Wednesday, 23 December 2015

Gencatan senjata Yaman terus dicabuli

Aden: Serangan udara dan pertempuran terbaru berlaku di Yaman semalam walaupun lanjutan gencatan senjata sepatutnya berkuat kuasa, kata sumber tentera.
Menteri Luar Yaman, Abdulmalek al-Mikhlafi kelmarin berkata, Presiden Abedrabbo Mansour Hadi memutuskan untuk melanjutkan gencatan senjata kepada tujuh hari lagi dalam usaha menyelesaikan konflik berkenaan.
Gencatan senjata selama tujuh hari sebelum ini dicabuli hampir setiap hari sejak ia bermula 15 Disember lalu, sempena rundingan damai yang berlangsung di Switzerland.
Dalam pertumpahan darah terbaru, sekurang-kurangnya 13 pemberontak Houthi terbunuh dalam serangan udara di wilayah Daleh malam semalam.
Kumpulan pemberontak dilaporkan melancarkan serangan meriam di satu kawasan berhampiran bandar Taez, lokasi pejuang prokerajaan berlindung sejak beberapa bulan lalu.
Pertempuran turut tercetus di beberapa lokasi di Semenanjung Arab termasuk wilayah Hajja dan Jawf, kubu kuat Houthi dan juga Shabwa di tengah Yaman.
Sumber tentera berkata, jet tentera pakatan Arab melancarkan lapan serangan pada awal pagi semalam terhadap kedudukan pemberontak di Rahida dan Shuraija, di sempadan wilayah Taez dan Lahj.
“Ramai yang mati dan cedera,” kata sumber itu. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Disember 2015 @ 11:11 AM


KUMPULAN pejuang yang setia kepada Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi mengawal jalan raya di bandar Aden, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102036#sthash.vTFaHKFo.dpuf

Saudi ancam bedil Houthi

Saudi ancam bedil Houthi

23 DISEMBER 2015

 RIYADH - ARAB SAUDI . Tentera pakatan Arab diketuai Arab Saudi di Yaman mengancam untuk menyerang balas pemberontak Houthi di negara itu, selepas mereka melepaskan tembakan peluru berpandu balistik keempat ke wilayahnya.
Media rasmi Saudi melaporkan, sebuah roket yang dilancarkan ke arah bandar sempadan Jazan lewat petang kelmarin berjaya dipintas dan dimusnahkan menggunakan peluru berpandu Patriot.
Sebelum itu, Pertahanan Udara Saudi menembak jatuh satu lagi peluru berpandu yang dilancarkan ke arah Jazan pada sebelah pagi.
Serangan tersebut dilancarkan walaupun perjanjian gencatan senjata dilanjutkan selama seminggu telah dipersetujui antara pihak bertelagah di Switzerland, Ahad lalu.
"Rundingan di Switzerland dengan jelas menyatakan pakatan Arab bersedia mematuhi gencatan senjata tersebut.
"Jika pemberontak Houti melanggar gencatan senjata itu, tentera gabungan akan mengambil tindakan keras untuk menghalangnya," kata Menteri Luar Saudi, Abdel Malak al-Mekhlafi. - AF
P

Tuesday, 22 December 2015

Saudi pintas peluru berpandu

Riyadh: Tentera Arab Saudi memintas sebuah peluru berpandu yang dilancarkan dari Yaman yang disasarkan ke wilayah di sempadan negara itu sebelum subuh semalam, kata tentera pakatan Arab.
Pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi terbabit dalam operasi ketenteraan di Yaman berkata, pertahanan udara berjaya menghalang peluru berpandu itu sampai ke wilayah Jazan, selatan Arab Saudi.
“Tentera udara kemudian segera memusnahkan pelancar peluru berpandu itu di Yaman,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa Saudi.
Arab Saudi menempatkan sistem penangkis peluru berpandu Patriot di sempadannya dengan Yaman untuk memintas peluru berpandu yang dilepaskan kumpulan pemberontak Houthi atau sekutu mereka.
Dalam perkembangan berasingan, tiga penduduk termasuk dua warga India di bandar Najran di wilayah Najan maut akibat terkena serangan meriam dari wilayah Yaman.
Jumaat lalu, sistem pertahanan udara Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik dari Yaman dan sebuah lagi peluru berpandu jatuh di sebuah kawasan gurun di Najran.
Semua serangan berkenaan dan juga pertempuran darat di Yaman terus berlaku walaupun gencatan senjata tujuh hari diumumkan sempena rundingan damai di Switzerland yang berakhir kelmarin tanpa banyak kemajuan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2015 @ 10:40 AM


PEJUANG yang setia kepada kerajaan Yaman melepaskan tembakan mortar, menyasarkan kedudukan pemberontak Houthi dalam serangan di wilayah Marib, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101773#sthash.Rrn5OR8T.dpuf

Monday, 21 December 2015

Tiada hasil

Geneva: Wakil kumpulan bertentangan dalam perang di Yaman semalam mengadakan pertemuan hari terakhir rundingan damai yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Rundingan yang diadakan selama hampir seminggu tidak banyak membuahkan hasil dan dicemari dengan pencabulan gencatan senjata secara berleluasa.
Wakil khas PBB Ould Cheikh Ahmed akan mengadakan sidang akhbar pagi ini dan dijangka mengumumkan rundingan baru, mungkin pada pertengahan Januari depan, menurut sumber yang rapat dengan perwakilan pemberontak Houthi.
Perunding berusaha untuk menamatkan sengketa bersenjata di Yaman yang meragut lebih 5,000 nyawa sejak ia meletus Mac lalu.
Pihak yang terbabit dalam perbincangan di pinggir Bern itu kelmarin bersetuju mewujudkan ‘jawatankuasa berkecuali tentera’ bagi mengawasi gencatan senjata dan sebuah lagi untuk memantau pengagihan bantuan kemanusiaan.
Gencatan senjata itu secara teorinya berkuat kuasa serentak dengan permulaan rundingan di Switzerland enam hari lalu.
Bagaimanapun, ia berulang kali dicabul kedua-dua pihak.
“Rundingan berkenaan pada asasnya gagal,” kata satu sumber yang rapat dengan wakil pemberontak.
Konflik Yaman bermula September tahun lalu apabila Houthi mara dari kubu kuat mereka di utara untuk menawan Sanaa.
Ia memuncak secara dramatik apabila pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan serangan untuk mempertahankan kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi pada Mac lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Disember 2015 @ 5:08 AM


