Al-Khalifah, serangan itu satu pencabulan kepada semua perjanjian antarabangsa malah merupakan jenayah paling besar pernah berlaku.

Peluru berpandu: Houthi Yemen didakwa terlibat


29 OKTOBER 2016
Peluru berpandu: Houthi Yemen didakwa terlibat

Pemberontak Houthi Yemen didakwa terlibat melancarkan peluru berpandu yang berjaya dipintas Arab Saudi. –Foto EPA
SANAA -YEMEN. Pemberontak Houthi Yemen didakwa terlibat melancarkan peluru berpandu balistik jarak jauh, 500 km dari sempadan ke arah Kota Suci Arab Saudi, Makkah.

Bagaimanapun, Pemimpin Houthi, Mohamed al-Bekheity menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan turut menafikan bahawa peluru berpandu yang dilancarkan itu mensasarkan Makkah.

Katanya, dakwaan terhadap pihaknya itu adalah untuk meraih simpati daripada orang Islam dan masyarakat antarabangsa.

“Mereka menggunakan dakwaan tersebut untuk menarik perhatian dunia ke arah itu.

“Kami tidak menyasarkan orang awam dan kami juga sesekali tidak akan mensasarkan kawasan suci,” katanya kepada Al-Jazeera.

[ARTIKEL BERKAITAN: Peluru berpandu dipintas berhampiran Makkah]

Gabungan tentera Arab sebelum ini berkata peluru berpandu tersebut berjaya dipintas dan dimusnahkan sebelum ia dapat melakukan sebarang kerosakan kira-kira 65km dari Makkah.

Peluru berpandu itu dipercayai dilancarkan dari wilayah Saada yang merupakan kubu kuat Houthi terletak di sempadan Arab Saudi.

Tentera Arab telah melancarkan serangan balas terhadap pemberontak dengan melancarkan serangan udara menyasarkan kawasan peluru berpandu tersebut dilancarkan.

Pihak Houthis sebelum ini telah menggulingkan kerajaan Yemen pada tahun 2014 dan merampas sebahagian besar negara itu termasuklah ibu negara, Sanaa.

Ini merupakan serangan kali kedua yang dilakukan oleh pemberontak membuat serangan peluru berpandu di mana kali pertama adalah pada 9 Oktober lepas apabila gabungan tentera Arab berjaya memintas sebuah peluru berpandu di Taif, tapak pangkalan udara Saudi terletak kira-kira 70km dari Makkah.

Saturday, 29 October 2016

Peluru berpandu Houthi dipintas dekat Makkah

DUNIA JUMAAT, 28 OKTOBER 2016 @ 8:51 PM

- Foto http://saudigazette.com.sa/


RIYADH: Tentera gabungan Arab yang berperang di Yaman berjaya memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik yang dilancarkan pemberontak Houthi kira-kira 65 kilometer dari kota suci Makkah. Menurut kenyataan tentera gabungan yang disiarkan oleh agensi berita rasmi, Saudi Press Agency, peluru berpandu berkenaan ditembak dari daerah Saada, yang terletak hanya di seberang Arab Saudi kira-kira 9 malam, Khamis.

Sebelum ini, tentera gabungan menjalankan kempen pengeboman menentang pemberontak sejak Mac tahun lalu dan terdapat beberapa serangan dihalakan ke bandar-bandar di Arab Saudi yang hanya terletak seberang wilayah sempadan. Susulan itu, Arab Saudi sudah melancarkan peluru berpandu Patriot bagi memintas tembakan dari pemberontak berkenaan.

"Pemberontak Houthi melancarkan peluru berpandu ke arah kawasan Makkah pada petang Khamis dari wilayah Saada iaitu kubu kuat yang terletak dari seberang sempadan," kata tentera gabungan dalam satu kenyataan. "Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkannya kira-kira 65 kilometer dari Makkah dan tiada kerosakan terhadap kota suci itu," katanya lagi. Makkah terletak kira-kira 500 kilometer dari sempadan Yaman. - Agensi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/207013

Tuesday, 18 October 2016

Kapal pemusnah AS, USS Mason diserang lagi di Laut Merah







GAMBAR fail bertarikh 4 April 2003 menunjukkan USS Mason tiba di Port Canaveral, Florida. -

SANAA, Yemen – Sebuah kapal pemusnah milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan diserang oleh pemberontak Houthi di Yemen, insiden ketiga dalam masa seminggu.

“Kapal USS Mason sekali lagi diserang di Laut Merah. Serangan ini juga sekali lagi berasal dari peluru berpandu yang dilancarkan dari pantai Yemen,” kata Laksamana Tentera Laut, John Richardson kepada wartawan semasa menghadiri sebuah acara di Baltimore.

