Tuesday, 30 September 2014

Pemberontak Houthi makin ganas

Petugas hospital meninjau beberapa bahagian di hospital selepas musnah akibat serangan bom nekad.
Petugas hospital meninjau beberapa bahagian di hospital selepas musnah akibat serangan bom nekad.
SANA'A - YAMAN. Sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam dua serangan berasingan menyasarkan kumpulan pemberontak, Houthi di selatan Yaman, semalam.

Menurut sumber pemberontak, serangan pertama berlaku di bandar Majzar di wilayah Maarib, timur ibu negara Sanaa, manakala serangan kedua di wilayah selatan al-Bayda.

Pada serangan pertama, seorang pengebom nekad yang dikaitkan dengan Al-Qaeda bertindak meletupkan kereta yang sarat dengan bahan letupan sebelum merempuh hospital yang dijadikan pangkalan oleh pergerakan kumpulan terbabit.

Menurut Al Jazeera, serangan itu menyebabkan 15 orang maut dan lebih 50 lagi cedera.

Dalam serangan kedua, pegawai tempatan memaklumkan, sekumpulan penyerang bertindak menyerang kenderaan dinaiki pemberontak Houthi lalu membunuh lima orang.

Sehingga kini, pemberontak Houthi masih menawan Sana'a sejak 21 September lalu sungguh pun perjanjian damai dengan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi telah dimeterai.

Penduduk Yemen kekurangan makanan


ABU DHABI 30 Sept. - Konflik politik yang berlanjutan di Yemen menjadikan risiko kekurangan makanan semakin meningkat, menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) semalam.
Ini berikutan penawanan ibu negara, Sanaa bulan ini oleh kumpulan pemberontak Syiah yang memaksa Presiden Yemen, Abd-Rabbu Mansour Hadi memberi amaran kemungkinan perang saudara bakal tercetus ekoran masalah politik agama dan puak.
Penyelaras FAO, Ad Spijkers berkata, seorang daripada empat warga Yemen mengalami kekurangan nutrisi dan separuh daripada 25 juta rakyat Yemen mengalami masalah bekalan makanan.
“Dalam segala bentuk usaha untuk memperbaiki masalah nutrisi dan bekalan makanan, negara ini perlu berada dalam keadaan stabil, terutama dua pertiga daripada penduduk Yemen bergantung kepada pertanian," katanya. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140930/lu_07/Penduduk-Yemen-kekurangan-makanan#ixzz3Ek2dl2xS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 29 September 2014

Masyarakat Muslim Yaman Berunjuk Rasa Mendukung Daulah Islamiyah


Masyarakat Muslim Yaman Berunjuk Rasa Mendukung Daulah Islamiyah

Tsarnaev untuk Al-Mustaqbal Channel
AL-BAIDHA, YAMAN – Ratusan masyarakat muslim di kota al-Baidha menggelar demonstrasi mendukung Daulah Islamiyah pada hari sabtu (27/09/2014). Mereka berbondong-bondong turun ke jalan meneriakan, “Daulah Islam…Baaqiyaah”.
Acara long march ini diadakan oleh Mujahidin Ansar Al Sharia Yaman beserta masyarakat sipil. Tampak masyarakat membawa bendera Tauhid, yang dikibarkan Daulah Islamiyah.
Mereka meminta Daulah Islamiyah agar membantu mujahidin di yaman untuk menghabisi Syiah Houthi yang selama ini mengancam dan membunuhi warga muslim.
Mereka juga tidak menginginkan adanya orang Syiah di kota mereka, tetapi mereka menginginkan Daulah Islamiyah. Mereka ekspresikan dengan slogan, “Tidak untuk Houthi, tidak untuk Syiah, tetapi Daulah Islamiyah.”
Syiah Houthi yang sudah beberapa tahun ini membunuhi warga muslim di kota San’aa dan kota Dammaj. Mereka membunuhi para santri yang sedang belajar hadits dan menuntut ilmu agama Islam di kota tersebut.
Namun alhamdulillah Mujahidin AQAP dan beberapa kelompok Mujahidin Yaman telah memerangi Houthi walaupun pemerintah Yaman tidak menginginkan adanya bentrok.
Masyarakat kota Al-Baidha berharap Daulah Khilafah Islamiyah / Islamic State / Negara Islam menolong warga muslim San’aa dan kota-kota lainnya dari serangan Houthi, dan mereka berharap Daulah Islamiyah melebarkan kekuasaannya sampai negara Yaman.
Berikut ini video yang diunggah di Youtube :

20 maut dalam serangan di Yaman

ISNIN, 29 SEPTEMBER 2014 @ 8:01 AM

 
SANAA: Seorang pengebom nekad yang ada kaitan dengan Al-Qaeda memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke hospital yang digunakan sebagai pangkalan oleh pergerakan Syiah Houthi Yaman semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terkorban manakala lima lagi maut dalam serangan di selatan negara itu.

Menurut sumber militan, serangan pertama berlaku di bandar Majzar di wilayah Maarib di timur ibu negara Sanaa, manakala serangan kedua berlaku di wilayah selatan al-Bayda.

Dalam serangan kedua, pejuang Al-Qaeda menyerang sebuah kereta yang digunakan pejuang Houthi dan membunuh lima anggota.

Tiada kenyataan segera daripada kumpulan Houthi itu.



Pejuang Houthi menawan Sanaa pada 21 September selepas empat hari bertempur dengan askar yang setia dengan parti Islah.

Mereka kini enggan mengalah biarpun memeterai perjanjian dengan Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi untuk menjadikan mereka sebagai sebahagian daripada kerajaan.- Reuters

Penduduk Yemen sertai protes tuntut pemberontak Huthi berundur


SANAA 29 Sept. - Beratus-ratus penduduk Yemen menyertai bantahan menuntut pengunduran pemberontak Huthi, dalam bantahan pertama terhadap kumpulan pemberontak yang menawan ibu negara itu sejak minggu lepas.
Penunjuk perasaan itu berarak di sepanjang jalan Zubairi di sini sambil melaungkan slogan menentang pemberontak Huthi yang menawan bandar itu.
"Kami tidak mahu (pemberontak) Huthi lagi, mereka menawan utara Sanaa sehingga mengorbankan lebih 270 nyawa," jerit penunjuk perasaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140929/lu_01/Penduduk-Yemen-sertai-protes-tuntut-pemberontak-Huthi-berundur#ixzz3EeGHGYmQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pemberontak Yemen setuju berdamai


SANAA 28 Sept - Kumpulan pemberontak Ansarullah di Yemen menandatangani satu perjanjian dengan kerajaan yang menghendaki kumpulan itu meletakkan senjata dan menarik keluar anggota mereka dari beberapa kawasan yang ditawan sejak beberapa bulan lalu.
Portal berita presstv online melaporkan, aktivis Ansarullah yang turut dikenali sebagai kumpulan pemberontak Houthis menandatangani perjanjian itu sebagai sebahagian daripada perjanjian menyeluruh tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan parti pro-kerajaan, Salafi Islah dan beberapa pihak lain yang bertelagah.
Kumpulan Houthis juga didakwa menempatkan beribu-ribu anggotanya dan mempunyai simpanan senjata di kawasan tersebut.
Menurut pegawai, sekurang-kurangnya 340 orang terbunuh dalam pertempuran selama seminggu antara kumpulan Ansarullah dan pejuang Salafi yang disokong Mejar Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar, yang merupakan saudara tiri lelaki bekas diktator Ali Abdullah Saleh.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140929/lu_07/Pemberontak-Yemen-setuju-berdamai#ixzz3EeFqC5fh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 26 September 2014

Ikhwan Muslimin Yaman (Al-Islah) gagalkan rancangan Syiah Al-Houthi


iman univ
Ikhwan Muslimin Yaman yang dikenali dengan nama Tajammu’ Al-Yamani Lil Islah (Al-Islah) telah berjaya menggagalkan satu rancangan jahat Syiah Al-Houthi baru-baru ini.
Syiah Al-Houthi yang turut bersekongkol dengannya pihak pengkhianat kerajaan Yaman merancang untuk membunuh ribuan anggota Al-Islah dan melemahkan pergerakan itu.
Menurut sumber, dalam serangan ke atas Universiti Al-Iman di San’aa (universiti yang dikuasai oleh Al-Islah), Syiah Al-Houthi mahu membunuh seramai mungkin pengikut Al-Islah dengan membuat beberapa tindakan provokasi.
Antaranya mereka menghancurkan dewan-dewan kuliah, rumah-rumah pelajar dan pensyarah serta fasiliti universiti.
Tindakan itu dilakukan dengan harapan kumpulan Al-Islah akan bertindak balas dengan menyerang Syiah Al-Houthi dan dengan itu, mudahlah mereka dibunuh beramai-ramai dan ia akan melemahkan Al-Islah.
Namun disebabkan kebijakan pimpinan Al-Islah, pengikut kumpulan itu diarahkan keluar dari universiti dan tidak terlibat dalam apa bentuk serangan balas dan menyerahkan peranan mempertahankan universiti kepada pihak keselamatan kerajaan.
Selain menyerang universiti, Syiah Al-Houthi yang juga telah berpakat dengan pengkhianat kerajaan, berpura-pura menyerang bank kerajaan, premis dan bangunan-bangunan kerajaan dengan harapan kumpulan Al-Islah akan bangun menentang Al-Houthi.
Sebaliknya Al-Islah tidak melibatkan diri dan mengatakan pihak keselamatan yang bertanggungjawab sepenuhnya dan akhirnya Al-Islah terselamat daripada komplot melemahkan dan menghapuskan mereka.

Thursday, 25 September 2014

Apa yang sedang berlaku di Yaman?


HARIS ZALKAPLI | .
APA yang sedang berlaku di Yaman berkait langsung dengan perubahan kepimpinan dan aliansi selepas kebangkitan massa yang akhirnya menyebabkan Presiden Ali Abdullah Saleh yang telah memerintah selama 33 tahun diundurkan.

Konflik yang telah berlangsung sejak hujung tahun lalu ini juga berkait dengan kepentingan kuasa-kuasa serantau di sana, yang lebih meluas daripada persaingan proksi antara Arab Saudi dan Iran - atau Sunni dengan Syiah - seperti yang dilihat oleh sesetengah pihak.

Banyak pihak terlibat dalam krisis terbaharu ini, walaupun tumpuan banyak diberikan pada kumpulan pemberontak Houthi yang beraliran Syiah Zaidiyah dengan kubu kuat di utara Yaman bersempadan dengan Arab Saudi.

Politik Yaman kuat dicorakkan oleh kuasa puak-puak berpengaruh yang menguasai kerajaan sejak pemerintahan Syiah Zaidiyah ditamatkan dan Yaman muncul sebagai sebuah negara republik, satu-satunya di Semenanjung Arab.

Aliran Zaidiyah yang disebut hakikatnya bukan garis pemisah atau penentu paling utama - walaupun tidak dinafikan peranan pentingnya - seperti tanggapan sesetengah pihak, kerana Houthi turut mendapat sokongan Sunni, dan Ali Abdullah yang memerangi Houthi selama pentadbiran beliau juga bermazhab Syiah Zaidiyah.

Selain Houthi, kumpulan lain yang terlibat termasuk kelompok Salafi yang mempunyai pengaruh kuat di Yaman selama ini, dan Ikhwanul Muslimin, yang bersama Salafi dan keluarga berpengaruh al-Ahmar - keluarga paling kuat dalam gabungan puak Hashid - membentuk Parti Islah yang ditubuhkan pada 1990, sekutu kuat Presiden Ali Abdullah sehingga beliau berundur.

Salafi mempunyai pengaruh kuat di Yaman hasil hubungan baik dengan kerajaan Ali Abdullah dan kerajaan Saudi, yang menggunakan mereka sejak sekian lama untuk menangani pesaing seperti Parti Sosialis Yaman - yang menguasai Yaman Selatan sehingga penyatuan pada tahun 1990 - dan kumpulan-kumpulan lain.

Salafi, dipimpin Abdul Majid al-Zindani merupakan seteru kuat Houthi, yang menjadi satu punca tindakan keras Houthi terhadap Universiti al-Iman, pusat kegiatan Salafi dan dikaitkan juga dengan al-Qaeda, yang kini menjadikan Yaman sebagai salah satu pangkalannya.

Houthi terlibat dalam konflik bersenjata dengan kerajaan, terbaharu sejak 2004 hingga 2011, dan berhasil mencapai matlamat mereka sedikit demi sedikit terutama melibatkan wilayah dikuasai. Perkembangan terkini menyaksikan Houthi mendapat kelebihan paling besar.

Islah yang kini dikuasai Ikhwan memainkan peranan penting dalam menjatuhkan Ali Abdullah hasil kebangkitan yang bermula pada 2011, menjadi satu sebab permusuhan bekas presiden itu terhadap Islah.

Islah menjadi broker penting dalam perjanjian mengundurkan Ali Abdullah - yang turut melibatkan Arab Saudi, pihak yang membantu presiden itu berundur dengan selamat - dan menyerahkan jawatan presiden kepada orang nombor dua, Abd Rabbuh Mansur Hadi.

Ikhwan yang tidak berpuas hati dengan aturan itu, hingga menjejaskan hubungan Islah dengan Riyadh dan mendorong Qatar berusaha melebarkan pengaruh di Yaman bermula 2011 dengan memberikan sokongan kepada Islah, selari dengan dasar menyokong Ikhwan di Mesir dan Syria sepanjang kebangkitan.

Bermula 2011, Islah merapatkan diri dengan Qatar dan Turki, dua pemain serantau yang mempunyai agenda untuk meluaskan pengaruh di seluruh rantau Arab, dan pada sekaligus melebarkan lagi jurang dengan sekutu lama Arab Saudi.

Ali Abdullah turut memusuhi keluarga al-Ahmar, setelah dikhianati oleh Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar semasa kebangkitan yang akhirnya menjatuhkan Ali Abdullah. Puak Ali Abdullah dan keluarga al-Ahmar kedua-duanya daripada puak yang sama, Sanhan, dan kedua-duanya mempunyai pengaruh masing-masing dalam gabungan puak Hashid.

Persaingan Ali Abdullah dengan keluarga al-Ahmar - walaupun mengekalkan kerjasama demi kepentingan kuasa - sejak sekian lama akhirnya menjadi permusuhan yang jelas ekoran perubahan politik yang dramatik pada 2011.

Pemberontak Houthi berkongsi kepentingan dengan Ali Abdullah dan penyokongnya dalam hal Islah dan keluarga al-Ahmar, yang menjadi penentang kuat Houthi selama ini.

Hal ini menyebabkan Ali Abdullah dilihat berperanan aktif dalam membantu kemaraan Houthi ke Sanaa dan keupayaan menguasai ibu negara dalam masa sebulan tanpa tentangan yang setara.

Kepentingan yang pelbagai dilihat dalam krisis terbaharu ini, yang memperlihatkan pihak yang tidak sehaluan selama ini berkongsi kepentingan yang sama, seperti Tehran dan Riyadh yang masing-masing mendapat manfaat melalui peningkatan pengaruh Houthi dan pengunduran Ikhwanul Muslimin.

Saudi mengetuai kempen serantau bersama Emiriyah Arab Bersatu dan Kuwait dalam mematahkan kemaraan Ikhwan yang disokong Qatar, sebelum ini di Mesir dan kini di Yaman.

Pengaruh Saudi merosot di Mesir dan Yaman ekoran perubahan politik sepanjang kebangkitan yang bermula pada 2011, tetapi perkembangan di Mesir dan Yaman membantu memelihara kembali kepentingan Riyadh.

Perkembangan terbaharu di Yaman ini bakal membawa implikasi yang berpotensi memanjangkan lagi pertembungan, mengundang reaksi balas yang keras daripada kumpulan-kumpulan yang melihat kebangkitan Houthi - dan kepentingan Syiah Zaidiyah serta perluasan pengaruh Iran yang dikaitkan dengannya - sebagai satu ancaman besar.

Perjanjian yang dicapai membuka ruang kepada satu proses pemulihan dan pembinaan negara yang baharu, tetapi rasa tidak puas hati antara pihak yang bermusuh selama ini dijangka akan terus kekal.

Hal ini jelas dapat diperhatikan berdasarkan kelebihan yang diperolehi oleh Houthi hasil perjanjian yang telah dicapai, yang memberikan pihak Houthi perkara-perkara penting yang menjadi tuntutan mereka termasuk lebih diwakili dalam pemerintahan baharu, termasuk suara dalam pemilihan perdana menteri.

Pada masa sama, situasi tidak stabil yang telah berlarutan sejak sekurang-kurangnya lima tahun lalu bakal menyuburkan lagi elemen militan di negara itu, yang menjadi semakin meluas ekoran peningkatan aktiviti bersenjata kebelakangan ini.

Politik identiti yang dibawa oleh pemberontak Houthi, golongan Salafi yang semakin tercabar dan cuba dipinggirkan, dan pemain-pemain penting daripada puak-puak dan keluarga-keluarga berpengaruh yang turut tergugat bakal meningkatkan elemen sektarian dalam kekacauan di Yaman.

Persaingan antara kuasa-kuasa serantau juga mampu menjadi lebih sengit, apabila pihak-pihak bertelagah kini mempunyai keperluan yang lebih besar untuk menharapkan sokongan daripada pihak yang sedia membantu, terutama kuasa-kuasa serantau yang memiliki kemampuan kewangan dan bantuan lain termasuk senjata. –HARAKAHDAILY 25/9/2014

Amerika Syarikat Mahukan Yaman Terus Bergolak, Kenapa?

Kedudukan Yaman yang strategik menjadi idaman Amerika Syarikat untuk menguasai lautan hindi.

Kedudukan Yaman yang strategik menjadi idaman Amerika Syarikat untuk menguasai lautan hindi.


Susunan Ibrahim Muhamad

Sebab berlakunya krisis hingga sekarang

Peperangan memerangi  terorisme (War On Terrorism) yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) memasuki fasa baru pada bulan Disember 2009 apabila peperangan di Afghanistan beralih ke Yaman. Tentera kufar AS melancarkan peluru berpandu yang dibantu oleh pasukan pemerintah Yaman, dengan menggunakan kereta kebal, helikopter dan meriam telah menyerang perkampungan di pergunungan yang dipercayai tempat persembunyian rangkaian al-Qaeda Osama bin Laden.

Yaman nampaknya akan menghadapi pelbagai masalah dalam pelbagai perkara, di mana kerajaan pusat Yaman yang lemah telah gagal untuk menyelesaikan masalah secara diplomatik lalu terus menggunakan cara ketenteraan untuk menyelesaikannya. Yaman telah berhadapan dengan perang saudara dengan dengan sebahagian besar penduduk Syi’ah di bahagian utara.

Ia juga berhadapan dengan puak pemisah di selatan yang menuntut rundingan semula kesepakatan penyatuan wilayah utara dan selatan yang termeterai pada tahun 1990. Selain itu, Yaman juga menghadapi serangan daripada al-Qaeda di seluruh wilayahnya. Yaman hari ini merupakan negara yang sebahagian besarnya masih mundur dan dipimpin oleh pelbagai suku (kabilah), manakala Kerajaan Pusat pula masih gagal mengubah kenyataan ini.

Perang saudara di Yaman Utara

Pada tahun 1962, suatu rampasan kuasa secara ketenteraan telah menamatkan tampuk pemerintahan Imam-Imam Syiah (aliran Zaydi) yang telah berkuasa berabad-abad lamanya, lalu ditubuhkan Republik Arab Yaman (YAR) di utara. YAR berminat untuk bersekutu dengan wilayah selatan kerana kepentingan kekayaan minyaknya.

Dua pemimpin iaitu Ali Salim Al-Baidh dari wilayah selatan dan Ali Abdullah Saleh dari utara telah mengisytiharkan penyatuan kedua-dua wilayah tersebut pada bulan Mei  tahun 1990. Parti Islam, Islah dan parti pimpinan Ali Abdullah Saleh, Kongres Rakyat Umum (GPC) memenangi pilihanraya di wilayah utara manakala di selatan Parti Sosialis Yaman (YSP) menguasai kerusi pilihanraya.

Akibatnya perselisihan politik ini, muncul perang saudara antara kedua-dua wilayah tersebut pada tahun 1994 yang berakhir dengan kekalahan pada pihak selatan. Selepas tamat peperangan, pihak berkuasa di Sana’a memaksa pegawai tentera dan pegawai kerajaan di selatan untuk meletak jawatan dan digantikan dengan sumber manusia dari wilayah utara.

Pada bulan Ogos  2009, tentera Yaman telah melancarkan serangan besar-besaran yang dikenali sebagai Operasi Bumi Hangus dalam menghadapi Sa’dah iaitu kaum Syi’ah di utara yang melancarkan pemberontakan menentang pemerintah Yaman. Sebahagian besar pertempuran berlaku di bahagian barat laut Yaman di kawasan pentadbiran Sa’ada.

Kerajaan Yaman mengatakan bahawa serangan dilancarkan oleh pasukan yang diketuai oleh Abdul Malik al-Houthi sebagai usaha mengembalikan semula kepimpinan Imamah Syi’ah yang telah digulingkan pada tahun 1962. Pengikut Al-Houthi mendakwa diri mereka sebagai pengikut mazhab Zaydi, iaitu salah satu pecahan dari Syi’ah yang asing terhadap Yaman.

Kebanyakan penyerang adalah daripada golongan kabilah yang bersedia untuk menyerah diri sekiranya mereka mendapat bantuan ekonomi daripada kerajaan pusat serta beberapa konsesi umum seperti jalan-jalan dan sekolah-sekolah. Beberapa (kegagalan) perjanjian konsesi yang dimeterai di Sana’a yang menjadi krisis di utara sepatutnya diselesaikan melalui meja rundingan.

Tetapi pada waktu ini kerajaan pusat Yaman meletakkan strategi untuk menjadikan pemberontak berada dalam keadaan lemah yang akhirnya mereka terpaksa akur dengan keputusan kerajaan. Situasi menjadi semakin rumit melalui campurtangan Arab Saudi yang memihak kerajaan Yaman dengan menuduh Iran sebagai dalang serangan.

Serangan pemisah di selatan

Seramai 100 ribu pesara pegawai tentera dan penjawat awam dalam perang saudara 1994 tidak menerima bayaran pencen secara keseluruhan. Bekas penjawat awam yang dipaksa bersara juga menuntut agar pencen mereka dihitung dan dinaikkan jumlahnya. Mereka menubuhkan Persatuan Pesara Tentera (SRMO) serta memulakan siri tekanan terhadap  kerajaan serta melakukan perarakan (demostrasi) bantahan.

Pihak selatan juga menuntut agar dibuka peluang pekerjaan, menghapuskan rasuah serta perkongsian kekayaan minyak di wilayah terbabit. Pada pertengahan 2009, ‘gerakan selatan’ mula menuntut pemisahan dan menubuhkan semula negeri selatan. Pada bulan Jun 2009, ‘gerakan selatan’ telah menamakan lima orang pemimpin yang menjadi pimpinan revolusi damai di selatan.

Berlaku peningkatan situasi tegang antara penduduk selatan dan golongan Syi’ah di sana di  mana kehidupan (budaya) mereka terpisah antara sesama mereka. Pemerhati Hak Asasi Manusia telah menyatakan sebab berlakunya situasi ini:

“Terdapat beberapa puak di selatan yang merasa terpinggir, tetapi kumpulan itu (gerakan selatan) merupakan suara rakyat. Rakyat mahukan harga (barang) yang rendah, perkhidmata yang baik dan peluang pekerjaan. Itulah sebabnya mereka bergerak menyuarakan pemisahan” [‘In the name of unity’, Human Rights Watch, Disember 2009]

Ancaman Al-Qaeda

Yaman adalah ‘kampung’ bagi para mujahidin yang menentang Soviet Union (USSR) ketika mereka menyerang Afghanistan dahulu. Kebanyakkan mujahidin kembali ke Yaman selepas tamatnya konflik terbabit. Di akhir peperangan Afghanistan menentang USSR, kem latihan (mujahidin) tumbuh bagaikan cendawan di Yaman sekitar tahun 1990-an. Salah satunya di Huttat, selatan Yaman merupakan markaz bagi tentera Aden-Abyan.

Sebagai ‘mangsa’ buruan Amerika, Aden-Abyan dikatakan menjadi sayap gerakan Al-Qaeda selepas tragedi  11 Sept 2001. Yaman memberikan laluan kepada Amerika malah menyertainya dalam misi menyerang umat Islam.

Sepertimana Pervez Musharraf, Presiden Ali Abdullah Saleh akur dengan kehendak Amerika serta mengharapkan balasan berbentuk bantuan (kewangan) dari Amerika melalui perjanjian dengan Bush apabila berjaya menangkap bekas mujahidin tersebut. Kerajaan di Sana’a memerlukan bantuan mujahidin dalam perang saudara pada tahun 1994 menentang selatan  yang cuba melarikan diri (kebanyakannya adalah bekas pengikut ideologi Marxis). Semuanya berubah apabila USS Cole di Aden diserang pada Oktober 2000 di mana 17 pelaut Amerika terbunuh. Dan peristiwa 9/11 hanyalah  sebagai penguat  tuntutan Amerika di Yaman.

Campurtangan kuasa besar asing

Kerajaan Arab Saudi dan Yaman cuba mengaitkan hubungan Al-Houthi dengan Iran kerana masing-masing beraliran Syi’ah walaupun berbeza mazhab (Syi’ah di Yaman bermazhab Zaydi manakala Iran bermazhab Imam dua belas). Arab Saudi telah lama berhadapan dengan masalah puak pelampau di sempadan Yaman dan undang-undang persempadanannya. Ketika ini, Arab Saudi terpaksa meletakkan zon bebas sejauh 10 km dalam sempadan Yaman.

Atas arahan Presiden Barack Obama, tentera kuffar Amerika telah melancarkan peluru berpandu pada 20 Disember 2009 ke atas dua kawasan yang disyaki sebagai kem Al-Qaeda di Yaman. Sekarang Amerika benar-benar telah menceroboh  Yaman dengan menggunakan pendekatan  ‘umpan dan hukum’ terhadap kerajaan Yaman. Pasukan khas dilatih oleh Amerika dalam melakukan serangan melalui maklumat perisikan Amerika sejak Ali Abdullah Saleh menyertai kempen Amerika memerangi keganasan. Serangan-serangan tersebut merupakan peningkatan serangan utama pemerintahan Obama di wilayah tersebut.

Kepentingan strategi Amerika di Selatan Arab

Bagi Amerika dan beberapa kuasa lain memandang bahawa  Laut Merah dan Teluk Aden sentiasa mewakili strategi umum perairan di wilayah berkenaan. Lebih 30% daripada minyak mentah dan lebih daripada 10% perdagangan dunia adalah melalui wilayah ini. Amerika menghadapi kegagalan di Somalia dalam usaha menguasai perairan tersebut.

Terdapat banyak kapal perang asing di Teluk Aden dan sepanjang pantai Somalia termasuk kapal perang Amerika US Navy Fifth Fleet  yang mana sejak kebelakangan ini ia menjadi tumpuan beberapa isu rampasan (lanun) kapal perdagangan antarabangsa.

Ironinya, kebanyakan kapal dari Eropah telah menjadi mangsa rompakan, bukan kapal dari Amerika yang paling banyak menggunakan perairan tersebut. Faktanya, Amerikalah yang mengawasi (menjadi polis) kegiatan perlanunan tersebut.

Arahan dari kerajaan Amerika agar menubuhkan pasukan Rondaan Keselamatan Maritim Kawasan (MSPA) adalah bertujuan untuk mengawal zon khas di Teluk Aden pada Ogos 2008. Biarpun sempadan zon tersebut tidak ditanda, namun ia menjurus kepada kawasan segiempat koridor antara Somalia dan Yaman, dan antara sektor utara teluk tersebut.

Dari sini dapat dilihat Amerika sedang membina tapak tetapnya di Teluk Aden bagi memelihara kepentingannya di Afrika dan digunakan sebagai laluan airnya di perairan yang sangat penting itu. Pegawai kanan tentera Perancis mengeluarkan kenyataan di Ashraq Alawsat pada 28 Oktober 2008 dengan berkata, “Dengan meletakkan ketenteraannya di Djibouti, Amerika mensasarkan suatu ketetapan yang pasti, yakni untuk memastikan keberadaannya di sekitar Afrika di sebalik kehangatan konflik di Yaman, Somalia dan bahkan di Sudan”

Kesimpulan – kemunculan serangan AS di Yaman adalah dalam rangka bertujuan untuk mengawal Teluk Aden selepas ia  gagal mengalahkan regim Somalia serta kepentingan strategik umum Amerika di Afrika.