PENYOKONG kerajaan Yaman mengekalkan kedudukan mereka di al-Jouf di timur laut negara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/101448#sthash.tW9ESrZx.dpuf

Pertempuran sengit di Yemen, 68 maut

Kumpulan penyokong President Abedrabbo Mansour Hadi berkawal di

21 Disember 2015 12:31

 Kumpulan penyokong President Abedrabbo Mansour Hadi berkawal di Sirwah di barat bandar Marib. aFP


ADEN 20 Dis. – Sekurang-kurangnya 68 orang terkorban berhampiran bandar Haradh di utara Yemen dalam pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran, semalam menjelang hari terakhir rundingan damai yang sedang berlangsung di Switzerland.
Jumlah yang terbunuh itu termasuk 28 anggota tentera dan 40 pemberontak Syiah Houthi.
Sebanyak 50 pemberontak Houthi dan 40 penyokong kerajaan disahkan turut cedera.
Pertempuran itu berlaku walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kepada kedua-dua pihak kerana me­langgar perjanjian gencatan senjata.
PBB mengesahkan esok merupakan hari terakhir rundingan damai antara kumpulan pemberontak Houthi dan parti-parti politik Ye­men bagi menamatkan perang saudara di negara ini.
“Wakil khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed akan mengadakan sidang media esok di Bern tentang keputusan rundingan damai Yemen di Switzerland,” jelas satu kenya­taan.
Sementara itu, tentera kerajaan dilaporkan berada dalam lingkungan 40 kilometer di bandar Sanaa yang dikuasai pemberontak tanpa mempedulikan gencatan senjata yang diusahakan PBB.
Penyokong setia Presiden, Abdrabbo Mansour Hadi dan puak-puak bersekutu di kawasan itu turut mengepung Pangkalan Tentera Fardha di timur laut ibu negara yang dikuasai pemberontak. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pertempuran-sengit-di-yemen-68-maut-1.171196#sthash.dIZ8JQoy.dpuf

Sunday, 20 December 2015

Perang Yaman: 68 maut dalam pertempuran di Haradh

AHAD, 20 DISEMBER 2015 @ 7:00 AM



ADEN: Sekurang-kurangnya 68 orang terkorban dalam pertempuran di antara pihak tentera dan pemberontak Houthi di utara Yaman, malam tadi, menurut sumber tentera dan pemberontak.

Ia berlaku walaupun amaran disuarakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas kedua-dua pihak yang melanggar perjanjian gencatan senjata.

Angka korban itu termasuk 28 tentera, menurut sumber ketenteraan.

Sumber dari pihak pemberontak pula berkata mereka kehilangan 40 orang dalam pertempuran besar di bandar Haradh yang diserang tentera prokerajaan, Khamis. - AFP


PUAK bersenjata yang setia kepada kerajaan Arab Saudi yang disokong Yaman di wilayah timur laut al-Jouf, Yaman. - Foto EPA

Friday, 18 December 2015

Tentera, pemberontak Yemen bertukar tahanan


ADEN – Tentera kerajaan Yemen dan pemberontak melakukan pertukaran ratusan orang tahanan semalam, kata seorang pegawai kerajaan, ketika gencatan senjata dan perbincangan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland masuk hari ketiga.
“Kami telah menjalankan pertukaran tahanan dengan jayanya,” kata anggota jawatankuasa hal ehwal tahanan, Mokhtar AL-Rabbash.
Pertukaran itu melibatkan 370 pembe­rontak Houthi dan 285 pejuang prokerajaan, tambahnya.
Beberapa saksi memaklumkan pertukaran itu dilakukan di daerah Yafaa, wilayah Lahj di selatan negara ini berhampiran sempadan wilayah Bayda.
Jawatankuasa Antarabangsa Bulan Sabit Merah di Sanaa yang terlibat dalam pertukaran tahanan sebelum ini bagaimanapun memaklumkan pertubuhan itu ‘tidak mengetahui tentang sebarang pertukaran baharu’.
Tidak banyak maklumat didedahkan da­ripada perbincangan di Switzerland itu yang bertujuan menamatkan konflik berpanjangan di Yemen.
Gencatan senjata yang rapuh diumumkan pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Abedrabbo Mansour Hadi Selasa lalu dan masih bertahan walaupun terdapat beberapa laporan pertempuran kecil.
Perikatan pimpinan Arab Saudi yang menyokong Abedrabbo Mansour menuduh pemberontak Syiah Houthi telah melanggar gencatan senjata itu dan mereka bertindak balas sewajarnya.
Lebih 5,800 orang telah terbunuh di negara ini, separuh daripadanya orang awam, dan lebih daripada 27,000 orang lagi cedera sejak Mac lalu, jelas PBB.
– AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3ucR5JgxL 
Hakcipta terpelihara 

Wednesday, 16 December 2015

Gencatan senjata Yaman bermula hari ini

SELASA, 15 DISEMBER 2015 @ 8:19 AM

GENCATAN senjata di Yaman bermula hari ini, bukan tengah malam semalam seperti diumumkan. - Foto REUTERS

ADEN: Gencatan senjata di Yaman bermula hari ini, bukan tengah malam semalam seperti diumumkan sebelumnya ketika pihak yang bersengketa bersiap sedia menghadiri rundingan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Switzerland, kata tentera pakatan diketuai Arab Saudi. Pasukan tentera antarabangsa yang melancarkan serangan udara terhadap pemberontak disokong Iran Mac lalu berkata, gencatan senjata akan bermula pada jam 12.00 tengah hari waktu tempatan berikutan permintaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, tetapi memberi amaran ia 'berhak untuk bertindak balas jika berlaku pencabulan.' Menurut kenyataan, Hadi mengisytiharkan hasrat kerajaan untuk mengadakan gencatan senjata tujuh hari sempena rundingan pembukaan di Switzerland dan akan diperbaharui secara automatik jika ada pihak mematuhinya. Pengumuman gencatan senjata itu dibuat ketika pakatan tentera Arab memaklumkan seorang komander kanan Arab Saudi dan seorang pegawai Emiriah Arab Bersatu terbunuh dalam operasi di Yaman. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/105213

Yaman kuatkuasa gencatan senjata tujuh hari

16 DISEMBER 2015


Yaman menguatkuasakan gencatan senjata di negara itu bermula semalam hingga 21 Disember depan.