Richardson berkata, kapal itu bertindak balas dalam insiden tersebut yang berlaku lewat kelmarin.

“Bedilan ini tidak mengenai kapal USS Mason,” jelasnya.

Tentera AS telah melancarkan serangan balas ke atas tiga stesen radar di kawasan yang dikuasai pemberontak Houthi awal minggu ini selepas kapal pemusnah itu menjadi sasaran bedilan peluru berpandu sebanyak dua kali.

Kumpulan pemberontak Houthi bagaimanapun menolak dakwaan tersebut. Pemberontak Syiah Houthi menentang kerajaan Yemen pimpinan Presiden Abd-Rabbu yang disokong oleh pakatan Arab Saudi.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 6,500 penduduk Yemen terbunuh sehingga Jun 2016 akibat serangan udara pakatan diketuai Arab Saudi. – dpa



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4NO0gyHy9
Hakcipta terpelihara 

Monday, 17 October 2016

Tentera sekutu akur silap bedil Yaman

SABTU, 15 OKTOBER 2016 @ 11:31 PM


KEADAAN bangunan yang musnah dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah majlis pengebumian di Sanaa, Yaman.

 KAHERAH: Tentera bersekutu diketuai Arab Saudi berkata serangan bom di kawasan pemberontak Houthi di Yaman berlaku kerana mereka mendapat 'maklumat yang salah'. Dalam insiden serangan udara itu, sekurang-kurangnya 140 orang maut dan mencederakan 600 lagi ketika mereka menghadiri upacara pengebumian di sebuah dewan di ibu negara, Sanaa. Serangan berdarah pada 8 Oktober lalu mencetus reaksi marah daripada komuniti antarabangsa, termasuk daripada sekutu Barat yang rapat dengan Arab Saudi. Tentera bersekutu dengan Pasukan Penilaian Insiden Bersama (JIAT) berkata, pihak yang bergabung dengan Ketua Jeneral Kakitangan di ibu pejabat Yaman membekalkan maklumat bahawa dewan terbabit dipenuhi pemberontak Houthi Syiah. Ia adalah kawasan yang menjadi sasaran tentera bersekutu sejak 2015 ketika campur tangan dalam perang saudara Yaman menyokong kerajaan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Menurut kenyataan berbahasa Inggeris, pihak yang tidak dikenali menegaskan bahawa lokasi terbabit adalah 'sasaran tentera yang sah'. Sementara itu, Pusat Operasi Udara di Yaman berkata ia menyasarkan lokasi itu tanpa mendapat kelulusan tentera bersekutu. Dalam pada itu, pasukan siasatan menggesa tentera sekutu untuk segera menyemak peraturan dan mencadangkan pampasan diberi kepada keluarga mangsa. Ini adalah insiden kali pertama tentera sekutu mengakui mereka bertanggungjawab dalam serangan udara itu selepas menafikannya sebelum itu. Kerajaan Yaman di bawah pimpinan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi belum lagi mengulas secara terbuka insiden pengeboman pada 8 Oktober lalu. - AP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202538

Kapal pemusnah AS sasaran pemberontak Houthi


DUNIA AHAD, 16 OKTOBER 2016 @ 8:31 AMWASHINGTON: Sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menjadi sasaran serangan peluru berpandu yang gagal, dipercayai dari wilayah Yaman yang dikuasai pemberontak Houthi, insiden ketiga seumpamanya kata pegawai pertahanan AS. Beberapa peluru berpandu dilancarkan ke arah USS Mason di Laut Merah tetapi kapal perang itu mengambil langkah selamat dan berjaya mengelak bedilan, kata pegawai. Khamis lalu, tentera AS melancarkan peluru berpandu ke arah tiga kawasan radar pantai di wilayah Houthi di Yaman sebagai tindak balas kepada dua serangan terdahulu peluru berpandu yang gagal - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202649

Krisis Yaman: AS, Britain dan PBB tuntut gencatan senjata

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, John Kerry, Setiausaha Luar British Boris Johnson dan Duta Khas PBB untuk Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed di Lancaster House, London, Britain. - Foto REUTERS   
DUNIA AHAD, 16 OKTOBER 2016 @ 11:51 PM LONDON: Amerika Syarikat, Britain dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini menuntut pihak bertelagah di Yaman - negara yang dilanda perang saudara - supaya mengisytiharkan gencatan senjata dalam tempoh beberapa hari. "Ini adalah masanya bagi melaksanakan gencatan senjata tanpa syarat dan kemudian bergerak ke meja rundingan," kata Setiausaha Negara AS, John Kerry selepas rundingan diplomatik peringkat tertinggi di London, hari ini. Kerry bercakap selepas pertemuan dengan wakil keamanan PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed serta menteri dari Arab Saudi, Britain dan Emiriah Arab Bersatu. Diplomat tertinggi dari AS itu berkata, dia bersama Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson dan Cheikh Ahmed mahu gencatan senjata dimulakan secepat mungkin, sama ada hari ini atau pun esok.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202833

