SANA'A - YAMAN. Kementerian Dalam Negeri Yaman mengisytiharkan perintah berkurung di di sini susulan pertempuran semakin memuncak antara pemberontak Syiah, Houthi dan tentera Sunni. Jurucakap kementerian berkata, perintah berkurung itu terpaksa di kuatkuasakan selepas kedua-dua pihak menggunakan senjata berat dalam pertempuran yang kini merebak hingga ke pusat bandar. "Ribuan penduduk melarikan diri ke selatan Sana'a dan wilayah lain selepas pemberontak menawan Wadi Dhahr dan Shamlan di bahagian utara. Beribu-ribu keluarga lagi masih terperangkap di kediaman masing-masing tanpa elektrik sejak tiga hari lalu," katanya kepada AFP. Menurut sumber perubatan, kira-kira 55 orang, termasuk 10 orang awam terbunuh dan pihaknya tidak menolak jumlah kematian setakat ini adalah 200 orang sejak pertempuran tercetus Selasa lalu. Sementara itu, pemberontak Ansarullah daripada gerakan Houti dilaporkan mengambil alih stesen televisyen kerajaan semalam selepas pertempuran dengan tentera rejim diketuai oleh Ali Mohsen al-Ahmar yang merupakan abang kepada bekas Presiden, Ali Abdullah Saleh.