SANAA - YAMAN. Satu gencatan senjata selama tujuh hari berkuatkuasa di Yaman, semalam, bertepatan dengan usaha rundingan damai yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland.
Media tempatan melaporkan, gencatan senjata yang dijadualkan bermula tengah malam, kelmarin terpaksa ditangguhkan selama 12 jam tanpa diketahui punca sebenar.
Difahamkan, gencatan senjata itu dikuatkuasakan selepas beberapa anggota keselamatan termasuk seorang komander tentera Arab Saudi terbunuh akibat bedilan peluru berpandu dilancarkan pemberontak Houthi di wilayah Taiz.
Sementara itu, jurucakap delegasi kerajaan memberitahu wakil pemberontak Houthi mengesahkan kehadiran mereka dalam rundingan damai tersebut.
Menurut laporan PBB, sekurang-kurangnya 5,878 orang terkorban selepas gabungan Arab melancarkan kempen serangan udara menyasarkan kedudukan Houthi, Mac lalu.  - AP
Yaman menguatkuasakan gencatan senjata di negara itu bermula semalam hingga 21 Disember depan.

Saturday, 12 December 2015

Gencatan senjata boleh diperbaharui

11 DISEMBER 2015

DOHA - QATAR . Menteri Luar Yaman Abdel-Malek al-Mekhlafi berkata gencatan senjata tujuh hari yang dijangka bermula serentak dengan rundingan damai minggu depan boleh diperbaharui jika kumpulan pemberontak Houthi mematuhi perjanjian ditetapkan.
Isnin lalu, Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi meminta Houthi untuk memulakan gencatan senjata pada 15 Disember dalam usahanya untuk menamatkan perang selama beberapa bulan dan telah meragut hampir 6,000 nyawa.
"Gencatan senjata adalah selama tujuh hari dan tertakluk kepada pembaharuan automatik dengan syarat Houthi akur dengan perintah itu," katanya.
Sementara itu, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed memberitahu kumpulan pemberontak berkenaan komited untuk proses damai yang ditetapkan Majlis Keselamatan PBB pada April lalu.
2216 menyeru semua pihak supaya menamatkan keganasan dan menggesa Houthi menarik diri daripada semua kawasan yang dirampas sejak konflik bermula September tahun lalu. - AF
P

Wednesday, 9 December 2015

Gencatan senjata seminggu di Yaman

Aden: Kumpulan yang berperang di Yaman bersiap sedia untuk mematuhi gencatan senjata selama seminggu bermula 15 Disember ini sementara rundingan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan di Switzerland.
“Persetujuan gencatan senjata antara kerajaan dan pemberontak akan dikuatkuasakan pada 15 Disember, serentak dengan permulaan rundingan,” kata Menteri Luar Yaman Abdel Malak al-Mekhlafi.
Sumber dari Kabinet Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi berkata, gencatan senjata itu akan berlangsung selama tujuh hari, seperti yang dinyatakan dalam surat Abed Rabbo kepada Majlis Keselamatan PBB.
Usaha menghentikan pertempuran di Yaman berdepan masalah sejak beberapa bulan lalu.
Konflik di negara itu bertambah buruk sejak Mac lalu apabila pakatan prokerajaan Abed Rabbo yang diketuai Arab Saudi mula mengebom pemberontak Houthi.
Duta khas PBB Ismail Ould Cheikh Ahmed berkata kelmarin, tiga perwakilan akan menyertai rundingan yang akan diadakan di luar Geneva dan tiada masa ditetapkan untuk menamatkannya.
Perwakilan itu terdiri daripada wakil kerajaan Abed Rabbo, pemberontak Houthi dan pegawai Kongres Rakyat Am yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
Menurut PBB, lebih 5,700 orang terbunuh di Yaman, hampir separuh daripada mereka orang awam, sejak Mac lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:37 PM


ANGGOTA kabilah yang menyokong Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi memeriksa kereta kebal mereka di Sirwah, Marib, bandar di barat Yaman.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98981#sthash.PIvgF21s.dpuf

Sidang damai minggu depan

Geneva: Pihak yang bertelingkah di Yaman bersetuju mengadakan rundingan damai di Switzerland minggu depan.
Perkara itu dinyatakan oleh duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ismail Ould Cheikh Ahmed kepada wartawan di Geneva.
Menurutnya, ia akan diadakan bermula 15 Disember sementara tempatnya akan ditetapkan kemudian.
Ismail berkata, terdapat tanda-tanda satu gencatan senjata akan dilaksanakan pada hari sama akan dihormati.