Sepertimana kelemahan kerajaan Sudan, Amerika menerjah masuk campur tangan dalam isu perebutan tanah antara suku-suku sekaligus menggunakan konflik tersebut untuk mencapai matlamat pengendalian kekayaan minyak negara itu.

Nampaknya Amerika sekali lagi menggunakan taktik yang sama, ketidakmampuan rejim Yaman dalam menangani masalah dalaman turut membuka peluang yang luas kepada rejim kufur Amerika untuk campur tangan sambil meraih penguasaan tetap di laluan perairan terpenting di Teluk Aden.



Sumber

* Reuters/Internatinal press/internet

* MyKhalifah.com/

* Internet/UKM/UM/UUM

* akademik paper/

* forum
http://ummatanwasatan.net/2014/09/amerika-syarikat-mahukan-yaman-terus-bergolak-kenapa/

Pemberontak Houthi makin biadab

Pemberontak Houti termasuk seorang kanak-kanak lengkap bersenjata mengawal pintu masuk ke Sana'a
Pemberontak Houti termasuk seorang kanak-kanak lengkap bersenjata mengawal pintu masuk ke Sana'a
SANA'A - YEMEN. Kumpulan pemberontak Houthi enggan berundur daripada kawasan yang dikuasai sungguhpun perjanjian damai sedang berkuat kuasa sejak minggu lalu.
Semalam, kumpulan itu menyerbu kediaman aktivis yang juga penerima Nobel Keamanan, Tawakkol Karman serta dua lagi kediaman yang dimiliki seorang penasihat kepada Presiden Yaman, Abd Rabbuh Mansur Hadi, di sini.

Pemimpin Houthi, Ali Al-Emad mengesahkan perkara itu menerusi kenyataannya di laman Facebook.

"Kami juga memecah masuk ke Ibu Pejabat Satelit Suhail di Sanaa yang dimiliki ahli perniagaan Hameed al-Ahmar," menurut kenyataannya.

Pegawai Kementerian Kesihatan turut melaporkan, sekurang-kurangnya 200 orang maut manakala 461 yang lain cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, Gabenor Sanaa, Abdelkader Hilal, semalam meletak jawatan atas alasan beliau gagal mengawal keadaan di ibu negara selepas kumpulan Houthi merampas sebuah kereta di pusat pemeriksaan.

Jurucakap Houthi Mohamed Abdel-Salam sebelum ini mengumumkan, mereka akan terus meningkat serangan sehingga matlamat untuk membentuk kerajaan baharu tercapai.

Memetik laporan MiddleEastMonitor, beliau menganggap, serangan dilancarkan oleh kumpulannya dalam tempoh lima hari lalu adalah kemenangan buat rakyat Yaman dan mencapai revolusi mereka.

Yemen berdepan perang saudara - Presiden


SANAA 24 Sept. - Presiden Yemen, Abdrabuh Mansur Hadi (gambar) semalam memberi amaran negara ini bakal berdepan dengan 'perang saudara' dan berjanji akan memperkukuhkan kedaulatan Yemen, ketika pemberontak meraikan kejayaan menawan kebanyakan kawasan di Sanaa.
Abdrabuh ketika berucap di Istana Presiden berkata, Yemen kini 'berdepan dengan konspirasi' dan berada dalam kedudukan bahaya terjebak dengan perang saudara, dua hari selepas pemberontak menawan kebanyakan institusi pentadbiran utama di Sanaa.
Selain itu, Abdrabuh turut mengutuk tindakan yang dimainkan oleh kuasa luar untuk memusnahkan keamanan yang dikecapi oleh Yemen.
"Pihak tertentu dari dalam dan luar negara kini sedang berpakat menggulingkan Yemen, melalui cara peralihan kuasa yang diilhamkan oleh pemberontak iaitu kebangkitan rakyat yang juga dikenali sebagai Arab Spring," jelasnya.
Justeru, beliau menggesa supaya diadakan satu pakatan dengan seteru utamanya iaitu Parti al-Islah bagi mengatasi masalah itu.
Sebelum itu, ketua pemberontak, Abdelmalek al-Huthi mengucapkan tahniah kepada anak buahnya atas kejayaan mereka 'melakukan revolusi bagi mewujudkan era baharu yang berasaskan kepada kerjasama'.
Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jamal Benomar berkata, kurangnya penentangan terhadap kumpulan pemberontak menjadi punca utama mengapa pasukan keselamatan gagal mempertahankan Sanaa.
"Saya memberi amaran tindakan ini akan membawa kepada kejatuhan Yemen dan berlakunya peralihan politik," ujarnya lagi. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140925/lu_06/Yemen-berdepan-perang-saudara---Presiden#ixzz3EGjntDTn
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, 24 September 2014

200 maut dalam pertempuran di Yaman

SANAA: Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh di pinggir ibu negara Yaman dalam pertempuran sejak seminggu lalu antara pemberontak Syiah dan anggota militia Sunnah.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Yaman seperti yang dilaporkan agensi berita Saba, pasukan menyelamat menemui 53 mayat hari ini, "menjadikan bilangan keseluruhan mayat yang ditemui sejak 16 September lalu sebanyak 200". - AFP

Pelajar Yaman pulang ke rumah


Kuala Lumpur: Gencatan senjata antara kumpulan pemberontak Houthi dan kerajaan Yaman sejak dua hari lalu diambil kesempatan penuntut rakyat Malaysia kembali ke penempatan asal untuk mengambil dokumen penting mereka.

Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) Md Irham Nori Abidin berkata, suasana aman itu juga membolehkan mereka menjalankan aktiviti harian seperti biasa.


“Keadaan tenang ini diharap berterusan namun langkah berjaga-jaga tetap diambil sekiranya keadaan kembali bergolak.



“Kebanyakan pelajar pulang ke penempatan di kawasan Street 30 untuk mengambil dokumen dan barangan peribadi sebelum pulang semula ke penempatan di kawasan Diplomat Hadda, Sanaa kerana masih bimbang dengan keselamatan yang masih belum terjamin,” katanya.


Menurutnya, sepanjang tempoh berada di penempatan khas itu pelajar terus menerima bekalan kewangan dan makanan termasuk daripada kerajaan Malaysia. Harian Metro sebelum ini melaporkan seramai 440 orang iaitu 357 lelaki, 45 wanita dan 33 kanak-kanak ditempatkan di penempatan khas selepas berlakunya tunjuk perasaan dan pertempuran antara kumpulan pemberontak Houthi dengan kerajaan.


Pertempuran itu menyebabkan pengajian elajar ditangguhkan berikutan semua universiti ditutup.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Wisma Putra Datin Nirvana Jalil Ghani dalam satu kenyataan berkata, setakat ini keadaan rakyat Malaysia di Yaman berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di kediaman sementara yang disediakan pihak kedutaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24

Perjanjian damai: Perkembangan terkini di Yaman


Pemberontak Houthi mengawal laluan sempadan di utara bandar Sana'a ketika perjanjian damai ditandatangani, semalam.
Pemberontak Houthi mengawal laluan sempadan di utara bandar Sana'a ketika perjanjian damai ditandatangani, semalam.
PUTRAJAYA - Pada 21 September 2014, Kerajaan Yaman telah memeterai Perjanjian Damai dan Kerjasama (Peace and Partnership Agreement) dengan wakil-wakil daripada pihak yang bertelagah di Yemen iaitu kumpulan Houthi, General People’s Congress, Islah dan Hirak.