Friday, 14 October 2016

AS bersedia untuk serangan baharu di Yaman


JUMAAT, 14 OKTOBER 2016 @ 9:42 AM  Sebuah kenderaan pemusnah yang mempunyai antena radar di bandar pelabuhan Hodeidah, Yaman . - Foto AFP WASHINGTON: Pentagon bersiap sedia untuk kemungkinan melancarkan serangan baharu di Yaman selepas serangan peluru berpandunya memusnahkan sasaran pemberontak Houthi, tetapi pegawai tentera menegaskan Amerika Syarikat mahu mengelak daripada terbabit dalam satu lagi peperangan. Terdahulu, Tentera Laut Amerika melancarkan peluru berpandu Tomahawk ke tiga lokasi radar mudah alih di wilayah pantai Laut Merah yang dikuasai Houthi selepas pemberontak yang disokong Iran itu membedil roket ke arah kapal pemusnah USS Mason dua kali dalam masa empat hari. Tentera AS menegaskan serangan itu adalah tindakan mempertahankan diri. Walaupun Amerika Syarikat menyediakan bantuan logistik kepada tentera antarabangsa diketuai Arab Saudi yang memerangi pemberontak itu, pengeboman semalam menandakan kali pertama Washington mengambil tindakan secara langsung terhadap pihak Houthi. Jurucakap Pentagon, Peter Cook, berkata ia bukan permulaan kepada kempen baharu di rantau berkenaan, yang menyaksikan Amerika terbabit dalam perang di Afghanistan, Iraq, Libya dan Syria. "Kami tidak berhasrat terbabit lebih mendalam dalam konflik. Ini mengenai melindungi rakyat kami," katanya. Rumah Putih turut menegaskan Amerika tidak meningkatkan peranannya dalam kempen ketenteraan di negara itu. Dalam perkembangan berkaitan, Iran menghantar armada kapal perangnya ke Teluk Aden, susulan serangan peluru berpandu terhadap kemudahan lokasi radar Houthi itu. Tentera Laut Iran menghantar kapal perang ke perairan antarabangsa untuk misi termasuk memasuki kawasan di luar pantai selatan Yaman, kata Laksamana Habibollah Sayyari. "Ia akan menyediakan kawalan keselamatan laluan laut kepada kapal Iran dan melindungi kepentingan negara ini di laut dalam," katanya. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/202023

Thursday, 13 October 2016

AS serang tiga radar pemberontak Yaman

KHAMIS, 13 OKTOBER 2016 @ 1:08 PM


 GAMBAR fail. Peluru berpandu A.S. Navy pemusnah USS Mason.


WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat melancarkan serangan peluru berpandu untuk memusnahkan tiga lokasi radar pesisir pantai di wilayah dikuasai pemberontak Houthi di Yaman hari ini. Ia sebagai tindak balas susulan serangan peluru berpandu ke atas kapal pemusnah Tentera Laut Amerika minggu ini yang gagal mengenai sasaran. Serangan yang diluluskan Presiden Barack Obama itu adalah tindakan ketenteraan pertama Washington terhadap sasaran dikuasai Houthi dalam konflik di Yaman. Namun, Pentagon menegaskan serangan itu bersifat mempertahankan diri kerana ia menyasarkan radar yang membolehkan pelancaran sekurang-kurangnya tiga peluru berpandu ke arah kapal pemusnah USS Mason pada Ahad. "Serangan mempertahankan diri terhad ini dilakukan bagi melindungi anggota, kapal dan kebebasan belayar," kata jurucakap Pentagon, Peter Cook. Pegawai Amerika yang enggan dikenali, berkata kapal pemusnah USS Nitze, melancarkan peluru berpandu Tomahawk kira-kira jam 4.00 pagi waktu tempatan (0100 GMT). "Radar itu aktif ketika serangan terdahulu dan cubaan serangan terhadap kapal di Laut Merah termasuk USS Mason," kata seorang pegawai sambil menambah radar berkenaan berada di tempat terpencil dan risiko kematian penduduk awam adalah rendah. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201740

