Pemberontak Houthi mengawal laluan sempadan di utara bandar Sana'a ketika perjanjian damai ditandatangani, semalam.
Pemberontak Houthi mengawal laluan sempadan di utara bandar Sana'a ketika perjanjian damai ditandatangani, semalam.
PUTRAJAYA - Pada 21 September 2014, Kerajaan Yaman telah memeterai Perjanjian Damai dan Kerjasama (Peace and Partnership Agreement) dengan wakil-wakil daripada pihak yang bertelagah di Yemen iaitu kumpulan Houthi, General People’s Congress, Islah dan Hirak.

Pelaksanaan perjanjian ini akan diawasi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dengan pemeteraian perjanjian tersebut, keadaan di Yemen dilaporkan telah kembali stabil dan terkawal termasuklah di Sana’a, Shamlan dan Mazbah.

Kerajaan Malaysia berharap Perjanjian tersebut akan dapat dilaksanakan sepenuhnya agar keamanan dapat dikembalikan di Yaman.

Dalam hal ini, Majlis Keselamatan Negara melalui Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a telahpun mengambil tindakan untuk membantu lebih 440 pelajar rakyat Malaysia yang kini tinggal di penginapan sementara di Sana’a yang disediakan oleh Kedutaan Besar bagi mendapatkan keperluan asas seperti makanan, bekalan air bersih, dan sebagainya sehingga keadaan selamat untuk mereka kembali ke asrama dan kediaman masing-masing.

Kementerian Luar Negeri juga akan terus memantau rapi perkembangan semasa di Yaman bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar rakyat Malaysia adalah terjamin, dan akan mengambil tindakan susulan sewajarnya sekiranya keadaan memerlukan.

SUMBER: Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Ruzanna Wahab
Department of Information and Public Diplomacy (JPDA)
Ministry of Foreign Affairs, Malaysia
Tel  : 03 - 8887 4180

-Bernama