Pelaksanaan perjanjian ini akan diawasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan pemeteraian perjanjian tersebut, keadaan di Yemen dilaporkan telah kembali stabil dan terkawal termasuklah di Sana’a, Shamlan dan Mazbah.

Kerajaan Malaysia berharap Perjanjian tersebut akan dapat dilaksanakan sepenuhnya agar keamanan dapat dikembalikan di Yaman.

Dalam hal ini, Majlis Keselamatan Negara melalui Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a telahpun mengambil tindakan untuk membantu lebih 440 pelajar rakyat Malaysia yang kini tinggal di penginapan sementara di Sana’a yang disediakan oleh Kedutaan Besar bagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan, bekalan air bersih, dan sebagainya sehingga keadaan selamat untuk mereka kembali ke asrama dan kediaman masing-masing.

Kementerian Luar Negeri juga akan terus memantau rapi perkembangan semasa di Yaman bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar rakyat Malaysia adalah terjamin, dan akan mengambil tindakan susulan sewajarnya sekiranya keadaan memerlukan.

SUMBER: Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ruzanna Wahab
Department of Information and Public Diplomacy (JPDA)
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
Tel  : 03 - 8887 4180

-Bernama

Tuesday, 23 September 2014

Pemberontak Syiah bentuk kerajaan baharu di Yemen



KETUA Jabatan Perhubungan Politik Houthi, Hussein al-Ezzi (duduk) menandatangani perjanjian sambil disaksikan oleh Jamal (dua dari kanan) dan Abd-Rabbu (tengah) di Sanaa kelmarin.


SANAA - Pemberontak Syiah di Yemen menandatangani satu perjanjian dengan beberapa parti politik kelmarin untuk membentuk satu kerajaan yang lebih inklusif dan mengakhiri pertempuran yang berlaku di sekitar ibu kota.
Perdana Menteri, Mohammad Basindwa sebelum ini telah pun menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden, Abd-Rabbu Mansour Hadi untuk membuka jalan bagi perjanjian tersebut.
Sebelum itu, kumpulan pemberontak yang dikenali Houthi itu bertindak menguasai bangunan-bangunan kerajaan di Sanaa semasa memberi tentangan kepada anggota tentera dan pihak berkuasa.
Penduduk di Sanaa memberitahu, pihak pemberontak telah mengambil alih beberapa bangunan kerajaan termasuk kompleks Perdana Menteri, pusat arahan tentera dan stesen televisyen negara selepas anggota keselamatan terpaksa berundur.
Lebih 100 orang dilaporkan terbunuh sepanjang empat hari pertempuran antara pemberontak Houthi yang menentang kerajaan Sanaa selama lebih sedekad.
Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jamal Benomar yang mengadakan perbincangan dengan pemimpin Houthi, Abdulmalek al-Houthi di wilayah kelahirannya, Saada pada Rabu dan Khamis lalu, mengumumkan lewat kelmarin bahawa satu perjanjian telah dicapai.
Kenyataan daripada pejabat kerajaan Yemen mengatakan bahawa perjanjian itu menggesa gencatan senjata serta-merta dan menamatkan semua keganasan.
"Ia juga menyeru pembentukan sebuah kerajaan teknokrat yang akan bekerja untuk meningkatkan ketelusan kerajaan dan melaksanakan pembaharuan ekonomi di samping meneruskan pembaharuan dalam ketenteraan dan keselamatan," menurut kenyataan itu lagi. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3E9BCPMYV 
Hakcipta terpelihara 

Pemberontak Syiah kuasai Sanaa


Perjanjian itu yang ditandatangani presiden dan semua parti politik utama bertujuan meneruskan proses peralihan kerajaan negara itu.
Sementara itu, penduduk Sanaa mula keluar ke jalan raya selepas tembak-menembak tidak lagi kedengaran selepas seminggu pertempuran meletus antara pemberontak itu dengan kumpulan pejuang Sunni.
Semalam, anggota pemberontak mengawal sekatan jalan raya bersama-sama tentera di luar pejabat kerajaan yang mereka tawan Ahad lalu, termasuk bangunan Parlimen, dan bank pusat.
Pemerintah tentera berkata, mereka diarah bekerjsama dengan pemberontak itu yang dikenali sebagai Ansarullah atau Houthi yang melancarkan pemberontakan sejak 10 tahun lalu di utara Yaman sebelum melancarkan usaha untuk mendapatkan kuasa di Sanaa bulan lalu.
“Kami bekerjasama dengan Houthi untuk melindungi bangunan dan harta kerajaan,” kata seorang pegawai kanan polis tentera di sekatan jalan raya berhampiran ibu pejabat stesen radio yang kini dikuasai kumpulan pemberontak itu.
Kementerian Dalam Negeri menggesa pasukan keselamatan tidak menghalang kumpulan berkenaan.
Kepantasan kemaraan Houthi itu menggambarkan dengan jelas kerapuhan kerajaan Yaman selepas kebangkitan yang memaksa Presiden Ali Abdullah Saleh meletak jawatan.
Houthi membawa pasukan tambahan mereka ke Sanaa dalam masa semalam dari kubu kuat mereka di utara.
Mereka melancarkan gerakan memburu pejuang Sunni, termasuk menyerbu rumah pemimpin kumpulan penentang itu.
Antara yang diburu ialah tokoh parti Islah serta Jeneral Ali Mohsen al-Ahmar, veteran tentera yang mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Sunni.
Gabenor Sanaa Abdulqader Hilal meletak jawatan sebagai membantah tindakan pemberontak Syiah itu merampas keretanya.
Pemberontak itu berasal dari etnik Zaidi berfahaman Syiah yang mewakili 30 peratus daripada populasi Yaman.
Mereka ialah etnik majoriti di kawasan pergunungan utara, termasuk wilayah Sanaa.
Sementara itu, wakil pemberontak itu enggan menandatangani satu protokol keselamatan yang mensyaratkan mereka menyerahkan semula institusi yang mereka tawan.
Foto
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/23

Kerajaan, pemberontak Yaman berdamai


Pemberontak Houthi mengawal laluan sempadan di utara bandar Sana'a ketika perjanjian damai ditandatangani, semalam.
Pemberontak Houthi mengawal laluan sempadan di utara bandar Sana'a ketika perjanjian damai ditandatangani, semalam.
SANA'A - YAMAN . Kerajaan Yaman dan pemberontak Syiah menandatangani perjanjian damai, susulan keganasan yang meragut lebih 200 nyawa di negara itu.

Perjanjian itu merangkumi pembentukan kerajaan teknokrat dalam tempoh sebulan selepas dipersetujui semua parti politik termasuk sayap kumpulan pemisah dari selatan, Herak dan Parti Islah serta menggesa perlaksanaan gencatan senjata dengan segera.

Media tempatan melaporkan, selepas persetujuan dicapai, polis dan tentera mengambil alih semula kawalan keselamatan di bangunan kerajaan yang ditawan kumpulan pemberontak Houthi sejak kelmarin.

