WASHINGTON – Sebilangan rakyat Amerika Syarikat (AS) ditahan di Yemen, kata seorang pegawai Jabatan Negara semalam ketika terdapat laporan sekurang-kurangnya empat warga AS telah ditawan oleh pemberontak Syiah.
Akhbar Washington Post melaporkan, rakyat AS itu dipercayai ditahan oleh militia Houthi di sebuah penjara dekat ibu kota Yemen, Sanaa, manakala usaha untuk membebaskan mereka sukar kerana Washington tidak mempunyai hubungan langsung dengan kumpulan pemberontak itu.
Jabatan Negara sudah melihat laporan bahawa beberapa rakyat AS ditahan di Yemen baru-baru ini, kata pegawai berkenaan.
“Kami sedang berusaha untuk membebaskan mereka,” katanya tanpa menyatakan bilangan yang ditahan atau pihak yang menahan mereka.
Beberapa pegawai AS dipetik akhbar Washington Post sebagai menyatakan, semua tahanan berkenaan bukan kakitangan kerajaan AS.
Tiga daripada tahanan itu dipercayai bekerja di sektor swasta, manakala tahanan keempat mempunyai kerakyatan AS-Yemen. – AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0602&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3bqoiyhl3
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment