Monday, 22 June 2015

18 serangan udara sasar kedudukan IS

ISNIN, 22 JUN 2015 @ 1:09 AM

PASUKAN keselamatan Iraq mengambil tempat di barisan hadapan bagi menghadapi serangan kumpulan IS di Husaybah, 8 kilometer di timur Ramadi, Iraq. - Foto AP

 WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan negara pakatan melancarkan 18 serangan udara ke atas sasaran kumpulan IS di Iraq dengan masing-masing empat serangan di Tal Afar dan Mosul, menurut Pasukan Petugas Bersama AS dalam satu kenyataan. Secara keseluruhannya, serangan udara itu menyasarkan sembilan bandar Iraq dan memusnahkan bangunan, unit taktikal, kenderaan dan senjata berat kumpulan IS. Dua serangan udara mengenai sasaran berhampiran bandar Haditha. Bandar lain yang disasarkan ialah Baghdadi, Ar Rutbah, Baiji, Fallujah, Makhmur dan Sinjar. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62774

No comments:

Post a Comment