Wednesday, 12 October 2016

Tentera Arab Saudi tembak jatuh peluru balistik pemberontak

DUNIA RABU, 12 OKTOBER 2016 @ 6:46 PM

DOHA: Pasukan pertahanan udara Arab Saudi menembak jatuh peluru berpandu balistik yang dibedil pemberontak Houthi ke arah bandar raya Khamees Mushait di barat daya negara itu, kata pasukan pakatan diketuai negara berkenaan dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita SPA. Pasukan Pertahanan Udara Diraja Arab Saudi memusnahkan peluru berpandu itu sebelum ia menyebabkan sebarang kerosakan, menurut kenyataan pasukan pakatan, yang sejak Mac lalu memerangi puak Houthi dalam usaha cuba menubuhkan kembali kerajaan pimpinan Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi. Tentera Arab Saudi bertindak balas kepada peluru berpandu itu dengan menyerang lokasi pelancaran. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/201511

Monday, 10 October 2016

Siasat serangan Yaman


10 OKTOBER 2016
Siasat serangan Yaman


Siasat serangan Yaman Anggota perubatan membawa mayat mangsa serangan udara di Sanaa, kelmarin. - Foto AFP
RIYADH - ARAB SAUDI. Gabungan diketuai Arab Saudi menentang kumpulan pemberontak di Yaman, memaklumkan bersedia menjalankan siasatan bersama Amerika Syarikat (AS) terhadap serangan di Sanaa yang mengorbankan lebih 140 orang.

Gabungan itu dalam satu kenyataan berkata, mereka juga sanggup menyediakan pasukan penyiasat dengan sebarang data dan maklumat berkaitan operasi ketenteraannya di lokasi kejadian serta kawasan sekitarnya.

"Kami akan menyiasat kes itu dengan segera bersama Pasukan Penilaian Insiden Bersama di Yaman dan pakar dari AS yang mengambil bahagian dalam siasatan sebelum ini," katanya menerusi Press Agency Saudi.

Kelmarin, lebih 140 orang terbunuh dan lebih 525 yang lain cedera dalam serangan udara di Sanaa, ketika majlis pengebumian bapa seorang pemimpin tertinggi pemberontak Houthi.

Menurut saksi, sekurang-kurangnya tiga serangan udara dilancarkan di Dewan Utama, salah satu dewan terbesar di ibu negara sekitar jam 3.30 petang (waktu tempatan). - Agensi

140 terbunuh di majlis pengebumian



ORANG ramai mengusung mayat seorang mangsa yang terbunuh dalam serangan berkenaan. - Reuters

MAYAT rentung seorang lelaki, antara yang ditemui di celah runtuhan. - Reuters

KEADAAN di dewan yang menjadi sasaran serangan kelmarin. - AP

AFP
Sanaa: Lebih 140 orang terbunuh dan lebih 525 cedera apabila orang ramai yang menghadiri satu majlis pengebumian di sini menjadi sasaran serangan udara.

Kumpulan pemberontak Houthi menuduh serangan itu dilancarkan pakatan yang diketuai Arab Saudi.

Pakatan berkenaan yang terdiri daripada beberapa negara Arab bagaimanapun menafikannya.

“Angka kematian begitu tinggi. Lebih 520 cedera dan lebih 100 terbunuh,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan di Sanaa, Tamim al-Shami, kepada stesen televisyen Almasirah yang dikuasai pemberontak.

Ia antara serangan yang menyebabkan ramai terbunuh sejak pakatan berkenaan melancarkan kempen pengeboman terhadap pemberontak Houthi Mac tahun lalu.

Penyelaras bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Yaman, Jamie McGoldrick berkata, pekerja bantuan terkejut dan kecewa dengan serangan itu yang menyasarkan sebuah dewan komuniti ketika orang ramai menghadiri upacara pengebumian.

Pada September 2015, sekurang-kurangnya 131 orang awam yang menghadiri satu majlis perkahwinan di Mokha, bandar tepi pantai Laut Merah, terbunuh dalam serangan udara yang juga didakwa dilakukan pakatan yang diketuai Saudi.

Mac lalu, serangan udara yang menyasarkan sebuah pasar meragut sekurang-kurangnya 119 nyawa, termasuk 106 orang awam, 24 daripadanya kanak-kanak, di Hajja, sebuah lagi wilayah yang dikuasai Houthi.

Dalam kejadian kelmarin, petugas penyelamat menarik keluar sekurang-kurangnya 20 mayat yang rentung dan cebisan anggota tubuh dari bangunan yang terbakar hangus di selatan Sanaa.

Sebahagian mangsa yang cedera hilang kaki dan terpaksa dirawat di tempat kejadian oleh sukarelawan.

Dalam kenyataannya kepada agensi berita, pakatan yang diketuai Arab Saudi berkata, ia tidak melancarkan sebarang serangan udara di lokasi berkenaan dan menggesa supaya ‘punca lain’ yang menyebabkan kejadian itu disiasat.

Menurut pakatan itu, pihaknya sejak dulu lagi mengelak menyasarkan serangan terhadap perhimpunan orang ramai.

Laman berita sabanews.net yang dikuasai Houthi berkata, pesawat pakatan terbabit mengebom dewan komuniti itu ketika ratusan orang berkumpul menghadiri upacara pengebumian bapa Menteri Dalam Negeri Houthi, Jalal al-Rowaishan.

Ia bagaimanapun tidak menyebut sama ada Jalal berada di bangunan itu ketika serangan.

Bagaimanapun, Datuk Bandar Sanaa, Abdel Qader Hilal adalah antara yang mati.

“Orang ramai dari seluruh Sanaa datang untuk menghadiri upacara pengebumian ini. Sebuah pesawat datang dan menggugurkan bom. Kemudian satu lagi datang .

“Kami datang untuk pengebumian satu orang. Kini majlis itu menjadi pengebumian untuk lebih 140 orang,” kata saksi, Mulatif al-Mojani.

Houthi yang berfahaman Syiah dan disokong Iran menguasai Sanaa pada September 2014 sebelum mara di kebanyakan wilayah negara itu, memaksa kerajaan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa, President Abedrabbo Mansour Hadi melarikan diri.

Lebih 5,700 orang, kebanyakannya orang awam terbunuh di negara itu sejak pakatan Arab campur tangan untuk menyokong Abedrabbo.

Pertempuran semakin buruk sejak rundingan damai yang diusahakan PBB menemui jalan buntu Ogos lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2016 @ 7:19 AM

Pemberontak Yaman tembak 2 peluru berpandu ke arah kapal AS

ISNIN, 10 OKTOBER 2016 @ 12:42 PM

 WASHINGTON: Sebuah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat menjadi sasaran serangan peluru berpandu dari wilayah Yaman yang dikuasai pemberontak Houthi yang disokong Iran, kata jurucakap tentera AS kepada Reuters. Cubaan serangan ke atas USS Mason berlaku seminggu selepas sebuah kapal Emiriah Arab Bersatu (UAE) diserang puak Houthi, sekali gus menggambarkan risiko ke atas tentera AS susulan konflik Yaman meningkat Kerajaan AS yang semakin lantang bersuara mengenai korban orang awam dalam perang, semalam mengumumkan untuk menilai semula sokongan terhadap pakatan yang dipimpin Arab Saudi menentang Houthi selepas serangan ke atas satu upacara pengebumian di ibu negara Sanaa mengorbankan sehingga 140 orang. Menurut tentera AS, serangan peluru berpandu ke atas USS Mason yang gagal itu bermula sekitar jam 7 malam waktu tempatan, apabila kapal itu mengesan dua peluru berpandu dalam tempoh 60 minit di Laut Merah dekat luar pantai Yaman. "Kedua-dua peluru berpandu itu meletup di dalam air sebelum sampai ke kapal," kata jurucakap Pentagon Captain Jeff Davis. "Tiada anak kapal yang cedera dan tiada kerosakan kepada kapal dilaporkan." Arab Saudi dan Amerika Syarikat menyalahkan Iran membekalkan senjata kepada Houthis. Tehran menyifatkan Houthi yang berasal dari mazhab Syiah, sebagai kuasa yang sah di Yaman tetapi menafikan ada membekalkan mereka dengan senjata. Menurut seorang pegawai tentera yang enggan dikenali, USS Mason tidak melakukan serangan balas dalam kejadian yang berlaku di utara Selat Bab al-Mandeb di luar pantai selatan Yaman. Serangan minggu lalu ke atas kapal UAE juga berlaku sekitar Selat Bab al-Mandeb, dalam apa yang disifatkan UAE sebagai tindakan keganasan. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200696

Pemberontak Houthi nafi serang kapal AS

DUNIA ISNIN, 10 OKTOBER 2016 @ 5:09 PM

KAPAL pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat, USS Mason (DDG 87) tiba di pelabuhan Port Canaveral, Florida, pada April 2003. - Foto fail Reuters   

 SANAA: Pemberontak Houthi menafikan ia melancarkan serangan peluru berpandu ke arah kapal pemusnah Tentera Laut Amerika Syarikat. "Pergerakan ini menafikan menyasar mana-mana kapal di perairan Yaman," menurut pegawai Houthi yang enggan namanya disiarkan. Terdahulu, Tentera Laut AS mendakwa serangan berkenaan dilancarkan dari wilayah Yaman yang dikuasai Houthi. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200793

Sunday, 9 October 2016

140 terbunuh serangan udara pada majlis pengebumian di Yaman

AHAD, 9 OKTOBER 2016 @ 7:48 AM

KEADAAN bangunan yang musnah dalam serangan udara yang menyasarkan sebuah majlis pengebumian di Sanaa, Yaman.