Bagaimanapun, perwakilan Houthi yang diterbangkan dari Saada ke Sana’a, dilaporkan enggan mempersetujui lampiran berkaitan menyerahkan bangunan yang ditawan dan senjata yang dirampas ketika pertempuran.

Menerusi perjanjian itu, kumpulan Houthi dilihat bakal menyertai kerajaan perpaduan nasional yang akan dibentuk dan menolak keputusan kerajaan terdahulu.

Sementara itu, Perdana Menteri Mohammed Salem Basindwa dilaporkan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Abedrabu Mansour Hadi beberapa jam sebelum perjanjian ditandatangani, dipetik dari laporan Agensi.

Setiap detik bunyi tembakan

Setiap detik bunyi tembakanKUALA TERENGGANU – Pelajar dari Terengganu merupakan antara warga Malaysia yang terperangkap dalam peperangan akibat krisis politik yang melanda Yaman ketika ini.

Berdasarkan maklumat tidak rasmi, kebanyakan pelajar yang berada di republik bergolak itu adalah dalam kalangan mereka yang menyambung pengajian dengan tanggungan sendiri.

Kerajaan Terengganu akan mengarahkan Yayasan Terengganu (YT) mendapatkan maklumat lanjut melalui Wisma Putra untuk mendapatkan kesahihan jumlah sebenar pelajar Terengganu yang berada di negara terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Tugas-tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, walaupun tiada pelajar Terengganu direkodkan menyambung pengajian di sana khususnya melalui tanggungan kerajaan negeri, namun pihaknya tetap mengambil inisiatif mengenal pasti pelajar terbabit supaya tindakan lanjut boleh diambil.

“Di bawah kerajaan negeri, tiada pelajar yang dihantar ke Yaman tetapi bagi yang tanggung pengajian sendiri, kita tiada maklumat, tiada data, tiada identiti mereka dan tidak tahu kursus pengajian yang diambil kerana mereka tidak melaporkan kepada kita.

“Apapun kita minta YT bersiap sedia. Kita akan minta YT dapatkan maklumat di Wisma Putra kerana kita tidak boleh kenal pasti secara langsung memandangkan kita juga tiada pegawai di sana,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Berita agensi AFP dalam Sinar Harian semalam melaporkan, Kementerian Dalam Negeri Yaman mengisytiharkan perintah berkurung di Sana’a susulan pertempuran semakin memuncak antara pemberontak Syiah, Houthi dan tentera Sunni.

Jurucakap kementerian berkata, perintah berkurung itu terpaksa dikuatkuasakan selepas kedua-dua pihak menggunakan senjata berat dalam pertempuran yang kini merebak hingga ke pusat bandar.

Ghazali berkata, data pelajar akan dikumpulkan bagi memudahkan pihaknya bertindak jika sebarang arahan dikeluarkan selepas ini.

“Buat masa ini kita tidak mendapat apa-apa arahan daripada Kementerian Dalam Negeri.

"Kita minta pelajar yang berada di sana juga tidak terlibat dengan aktiviti keganasan dan ibu bapa juga hubungi anak masing-masing minta supaya mereka cari alternatif terbaik untuk pulang ke Malaysia,” katanya.

Berdasarkan maklumat tidak rasmi, kerajaan negeri tidak menolak kewujudan pelajar Terengganu di kawasan bergolak itu dan sedang memberi perhatian terhadap perkara tersebut.

Dengar dentuman bom

Seorang pelajar Terengganu di Yaman, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan, 23, ketika menghubungi Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp berkata, dia mendengar dentuman bom dan bunyi tembakan setiap detik.

Walaupun itu pengalaman pertama namun katanya, keadaan itu tidak begitu merisaukan mereka.

“Empat hari lepas, setiap detik bunyi tembakan dan bom. Tidaklah takut sangat. Cuma sedikit gementar.

"Sekarang agak baik setelah dipindahkan ke tempat lebih selamat,” katanya.

Syed Husain yang juga aktivis media dan ahli Kumpulan Aktivis Media Independan (Kami) merupakan pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam, mula menyambung pengajian pada awal tahun ini di Universiti Naseer, di ibu negara Yaman, Sana’a, awal tahun ini.

Menceritakan perkara itu, Syed Husain berkata, keadaan yang mencemaskan beberapa hari lalu menyebabkan semua universiti ditutup termasuk Universiti Naseer.

Dia yang menyewa di Street 30 di Sana’a yang menjadi tempat penempatan pelajar Malaysia berkata, pihak pemberontak turut menyasarkan Universiti Iman yang berada di kawasan sama.

Katanya, ketidakstabilan politik di Yaman berlaku berikutan pihak pemberontak mahu menggulingkan presidennya, Ali Abdullah Soleh.

Minta keluarga jangan bimbang

Lebih membimbangkan apabila dia yang belajar dengan tanggungan sendiri menjelaskan, lapangan terbang turut ditutup sebelum ini kerana jalan menghala ke sana dikatakan turut termasuk dalam zon perang.

Bagaimanapun katanya, dia dan pelajar Malaysia lain berada dalam keadaan selamat di lokasi sementara yang disediakan Kedutaan Malaysia di Sana’a yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari zon perang.

“Kepada keluarga di kampung, diharap jangan bimbang kerana kami di sini selamat tetapi keluarga sudah sedia maklum menerusi media Al-Jazeera,” katanya.

Syed Husain turut menjelaskan, hasrat untuk menyambung kembali pelajaran yang tertangguh tidak pernah luntur dan mengharapkan rakyat Malaysia mendoakan keadaan di Yaman kembali aman sambil menyifatkan Yaman sebagai bumi iman dan penuh hikmah.

Dalam masa sama, Syed Husain turut mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) kerana bertungkus-lumus memastikan keadaan pelajar di sana selamat.

Monday, 22 September 2014

4 faktor ketidakstabilan mutakhir di Yaman


DR KAMARUZAMAN YUSOFF | .

Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) melahirkan kebimbangan terhadap pergolakan dan ketidakstabilan yang mulai berlaku di Yaman. Terbaru, serangan dan pertempuran di antara askar dan puak pemberontak Syiah Houthi di Universiti Al-Iman, Sana'a memberikan isyarat bahawa krisis ini semakin merebak jika tiada penyelesaian segera.

Yaman merupakan sebuah negara republik yang terletak di pinggir Barat Daya Semenanjung Tanah Arab (Barat Daya Benua Asia). Ianya juga bersempadan dengan Arab Saudi di sebelah utara Laut Arab (jarak 1,458 km) dan Teluk Aden di selatan, Oman di sebelah timur, (288 km) dan Laut Merah di sebelah barat dan mempunyai anggaran populasi penduduk sebanyak kira-kira 13 juta orang.

AFMY berpandangan ketidakstabilan mutakhir ini di Yaman kerana 4 faktor utama iaitu:

1) Cubaan penguasaan kuasa besar Amerika Syarikat kerana kedudukan geografi Yaman yang strategik.

Yaman secara umumnya mempunyai Selat dikenali 'Bab Al Mandab' dan selat ini menghubungkan Laut Merah dan Teluk Aden. Bab Al Mandab ini mempunyai kedudukan yang paling strategik iaitu sebuah kawasan laluan perkapalan yang paling aktif di dunia.