Rundingan itu, katanya, hanya akan dihadiri oleh kumpulan tempatan yang bertelagah, tidak ada pihak luar.
“Hanya penyelesaian politik dapat menamatkan krisis di Yaman,” kata Ismail.
Dia juga berkata, Presiden Yaman Abed Rabbo Mansour Hadi sudah bersedia untuk mengadakan gencatan senjata pada hari berkenaan,
“Saya berada di Aden dua hari lalu dan beliau menyatakan kesediaannya untuk mengadakan gencatan senjata itu dan berunding,” kata Ismail.
Yaman dilanda perang saudara sejak tahun lalu apabila pemberontak Houthi berfahaman Syiah menawan Sanaa.
Pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi melancarkan kempen serangan udara sejak Mac lalu untuk mengembalikan pemerintahan Abed.
Sejak itu, menurut PBB, hampir 6,000 orang, kebanyakannya orang awam terbunuh.
Usaha untuk menamatkan sengketa itu sebelum ini gagal apabila kerajaan Abed mendesak pelaksanaan ketetapan PBB yang menggesa Houthi meletakkan senjata dan berundur dari Sanaa sebelum rundingan diadakan.
Houthi pula mahukan ia diberi peranan lebih besar dalam politik negara itu.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:44 AM


SEORANG penyokong Presiden Abed Rabbo duduk di atas kenderaan berperisai untuk meronda bandar raya Aden, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98572#sthash.Su90dSR9.dpuf

Tuesday, 8 December 2015

Gabenor Aden Di Yaman Maut Serangan Bom Kereta


Diterbitkan: Ahad, 6 Disember 2015 6:49 PM
Keadaan kereta yang dinaiki Gabenor Aden di Yaman dalam satu serangan bom didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS. Foto Reuters

ADEN: Gabenor Aden maut dalam serangan bom kereta pada Ahad dan kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa menyebabkan insiden itu yang berlaku di bandar di Yaman.
Seorang pegawai dan beberapa penduduk tempatan berkata, sekurang-kurangnya enam orang yang menyertai rombongan gabenor Aden, Jeneral Jaafar Mohammed Saad turut maut dalam serangan itu.
Beberapa mangsa turut dilaporkan cedera.
Serangan tersebut dikatakan menjadikan gabenor sebagai sasaran.
IS dalam satu kenyataan berkata, ia telah meletupkan sebuah kereta yang dipenuhi bahan letupan dengan menyasarkan konvoi Saad di daerah Tawahi di Aden.
Ia juga berjanji akan melakukan lebih banyak operasi serangan.
Terdahulu, seorang pegawai dan beberapa penduduk tempatan berkata, seorang pengebom berani mati memandu kenderaannya dan merempuh kereta yang dinaiki gabenor Aden. - Reuters

Monday, 7 December 2015

Gabenor Aden maut

Aden: Gabenor Aden Jaafar Saad terbunuh semalam dalam serangan bom kereta, sehari selepas kunjungan duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mendesak rundingan damai diadakan.
Kumpulan Negara Islam (IS), dalam kenyataan menerusi Twitter, mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di kejiranan Tawahi itu.
Lapan pengawal Jaafar turut terbunuh.
Ketua keselamatan Aden Jeneral Mohamed Mussad mengesahkan kematian Jaafar.
Jaafar dilantik menjadi gabenor Aden baru-baru ini dan dia dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang kembali ke bandar raya itu bulan lalu selepas hidup dalam buangan di Riyadh.
Dengan bantuan Arab Saudi dan beberapa negara Arab, tentera pro-Abed dan kabilah yang menyokongnya terbabit dalam peperangan menentang pemberontak Houthi, menyebabkan negara miskin itu huru-hara dan membolehkan militan seperti IS mengambil kesempatan.
PBB berkata lebih 5,700 orang terbunuh di Yaman, separuh daripadanya orang awam, sejak kempen serangan udara yang diketuai Arab Saudi bermula Mac lalu untuk menyokong kerajaan Abed.
Kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati hakim mahkamah keganasan Mohsen Mohamed Alwan dan empat pengawalnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 5:06 AM


PENDUDUK Yaman melngerumuni kereta yang musnah selepas ia digunakan untuk membunuh Gabenor Aden.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98363#sthash.MYFMLOvM.dpuf

Sunday, 6 December 2015

Saudi siasat dakwaan MSF

Dubai: Arab Saudi semalam memulakan siasatan selepas satu kumpulan bantuan mendakwa serangan pakatan yang diketuai negara itu yang menyasarkan kumpulan pemberontak Houthi di Yaman terkena sebuah kliniknya.
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) mendakwa, serangan itu terkena kliniknya di bandar Taiz, selatan Yaman, menyebabkan sembilan orang cedera.
Dalam kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Saudi, pakatan itu berkata, ia sudah memulakan siasatan untuk mengesahkan dakwaan kumpulan bantuan berkenaan.
“Kami akan menerbitkan hasil siasatan selepas siasatan secara telus dan jujur dilakukan,” katanya.
Kenyataan itu juga menyebut, kumpulan bantuan sepatutnya menyelaraskan kedudukannya dengan tentera dan beroperasi jauh dari kawasan yang dikuasai Houthi.
MSF berkata, ia membekalkan maklumat mengenai kedudukannya beberapa kali kepada pihak terbabit, tetapi masih terkena serangan.
Ini kali kedua klinik MSF terkena serangan yang diketuai Saudi.
Dalam kejadian 26 Oktober lalu, sebuah hospital kecil yang diuruskannya di Saada, wilayah di utara Yaman, musnah. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 5:02 AM


SEBUAH pesawat pejuang Arab Saudi mendarat di pangkalan tentera Mushayt, 880 kilometer dari Riyadh selepas melakukan serangan di Yaman.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/97938#sthash.3moWEqlk.dpuf

Tuesday, 1 December 2015

3 maut dibedil di sempadan Arab Saudi-Yaman

ISNIN, 30 NOVEMBER 2015 @ 12:05 PM

 RIYADH: Bedilan dari Yaman membunuh seorang pengawal sempadan dan dua penduduk di wilayah sempadan Arab Saudi semalam, menurut pihak berkuasa, Menurut Kementerian Dalam Negeri, pengawal sempadan itu terbunuh akibat bedilan dari wilayah Yaman pagi semalam di Dahran al-Janub. Di wilayah Jazan pula, dua warga Yaman terbunuh akibat bedilan pada hari sama. Kelmarin, seorang lagi warga Yaman, antara ratusan ribu yang tinggal di Arab Saudi, maut apabila penyerang melepaskan tembakan dari wilayah Yaman di zon sempadan Najran, Arab Saudi. Hampir 80 orang terbunuh akibat bedilan dan pertempuran di sempadan sejak Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan terhadap pemberontak Syiah Huthi di Yaman pada Mac lalu. Kebanyakan yang terbunuh itu adalah anggota tentera. Di Yaman, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan lebih 5,700 orang terbunuh sejak Mac lalu dengan hampir separuh adalah orang awam. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/101025