NEW YORK: Angka terkini korban serangan udara yang menyasarkan sebuah majlis pengebumian di Sanaa, Yaman semalam meningkat kepada lebih 140 orang manakala lebih 525 lagi cedera, lapor pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Menurut PBB, pemberontak Houthi menyalahkan pakatan diketuai Arab Saudi ke atas serangan kejam itu. Penyelaras Kemanusiaan PBB Yaman, Jamie McGoldrick, berkata petugas bantuan amat terkejut dan kesal dengan serangan yang menyasarkan sebuah dewan komuniti di ibu kota Sanaa ketika mereka yang berkabung berkumpul. "Laporan awal pegawai perubatan di Sanaa memberitahu bahawa lebih 140 terkorban manakala lebih 525 lagi cedera," katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu pegawai bantuan PBB menyeru siasatan segera dijalankan dan berkata komuniti antarabangsa perlu meletakkan lebih tekanan bagi memastikan keselamatan orang awam dilindungi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200306

Berpuluh maut serangan udara ke atas Sanaa

AHAD, 9 OKTOBER 2016 @ 1:02 AM

PEMBERONTAK Yaman mendakwa serangan udara tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi membunuh puluhan orang dan mencederakan ratusan lagi di Sanaa.. - Foto REUTERS

 SANAA: Pemberontak Yaman mendakwa serangan udara tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi membunuh puluhan orang dan mencederakan ratusan lagi di Sanaa. Laman berita sabanews.net milik pemberontak melaporkan pesawat tentera bersekutu membedil bangunan tempat orang ramai berkumpul bagi meratapi kematian bapa seorang tokoh pemberontak terkenal. Sabanews.net melaporkan berpuluh-puluh mati syahid dan ratusan cedera dalam dua serangan udara yang dilancarkan pesawat tempur tentera bersekutu. Pemberontak Houthi berkata, orang ramai berkumpulan di selatan Sanaa untuk memberi penghormatan kepada bapa pemberontak Menteri Dalam Negeri, Jalal al-Rowaishan, ketika serangan. Nasib menteri terbabit masih tidak diketahui. Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian berkata, petugas keselamatan berusaha mengeluarkan mayat rentung daripada bangunan yang runtuh manakala yang lain berusaha mencari mangsa yang terselamat. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada 6,700 kebanyakannya orang awam terbunuh di Yaman sejak tentera bersekutu campur tangan pada Mac 2015. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200290

Friday, 7 October 2016

Kanak-kanak Yaman mulai terkena barah akibat nuklear

DUNIA JUMAAT, 7 OKTOBER 2016 @ 10:41 AM

KANAK-KANAK di Yaman. - Foto www.asianews.it

SANAA: Penduduk Yaman menemui ajal disebabkan senjata kimia dan kanak-kanak mula menunjukkan petanda barah luar biasa yang selalunya dikaitkan dengan bencana nuklear.

Jurucakap Pertubuhan Hak Asasi Yaman, Kim Sharif, berkata keadaan itu amat mengejutkan dan kerap berlaku di bahagian utara negara itu yang menunjukkan perkembangan kecil barah jarang berlaku yang selalunya dikaitkan dengan nuklear.

Beliau menegaskan siasatan bebas mesti dilakukan mengenai keadaan itu di Yaman dan jenayah perang yang didakwa dilakukan pakatan tentera diketuai Arab Saudi.

 "Kami sudah berkempen mengenai perkara ini di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September tahun lalu.

Malah usul itu disokong kerajaan Belanda. "Malangnya, kami ditewaskan dengan cara keji kerana anda berada dalam situasi pasukan pakatan diketuai salah satu pengeluar minyak utama di rantau itu dan didakwa melakukan jenayah perang, pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan.

"Bukti sudah dikumpulkan selama 19 bulan dan sudah ada. PBB akhirnya siasatan perlu dilakukan pihak berkuasa Yaman sendiri," kata Sharif. Katanya, ini seolah-olah 'meminta pembunuh sendiri menyiasat jenayah yang dilakukannya.

' Laporan mengenai pencabulan hak asasi manusia disediakan oleh Jawatankuasa Inkuiri Kebangsaan Yaman yang ditubuhkan setahun lalu.