Republik Yaman mempunyai 120 buah pulau, kebanyakannya di Laut Merah. Di antaranya ialah Socotra yang terletak di Lautan Hindi, Perim yang terletak di Bab Al Mandab dan Kamaran yang terletak di Laut Merah.

2) Perbezaan aliran mazhab

Pertembungan di antara perbezaan aliran mazhab Sunni dan Syiah Zaidiyyah yang dikenali sebagai 'Houthi' memberikan kesan terhadap konflik di Yaman. Ini ekoran, pemimpin mereka iaitu Abdel Malek al-Huthi telah memberontak pada tahun 2004 terhadap pemerintah Yaman iaitu Presiden Ali Abdullah Saleh dan menuduh beliau telah meminggirkan komuniti Syiah secara politik dan ekonomi. Maka kekacauan lebih tertonjol berlaku mulai tahun 2011.

Seperti sedia maklum, Syiah Zaidiyah adalah antara mazhab Syiah yang paling hampir dengan mazhab Syafi'e dan tiada permasalahan di peringkat awal namun disebabkan tindakan Iran yang mempengaruhi Syiah Zaidiyyah di Yaman, maka konflik dan masalah mulai timbul.

Ini juga ekoran insiden pertumpahan darah di Dammaj pada tahun 2013 yang lepas dalam penguasaan masjid-masjid di antara kedua-dua aliran mazhab tersebut.

3) Ketokohan pemimpin Parti Islah dan pengasas Universiti Al-Iman, Syeikh Abdul Majid Az-Zindani.

Ketokohan dan keilmuan yang ada pada Syeikh Abdul Majid Az-Zindani dalam menggerakkan sistem pendidikan Islam di Yaman menyebabkan ada pihak yang berusaha untuk menjatuhkan dan menggugat pengaruh beliau.

Peranan ulama Yaman, Syeikh Abdul Majid dalam mengasas Universiti Al-Iman, Sana'a yang kini musnah akibat diserang oleh pemberontak Syiah Houthi menunjukkan petanda bahawa ada penentangan terhadap Syeikh Abdul Majid yang sebelum ini lantang terhadap Iran. Ulama Yaman tersebut mendakwa Iran merupakan punca dalam mempengaruhi Syiah Zaidiyyah di Yaman maka sejak itu masalah dan konflik mulai timbul.

4) Penentangan Gerakan Al-Qaeda terhadap pemberontak Syiah Houthi

Semenjak berlakunya pertempuran dan pertumpahan darah berlaku yang mengorbankan kira-kira seratus nyawa ke atas sebuah sekolah Salafi di Dammaj oleh kelompok militan Syiah Zaidiyyah iaitu Houthi pada tahun 2013 maka gerakan Al-Qaeda telah memberi ancaman berterusan kepada pemberontak Syiah Houthi.

Gerakan Al-Qaeda telah bersumpah untuk melancarkan serangan menuntut bela ke atas serangan yang telah dilakukan oleh Syiah Houthi di Dammaj sebelum daripada itu. Maka berlaku pertempuran di antara gerakan Al-Qaeda dan pemberontak Syiah Houthi dan pertempuran ini mengorbankan angka korban yang tinggi.

Selaras dengan gagasan AFMY untuk membawa mesej persaudaraan dan keharmonian seperti yang dianjurkan Islam khususnya di Asia, maka AFMY menggesa agar kestabilan di Yaman dapat dikembalikan semula agar angka korban tidak terus meningkat dan segala perselisihan dapat diselesaikan melalui jalan damai dan gencatan senjata.

Ini sangat penting bagi menghindari dan menutup ruang dan peluang campur tangan kuasa besar Barat yang sentiasa cuba mengambil kesempatan atas setiap krisis yang berlaku di negara-negara Asia Barat. - HARAKAHDAILY 22/9/2014

Penulis ialah Presiden Asian Federation of Muslim Youth (AFMY).

Kerajaan Yaman, pemberontak setuju tamatkan pertempuran



KEPULAN asap naik ke udara selepas sebuah bangunan Stesen Televisyen Yaman terbakar berikutan diserang puak pemberontak di pinggir Sanaa, semalam. - Foto AP
SANAA: Kerajaan Yaman dan pemberontak Houthi Syiah mencapai persetujuan untuk menamatkan keganasan paling buruk sejak beberapa tahun lalu di ibu negara Sanaa, menurut wakil khas PBB, Jamal Benomar.
Pertempuran yang meningkat pada Khamis lalu selepas beberapa siri bantahan adalah cabaran utama peralihan demokrasi yang disokong PBB selepas pemimpin veteran, Ali Abdullah Saleh dipaksa berundur pada 2012.
Pertempuran meletus semalam di pinggir Sanaa dan pemberontak menyatakan mereka sudah menguasai stesen televisyen negara itu.
Jawatankuasa Keselamatan Yaman pula mengumumkan perintah berkurung di empat kawasan di ibu negara dari jam 9 malam hingga 6 pagi manakala sekolah ditutup sehingga diberitahu kelak.
"Perjanjian ini akan menjadi dokumen negara yang akan membawa kepada keamanan dan meletakkan asas untuk kesepakatan dan untuk keselamatan serta kestabilan," kata Benomar dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, persiapan sedang dibuat bagi pemeteraian perjanjian itu.
Benomar mengadakan rundingan dengan pemimpin Houthi, Abdulmalek al-Houthi di Saada pada Rabu dan Khamis lalu.
Seorang pemimpin pemberontak Houthi, Abdelmalik al-Ajri, memberitahu Reuters wakil kumpulannya boleh tiba di ibu negara dari Saada hari ini untuk memeterai perjanjian itu bagi menamatkan krisis. - Reuters

Pertempuran di Sanaa terus meletus


Sanaa: Pertempuran terus meletus di ibu negara Yaman ini semalam walaupun wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan kerajaan dan pemberontak Syiah bersedia menandatangani perjanjian gencatan senjata.

Pengeboman dan tembakan di utara Sanaa kedengaran di seluruh bandar itu ketika pejuang Sunni bertempur dengan pemberontak berkenaan, mendorong penduduk melarikan diri ke tempat lebih selamat.

Pertempuran selama seminggu antara kedua-dua pihak itu menyebabkan puluhan terbunuh dan memaksa pembatalan semua penerbangan keluar masuk di Lapangan Terbang Sanaa.



Pertempuran semalam masih tertumpu di kampus Universiti Al-Iman, kubu kuat pejuang Sunni yang cuba ditawan pemberontak Syiah itu.

Kumpulan yang bersekutu dengan kerajaan berusaha menyekat kemaraan pemberontak itu yang bangkit dari kubu kuat mereka di utara bulan lalu dan mendirikan khemah mereka di sekitar Sanaa untuk mendesak kerajaan memenuhi tuntutan mereka.

Presiden Yaman, Abd Rab- buh Mansur Hadi menyifatkan serangan pemberontak itu sebagai cubaan merampas kuasa.

Beliau kini bersetuju membabitkan kumpulan berkenaan dalam pembentukan kerajaan baru bagi menggantikan pentadbiran tidak popular yang melaksanakan langkah berjimat-cermat termasuk menaikkan harga minyak pada awal tahun.

Pertempuran di utara Sanaa itu berterusan sejak Khamis lalu apabila hampir 40 terbunuh dalam masa sehari.- AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/22