
Ikhwan Muslimin Yaman yang dikenali dengan nama Tajammu’ Al-Yamani Lil Islah (Al-Islah) telah berjaya menggagalkan satu rancangan jahat Syiah Al-Houthi baru-baru ini.Syiah Al-Houthi yang turut bersekongkol dengannya pihak pengkhianat kerajaan Yaman merancang untuk membunuh ribuan anggota Al-Islah dan melemahkan pergerakan itu.
Menurut sumber, dalam serangan ke atas Universiti Al-Iman di San’aa (universiti yang dikuasai oleh Al-Islah), Syiah Al-Houthi mahu membunuh seramai mungkin pengikut Al-Islah dengan membuat beberapa tindakan provokasi.
Antaranya mereka menghancurkan dewan-dewan kuliah, rumah-rumah pelajar dan pensyarah serta fasiliti universiti.
Tindakan itu dilakukan dengan harapan kumpulan Al-Islah akan bertindak balas dengan menyerang Syiah Al-Houthi dan dengan itu, mudahlah mereka dibunuh beramai-ramai dan ia akan melemahkan Al-Islah.
Namun disebabkan kebijakan pimpinan Al-Islah, pengikut kumpulan itu diarahkan keluar dari universiti dan tidak terlibat dalam apa bentuk serangan balas dan menyerahkan peranan mempertahankan universiti kepada pihak keselamatan kerajaan.
Selain menyerang universiti, Syiah Al-Houthi yang juga telah berpakat dengan pengkhianat kerajaan, berpura-pura menyerang bank kerajaan, premis dan bangunan-bangunan kerajaan dengan harapan kumpulan Al-Islah akan bangun menentang Al-Houthi.
Sebaliknya Al-Islah tidak melibatkan diri dan mengatakan pihak keselamatan yang bertanggungjawab sepenuhnya dan akhirnya Al-Islah terselamat daripada komplot melemahkan dan menghapuskan mereka.
No comments:
Post a Comment