Badan itu menyokong Presiden Abderabbo Mansour Hadi yang disingkirkan, kata Sharif. Keputusan berkenaan dikecam keras oleh aktivis hak asasi manusia. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199715

Keganasan: Lebih 2 juta budak tak sekolah


Lebih 2 juta budak tak sekolah

Kanak-kanak di Yaman terlepas sesi persekolahan akibat konflik berterusan di negara itu.
SANAA - Tabung Kanak-kanak PBB (Unicef) memberitahu, keganasan berterusan di Yaman telah menyebabkan lebih dua juta kanak-kanak di negara itu tidak dapat bersekolah.
Wakil agensi itu, Julien Harneis berkata, 350,000 budak terlepas sesi persekolahan pada 2015 susulan penutupan banyak sekolah di seluruh Sanaa.
"Terdapat kanak-kanak yang terkorban ketika dalam perjalanan atau ketika berada di sekolah. Pihak bertelagah dalam konflik itu seharusnya berhenti menyasarkan golongan itu dan sekolah bagi memberikan peluang pendidikan kepada mereka," jelasnya.
Unicef menganggarkan, 2,108 sekolah di seluruh Yaman tidak lagi boleh digunakan akibat dibedil selepas Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan sejak Mac tahun lalu.
Susulan itu, agensi antarabangsa terbabit telah merayu bantuan dana berjumlah AS$34 juta (RM141 juta) untuk pemulihan sistem pendidikan negara tersebut. - Press TV

Monday, 3 October 2016

Tentera pakatan Arab serang bot militia Houthi


ISNIN, 3 OKTOBER 2016 @ 10:20 AM

Seorang pengawal sempadan Saudi berdiri di dalam bot mengawal di luar pantai Laut Merah di sempadan maritim Arab Saudi dengan Yaman. Foto REUTERS/www.ibtimes.com

DUBAI: Tentera pakatan Arab melancarkan operasi terhadap bot militia kumpulan pemberontak Houthi di Yaman yang menyerang kapal logistik awam dalam pelayaran kemanusiaan di laluan perkapalan Laut Merah. Kapal berkenaan, pengangkut logistik berkelajuan tinggi buatan Australia berada dalam pajakan tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE), diserang pemberontak Houthi berhampiran selat Bab al-Mandab di luar pantai selatan Yaman pada Sabtu. Pasukan pakatan berjaya menyelamatkan penumpang dan tiada kru yang cedera.

 Dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat Sabtu, pasukan pakatan berkata kapal milik UAE Marine Dredging Company itu dalam laluan biasa dari Aden untuk menghantar bantuan dan perubatan serta memindahkan penduduk awam yang cedera untuk mendapatkan rawatan di luar Yaman.

"Tentera udara dan laut pasukan pakatan menyasarkan bot militan Houthi yang terbabit dalam serangan," kata kenyataan. Menurut pasukan pakatan, kejadian menunjukkan taktik Houthi termasuk apa yang digelar 'serangan pengganas' terhadap kapal antarabangsa awam di peratiran itu. Bagaimanapun, pada Sabtu militan Houthi berkata anggota mereka memusnahkan kapal tentera UAE yang mara ke arah pelabuhan Al-Mokha di Laut Merah.

 "Pasukan bersenjata memusnahkan kapal milik tentera UAE dengan peluru berpandu," pegawai tentera dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Saba Yemeni, yang dikendalikan Houthi sejak merampas ibu negara, Sanaa, tahun lalu. Amerika Syarikat mengutuk serangan itu, mendesak pemberontak Houthi berhenti menyerang kapal dan berkata ia kekal komited memastikan kebebasan pelayaran di selat itu. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/198411

Wednesday, 28 September 2016

Bapa pengantin letup bom tangan





AFP
Aden: Satu majlis perkahwinan di Yarim dalam wilayah Ibb di barat bandar raya ini, bertukar menjadi tragedi apabila bapa pengantin perempuan meletupkan dua bom tangan menyebabkan 12 terbunuh dan dirinya, hari ini.

Mereka yang terbunuh ialah lapan wanita dan empat kanak-kanak manakala 18 lagi cedera.

Menurut saudara keluarga pengantin, lelaki itu, Hazaa Sharman, ialah pesara tentera yang mengalami masalah mental.

Penduduk Yaman dibenar memiliki serta membawa senjata api selaras dengan tradisi negara itu dan sejak 18 bulan lalu, diancam konflik antara pemberontak sokongan Iran dengan kerajaan disokong negara Arab diketuai Arab Saudi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 10:53 PM

Tuesday, 27 September 2016

Bapa pengantin letup bom tangan






AFP
Aden: Satu majlis perkahwinan di Yarim dalam wilayah Ibb di barat bandar raya ini, bertukar menjadi tragedi apabila bapa pengantin perempuan meletupkan dua bom tangan menyebabkan 12 terbunuh dan dirinya, hari ini.

Mereka yang terbunuh ialah lapan wanita dan empat kanak-kanak manakala 18 lagi cedera.

Menurut saudara keluarga pengantin, lelaki itu, Hazaa Sharman, ialah pesara tentera yang mengalami masalah mental.


Penduduk Yaman dibenar memiliki serta membawa senjata api selaras dengan tradisi negara itu dan sejak 18 bulan lalu, diancam konflik antara pemberontak sokongan Iran dengan kerajaan disokong negara Arab diketuai Arab Saudi.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2016 @ 10:53 PM

Saturday, 17 September 2016

100,000 kanak-kanak kekurangan zat di Yaman


17 SEPTEMBER 2016
 100,000 kanak-kanak kekurangan zat di Yaman

 100,000 kanak-kanak kekurangan zat di Yaman Hampir 100 ribu kanak-kanak di wilayah negara itu mengalami risiko kekurangan zat makanan.
SANAA -YAMAN . Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir 100,000 kanak-kanak berumur bawah lima tahun di wilayah Yaman mengalami risiko kekurangan zat makanan, lapor The Associated Press.

Wilayah tersebut yang merupakan salah satu daripada bandar termiskin di negara itu serta keadaan menjadi bertambah buruk apabila serangan udara daripada pakatan Arab sejak 18 bulan lalu telah menjejaskan pencarian utama penduduk di situ yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.

Konflik di Yaman berterusan apabila harga makanan meningkat secara mendadak menyebabkan ramai keluarga terpaksa berlapar dan yang paling terjejas adalah kanak-kanak.

Menurut seorang pekerja sosial, Ibrahim al-Kaali, dia terpaksa membawa salah seorang kanak-kanak yang kekurangan zat makanan ke hospital dengan berhati-hati.

“Saya takut jika mencederakannya. Dia kelihatan sangat kurus sekali.

“Kes sebegini meningkat dengan cepat di sini, lebih menyedihkan apabila mereka keluar daripada hospital, mereka akan mengalaminya (kekurangan zat makanan) lagi,” katanya.

Lebih daripada 10 ribu orang terbunuh ataupun tercedera sejak peperangan di Yaman dan 2.8 juta orang menjadi pelarian.

Katanya, sekatan daripada bahagian darat dan juga lautan serta serangan darat oleh pihak Houthis’s juga turut menyumbang kepada kekurangan makanan di situ.

Rundingan damai PBB sebagai pengantara di Kuwait pada bulan lalu turut tidak menunjukkan apa-apa kemajuan.

Sunday, 11 September 2016

Kurus kering akibat konflik perang Yemen


11 September 2016 12:16 AM


A woman rests on a bed next to her malnourished son at a hospital in the Red Sea port city of Houdieda, Yemen yesterday. Reuters

BUDAK tersebut yang dirawat di sebuah hospital di bandar pelabuhan Laut Merah, Houdieda, ditemani ibunya di Yemen kelmarin. REUTERS

SANAA 10 Sept. - Beberapa keping gambar seorang budak lelaki yang kurus kering kerana tidak cukup makan akibat pepera­ngan di Yemen, menyentuh hati masyarakat antarabangsa serta memperlihatkan kesan buruk pergolakan di negara ini kepada golongan kanak-kanak.
Dua keping gambar disiarkan Mail Online menunjukkan kea­daan kanak-kanak tersebut yang tinggal rangka di sebuah hospital di bandar pelabuhan Laut Merah, Houdieda.
Dengan hanya memakai lampin, tulang rusuk budak itu jelas kelihatan, kulit tubuhnya kecut serta dia kelihatan tidak bermaya.
Satu lagi gambar memaparkan budak tersebut duduk bersama ibunya di atas katil hospital tersebut sambil sikunya berbalut.
Gambar-gambar berkenaan didedahkan ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin me­rayu semua pi­hak bertelagah di Yemen menghentikan pertempuran bagi membolehkan bantuan kemanusiaan diagihkan di kawasan terlibat.
Dalam kenyataannya PBB menjelaskan, ketiadaan rundi­ngan damai hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Yemen.
Pemberontak Houthi menawan ibu negara Yemen, Sanaa pada akhir 2014, sebelum mara ke beberapa bahagian lain Ye­men, memaksa tentera perikatan untuk campur tangan dalam konflik di Yemen pada Mac tahun lalu.
Lebih 6,600 kebanyakannya penduduk awam terbunuh sepanjang konflik berlangsung.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kurus-kering-akibat-konflik-perang-yemen-1.381287#sthash.J3GKiwv4.dpuf