Monday, 30 November 2015

Saudi Beri Penampungan 1 Juta Warga Yaman

Senin, 30 November 2015 - 16:02 WIB Warga Yaman yang tinggal secara gelap di Saudi memperoleh visa kunjungan 6 bulan yang dapat diperbarui

Hidayatullah.com–
Menteri Luar Negeri Yaman Riad Yassin , baru-baru ini memperingatkan bahwa Yaman akan berada di ambang keruntuhan sosial setelah tindakan pemberontakan, lapor sebuah koran lokal dikutip Arabnews.com.
Yasin mengatakan bahwa masa depan Iran mencoba untuk ikut campur terhadap urusan negara tersebut juga melibatkan usaha untuk “membuat negara di dalam negara lain,” dan dapat memaksa situasi yang mirip dengan Hizbullah di Libanon.
Yassin juga mengungkapkan bahwa lebih dari satu juta warga negara Yaman telah mengungsi ke Arab Saudi sejak kudeta pemberontak Syiah al Houthi (Hautsyi).
Menurut Yassin, orang Yaman rmerasa merasa lebih bemartabat bisa dipertahankan di sini. Sementara, Eropa sudah membuat keributan besar di seluruh dunia atas ketidakmampuan mereka mengakomodasi 150 ribu pengungsi Suriah, kata Menlu.
“Yaman, setelah kemenangan yang dicapai dalam Operasi Panah Emas (Gold Arrow Operation) dan kemajuan untuk mendapatkan kembali pemerintahan dan provinsi, akan tetap mempertimbangkan dengan serius bagaimana agar bisa berhubungan kembali dengan erat dan strategis dengan negara-negara Teluk. Harus ada beberapa mekanisme yang diberlakukan untuk menghubungkan Yaman dengan negara tetangga. Jika yag tersisa bagi Yaman hanyalah mimpi untuk bergabung dengan Dewan Kerjasama Teluk, ia akan menyebabkan kesengsaraan secara besar-besaran bagi permasalahan politik dan ekonomi, dan atau bahkan bisa menuju kebangkrutan,” katanya.
Sebelumnya, Kerajaan Teluk tersebut pernah mengumumkan “masa belas kasih” sebagai tanggapan bagi permintaan Presiden Yaman Abdrabbu Mansyur Hadi agar Arab Saudi mendukung warga dan Pemerintah Yaman. Masa itu berakhir pada 7 Juli, tapi Arab Saudi memperpanjangnya lagi sampai 16 Agustus atas permintaan Pemerintah Yaman di pengasingan di Riyadh.
Warga Yaman yang tinggal secara gelap di Arab Saudi bisa memperoleh visa kunjungan enam bulan yang dapat diperbarui setelah memperoleh dokumen perjalanan dari pemerintah mereka. Mereka juga diperkenankan bekerja sejalan dengan peraturan di negeri tersebut.
*

Tentera Arab Saudi Maut Ditembak


Diterbitkan: Isnin, 30 November 2015 8:55 AM

RIYADH: Seorang tentera Arab Saudi dan dua orang awam terbunuh di sempadan selepas berlaku serangan dari Yaman pada Ahad, jelas Kementerian Dalam Negeri.
Anggota tentera pengawal sempadan itu terbunuh di Dahran al-Janub berikutan terkena tembakan yang dilepaskan dari negara jiran pada pagi Ahad.
Pada hari sama, dua penduduk Yaman turut maut apabila terkena serangan  ketika mereka berada di sempadan kawasan Arab Saudi.
Sebelum itu, seorang lagi warga Yaman yang menetap di Arab Saudi terbunuh akibat ditembak oleh penyerang yang melakukan tembakan rambang di Najran yang juga kawasan sempadan pada Sabtu, menurut agensi pertahanan.
Berikutan itu, Arab Saudi mendedahkan seramai 80 orang terbunuh di sempadan akibat serangan daripada puak Syiah selepas negara itu melakukan serangan udara terhadap militan Syiah di Yaman.

Friday, 20 November 2015

Serangan al-Qaeda Yaman, 12 askar maut

GAMBAR fail menunjukkan kereta kebal dipercayai milik kumpulan militan Al-Qaeda melepaskan tembakan di Sirwah pada 3 November lalu. - Foto AFP
ADEN: Al-Qaeda melancarkan serangan serentak di dua pangkalan tentera di tenggara Yaman awal pagi tadi, menyebabkan 12 askar dan 19 anggota militan terbunuh, kata pegawai tentera.
Serangan itu mensasarkan dua lokasi tentera berhampiran bandar Shiban dan Wadi Sir, kedua-duanya terletak wilayah Hadramawt, kubu kuat kumpulan militan Al-Qaeda yang mengawal ibu negerinya, Mukalla.
Dikenali sebagai 'Gurun Manhattan' yang popular dengan bangunan batu-bata tinggi, Shibam adalah tapak warisan dunia UNESCO. - AFP

Pasukan bersenjata prokerajaan Yemen mara menuju ke Taez


ADEN, 19 Nov. - Pasukan bersenjata prokerajaan Yemen yang sedang mara ke wilayah strategik Taez bertempur dengan pemberontak di pinggir bandar kedua terbesar di wilayah itu, hari ini, kata sumber tentera.
Lapan pemberontak dan dua anggota bersenjata yang setia dengan kerajaan terbunuh dalam pertempuran di bandar Rahida, di pinggir Taez, kata sumber prokerajaan.
Rahida yang dikuasai tentera kerajaan terletak di laluan utama menuju ke Taez, yang merupakan bandar ketiga terbesar Yemen, terletak 40 kilometer ke utara, di mana pasukan bersenjata yang setia dengan kerajaan dikepung pemberontak selama beberapa bulan.
Pasukan bersenjata prokerajaan dibantu tentera bersekutu diketuai Arab Saudi yang menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi dalam pertempuran itu.
Hadi pulang dari Arab Saudi pada Selasa lalu, selepas melarikan diri dari negara ini ekoran pemberontakan etnik Syiah Houthi.
Tentera bersekutu melancarkan sekurang-kurangnya 10 serangan udara ke atas kedudukan pemberontak Houthi di sekitar Rahida pada waktu malam, kata sumber tentera.
Tindakan membebaskan Taez daripada kepungan pemberontak dianggap penting bagi menawan semula wilayah-wilayah tengah dan membuka laluan menuju ke ibu negeri Sanaa yang dikuasai pemberontak di utara.
Ia juga penting untuk melindungi kawasan di selatan, di mana pasukan bersenjata yang prokerajaan telah berjaya menawan lima wilayah daripada pemberontak sejak Julai lalu, termasuk Aden, bandar kedua terbesar di Yemen, yang dijadikan oleh Hadi sebagai pangkalannya. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pasukan-bersenjata-prokerajaan-yemen-mara-menuju-ke-taez-1.160144#sthash.42ov2M1h.dpuf

Monday, 16 November 2015

Houthi upah warga Afrika

Sanaa: Pemberontak Houthi dan sekutu mereka dilapor melatih warga Afrika untuk menyertai mereka dalam peperangan di Yaman.
Rangkaian berita negara itu melaporkan semalam, perkara itu terbongkar selepas dua warga Afrika ditahan kumpulan penentang kebangsaan yang menyokong kerajaan sah Yaman.
Agensi berita Marib Press memetik kenyataan kumpulan itu sebagai berkata, ia menangkap tujuh pemberontak dalam pertempuran ketika mereka cuba menyusup bandar Aldale di barat daya Yaman.
“Dua daripada yang ditahan itu rakyat Habsyah. Houthi dan sekutu mereka kini mengharapkan tentera upahan dari negara Afrika dengan melatih mereka di kem latihan pemberontak di Alhudeiday dan Albaydah,” kata sumber penentang kepada Marib Press.
Dalam perkembangan lain, unit penerangan penentang berkata, Houthi melakukan dua pembunuhan, 12 penculikan serta menjarah dan mengebom kediaman di kawasan yang mereka kuasai sepanjang minggu lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 7:09 AM


SEORANG militan yang setia kepada kerajaan Yaman meronda di Taiz, bandar raya di barat negara itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93351#sthash.ITjcOd2T.dpuf

Tuesday, 10 November 2015

50 terbunuh dalam pertempuran di Yaman


Kaherah: Lebih 50 orang terbunuh dalam pertempuran di Yaman sejak dua hari lalu, menurut sumber perubatan dan penduduk.

Di Taiz, sumber perubatan berkata, 29 orang mati, termasuk lapan orang awam dalam pertempuran untuk menguasai bandar raya ketiga terbesar negara itu.

Petugas bantuan berkata, pertempuran yang berlaku sejak beberapa hari lalu menyebabkan bekalan makanan tidak dapat disalurkan kepada penduduk, memaksa ribuan orang kelaparan.

Pertempuran dii Damt, daerah di wilayah Dhalea di selatan negara itu pula mengorbankan 30 orang.

Sekurang-kurangnya 5,600 orang terbunuh dalam perang yang meletus sejak Mac lalu.

Konflik itu membabitkan pemberontak Houthi dan unit tentera yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh dengan kumpulan bersenjata yang menyokong Presiden Abed
Rabbo Mansour Hadi yang mendapat bantuan pakatan Arab.

Dalam pada itu, beberapa penduduk berkata, Houthi dan sekutunya menguasai daerah Damt dan sebahagian daerah Qabbayta selepas pejuang anti-Houthi berundur dari kedudukan mereka.

Segala usaha untuk mengakhiri sengketa bersenjata di Yaman gagal sebelum ia dapat dilaksanakan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 November 2015 @ 6:50 AM

SEKUMPULAN aktivis memainkan peranan sebagai mangsa serangan udara, baring di atas tanah dengan darah palsu pada pakaian mereka ketika menunjuk perasaan membantah serangan udara pakatan Arab
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91808#sthash.LT1bFfyF.dpuf

Saturday, 7 November 2015

Bekas presiden gagal tinggalkan Sanaa


Sanaa: Bekas Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh cuba meninggalkan bandar raya ini dengan menaiki pesawat Russia tetapi dihalang oleh pakatan Arab yang menguatkuasakan larangan terbang di negara itu.

Media Yaman melaporkan sebuah pesawat Russia membawa diplomat dan bantuan mendarat di Sanaa kelmarin selepas mendapat kebenaran pakatan itu.

“Ali cuba melarikan diri dengan menaiki pesawat itu malam kelmarin tetapi kapal terbang berkenaan dihalang berlepas oleh tentera pakatan Arab,” lapor agensi berita Yaman.

Menurut laporan itu, pakatan berkenaan mengarahkan juruterbang pesawat Russia itu terlebih dulu terbang ke Lapangan Terbang Bisha di selatan Arab Saudi untuk pemeriksaan, tetapi dia enggan.

“Ini mengesahkan laporan bahawa bekas presiden itu cuba melarikan diri. Selasa lalu, dia melawat kedutaan Russia di Sanaa,” lapor agensi itu.

Sementara itu, kumpulan pejuang Yaman membunuh 107 pemberontak Houthi dan sekutu mereka dalam pertempuran selama dua hari di bandar Damt di wilayah Dhale.

Pemberontak itu melancarkan dua serangan dalam tempoh dua hari untuk menawan semula bandar berkenaan tetapi dipatahkan oleh kumpulan pejuang yang menyokong Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi.

“Pertempuran sengit meletus selepas Houthi melancarkan serangan tetapi ramai anggotanya terbunuh dan banyak kenderaan mereka musnah,” menurut sumber tentera. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 5:04 AM

ALI
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91385#sthash.MoejtJVB.dpuf

Friday, 30 October 2015

Saudi bidas dakwaan PBB


Saudi bidas dakwaan PBB

30 OKTOBER 2015
Saudi bidas dakwaan PBB Kepulan asap tebal jelas kelihatan selepas sebuah hospital di utara Yaman dibedil dalam kejadian Isnin lalu. Gambar kecil: Al-Mouallimi

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Kerajaan Arab Saudi membidas kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon yang menuduh pakatan Arab sebagai dalang serangan sebuah hospital di Yaman.

Ban didakwa membuat kenyataan itu sebelum siasatan penuh dijalankan bagi menyiasat insiden terbabit.

Duta Saudi ke PBB, Abdallah al-Mouallimi membidas kenyataan dibuat Ban dan menegaskan serangan pada Isnin lalu itu bukan didalangi pakatan Arab.

Difahamkan, hospital yang dikendalikan pasukan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) itu terletak di Saada iaitu wilayah yang dikuasai pemberontak Houti.

Tiada nyawa dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.

"Kami kecewa dengan kenyataan dikeluarkan Ban. Beliau membuat kenyataan melulu.

"Sepatutnya beliau mengambil langkah bijak iaitu menunggu sehingga siasatan selesai," katanya.

Al-Moallimi turut menegaskan bahawa pakatan Arab sedar sepenuhnya lokasi hospital tersebut kerana mereka telah diberikan koordinat sistem kedudukan global (GPS) pusat perubatan berkenaan sebelum melancarkan sebarang serangan di wilayah tersebut, lapor Arab News.

10 pekerja kilang terbunuh


Kaherah: Serangan udara terbaru pakatan Arab yang diketuai Arab Saudi didakwa mengebom sebuah bas membawa pekerja kilang di Taiz, bandar di selatan Yaman, menyebabkan 10 orang terbunuh.

Serangan berlaku ketika pertempuran untuk menguasai bandar ketiga terbesar Yaman itu.


Serangan itu adalah sebahagian usaha pakatan Arab membantu militan yang menentang pemberontak Houthi.

Jurucakap pakatan itu enggan mengulas dakwaan berkenaan.

Arab Saudi dan negara Teluk Arab lain mengebom Houthi sejak hujung Mac lalu untuk mengembalikan kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi dan menyekat pengaruh Iran di rantau itu.

Sekurang-kurangnya 5,600 orang terbunuh dalam serangan udara dan pertempuran sejak konflik bermula.

Kumpulan hak asasi menyelar pakatan Arab kerana menjadikan tempat awam sasaran, termasuk sebuah hospital di utara Yaman Selasa lalu.

Pakatan itu bagaimanapun menafikan dakwaan ia menyasarkan kawasan awam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 6:39 AM

KANAK-KANAK melaungkan slogan mengecam serangan udara pakatan Arab ketika menunjuk perasaan di depan kedutaan Russia di Sanaa, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89316#sthash.xZdBvPgG.dpuf

Monday, 26 October 2015

Cerita di bilik tahanan Oman


SAZALI M NOOR
Cerita di bilik tahanan Oman

26 OKTOBER 2015

SAYA terkilan kerana tidak dapat meneruskan perjalanan ke ibu negara Yaman, Sana’a. Tidak menjejakkan kaki ke ibu kota itu bermakna Misi Bantuan NGO Yemeni Care tidak mencapai objektif sepenuhnya.

Namun apakan daya kami, keadaan keselamatan yang tidak mengizinkan dengan perang yang masih berlarutan di sempadan Ma’arib dengan Sana’a, menyebabkan laluan ke bandar tanah tinggi itu amat berisiko.

Kembali ke bandar Seiyun, di Hadramaut memberikan lebih masa untuk saya meneroka wilayah yang menjadi tempat asal ‘pak-pak Syed’ di Malaysia. Di tengah-tengah bandar terdapat sebuah kota lama kesultanan al-Kathiri yang memerintah di kawasan itu sejak tahun 1395.

Sejak abad yang lalu, ramai para ‘habib’ ini berhijrah ke nusantara termasuk ke Malaysia dan di daerah Dungun, Terengganu ramai yang berasal dari keturunan al-Kathiri ini.


Kembali ke Salalah

Setelah melawati beberapa pusat khidmat kebajikan Yayasan al-Islah di Seiyun dan menyerahkan semua sumbangan kewangan yang dimanahkan untuk pelarian, kami bersiap-siap untuk pulang dan kembali melalui Salalah di Oman sebelum ke Muscat.

Pegawai Luar Yayasan al-Islah, Abdul Kadir Ba Salamah bermurah hati menghantar kami dengan kenderaan pacuan empat rodanya, sehingga ke sempadan Yaman-Oman. Kami bertolak pada awal pagi bagi mengelakkan sebarang perjalanan pada waktu malam, yang melewati jalan bergunung-ganang itu.

Hati saya kian berdebar apabila hampir sampai ke pusat imigresen. Apa tidaknya, kerajaan Oman mewajibkan setiap rakyat dari mana-mana negara yang berhajat keluar dari Yaman, mendapatkan surat dari kedutaan masing-masing.

Sehingga hari terakhir kami di Yaman pun, pihak kedutaan Malaysia tidak menghubungi kami, walaupun kami telah menghubungi dan memaklumkan kepada mereka lebih awal, kira-kira dua minggu sebelum bertolak ke Yaman.

Operasi kedutaan Malaysia di Sana’a telah ditutup dan kini semua kakitangannya berpindah dan meneruskan pentadbiran sementara di Muscat.

Hanya dalam tempoh empat jam kami hampir sampai ke sempadan, seorang pegawai menghubungi kami, dan baru mahu bertanya khabar, sedangkan kami sudah dalam perjalanan pulang.

Oleh itu, surat yang sepatutnya dicetak dan diserahkan kepada pihak imigresen Oman itu hanya dapat dihantar melalui emel, dan tidak mungkin kami boleh mencetaknya dari mana-mana premis kerana ketika kami sampai di pintu keluar Yaman, waktu sudah senja.

Melihat surat yang diterima secara ‘online’ dengan tarikh kami keluar dari Yaman lebih awal dari tarikh yang dinyatakan dalam surat itu, saya berkata dalam hati, ‘sah saya akan ditahan oleh pihak imigresen,”.

Cuma saya tetap berharap agar kami dilepaskan keluar dan selamat kembali ke tanah air dengan segera, namun ia tidak menjadi kenyataan.


4 hari ditahan imigresen

Selepas sehari semalam kami duduk di pusat dalam kawasan ‘buffer zone’ antara Yaman dan Oman itu, barulah saya dapat yakinkan hati saya, walaupun surat dari mana sekali pun ditunjukkan kepada pihak imigresen Oman, ia tidak akan laku.

Apa pun alasan diberikan mana-mana rakyat asing yang keluar dari Yaman, mereka tetap ditahan beberapa hari di pusat tersebut, kerana saya dimaklumkan polisi itu telah dikuatkuasakan sejak perang di Yaman berleluasa beberapa bulan lalu.

Tujuannya  untut memastikan kami bukan ‘terrorist’ dan semua warga asing yang keluar dari Yaman tidak terlibat dengan mana-mana kuasa yang berperang sama ada di pihak pejuang rakyat Yaman, pemberontak Houthi atau pun al-Qaeda.

Penahanan dua warga Amerika Syarikat, yang menyertai kami pada hari kedua di kem tahanan itu mengesahkan perkara itu. Walaupun Abdullah dan Ahmad berasal dari Yaman, yang pulang untuk menziarahi keluarganya, namun alasan itu tidak diterima oleh imigresen Oman.

Pada petang hari kedua itu juga kami disertai oleh kelompok yang lebih besar, seramai 12 orang berasal dari Singapura dan Malaysia. Mereka adalah pelajar yang menuntut di sebuah pusat pengajian di Tarim, Hadramaut, yang ditahan kerana mahu pulang ke tanah air masing-masing.

Suasana sunyi dan bosan kerana terkurung dipusat itu menjadi sedikit riuh dan ceria dengan ketibaan ‘tahanan’ baru itu. Kami berkenalan dan berbual serta berbincang tentang beberapa perkara terutamanya soal Yaman dan perang yang sedang beraku. Seronok berbual dengan Abdullah, si warga Amerika yang petah bertutur dua bahasa Arab dan Inggeris.


Tahanan dijamu makanan enak

Walaupun ditahan, kami diberikan makanan yang agak enak, dan cukup dengan sarapan roti Arab manakala makan tengah hari pula dijamu dengan nasi Arab.

Bahkan kami turut dilawati oleh seorang doktor dan jururawat dari hospital berdekatan untuk memastikan tidak ada sebarang masalah kesihatan dalam kalangan tahanan.

Badan kami terkurung tapi komunikasi kami bebas, sama ada antara tahanan mahu pun hubungan alam maya, kerana komputer dan telefon kami tidak dirampas.

Saya menghantar maklumat kepada keluarga dan kawan-kawan termasuk rakan media di tanah air. Walaupun reaksi mereka agak bimbang pada mulanya, namun apabila saya menghantar gambar keadaan saya di situ, mereka lega.


Dihubungi timbalan menteri

Pada hari ketiga, telefon saya berdering tetapi saya tidak mengangkatnya kerana nombor yang tertera di skrin adalah nombor telefon yang tidak saya kenali dari Malaysia. Kemudian apabila beliau menghantar mesej pesanan ringkas barulah saya tahu, siapa pemilik kepada nombor misteri itu.

“Sazali. Saya Reezal Merican. Boleh bercakap?,”

“Oh datuk. Tak boleh bercakap, nanti bil telefon saya mahal, datuk ada (aplikasi) WhatsApp? Nanti saya hubungi,” tulis saya setelah terkejut membaca pesanan ringkas daripada Timbalan Menteri Luar Malaysia yang baharu dilantik, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Rupa-rupanya, rakan media di Terengganu telah memaklumkan penahanan saya itu kepada pihak beliau dan beliau terus menghubungi saya untuk mendapat perkembangan lanjut.

Saya mengucapkan terima kasih dan memberitahu beliau mengenai kedudukan kami di pusat itu dan menyatakan sedikit kesal kerana saya sifatkan, para pegawai yang bertugas di kedutaan Malaysia, agak lambat bertindak.

Saya beritahu beliau, Abdullah dan Ahmad, dua rakan tahanan warga Amerika Syarikat yang ditahan lewat sehari daripada kami, tetapi kerana petugas luar negaranya lebih efisien, mereka tidak tinggal lama di pusat itu. Mereka telah dibebaskan, selepas hanya sehari berada di situ.

Setelah melihat salinan surat-surat yang saya hantar kepada beliau, Datuk Reezal berkata, beliau akan berusaha untuk mendapatkan pelepasan saya dan kawan-kawan dengan segera. Bahkan katanya, beliau telah menghubungi pihak duta sendiri dan mengarahkan agar tindakan dibuat segera.

Beberapa jam selepas itu, sepasukan tentera datang ke pusat itu dan membawa sekeping kertas yang tertulis nama-nama warga Malaysia yang ditahan. Mereka memberitahu kami supaya bersiap-siap kerana kami akan dikeluarkan dari pusat itu.

Tepat jam 6.23 petang, 17 Ogos, 2015, kami dibawa keluar dengan sebuah bas tentera dan dihantar ke bandar Salalah. Sampai di sana, kami telah dibelikan dengan tiket bas untuk ke Muscat dan perjalanan kembali ke tanah air pun bermula.

Alhamdulillah, kami selamat dan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan kami serta menghulurkan bantuan terutama kepada Datuk Seri Reezal Merican.