Wednesday, 10 June 2015

Houthi lancar Scud di sempadan Arab Saudi


10 Jun 2015 12:23 AM

Gambar bertarikh 9 April lalu, merakamkan dua orang anggota pengawal sempadan Arab Saudi, memantau kawasan sempadan dengan Yemen di barat daya negara itu. AFP
Seorang anggota Pergerakan Selatan yang kudung kaki bersedia untuk bertempur dengan pemberontak Houthi di pinggir daerah Jaawala di bandar pelabuhan Aden di selatan Yemen, baru-baru ini. - REUTERS


SANAA 9 Jun – Satu serangan peluru berpandu merentas sempadan dari Yemen, semalam mengakibatkan dua lagi tentera Arab Saudi terkorban, beberapa hari selepas empat orang terbunuh dalam pertempuran dan serangan peluru berpandu Scud di sempadan Arab Saudi.
Tentera perikatan diketuai Arab Saudi dalam kenyataannya berkata, serangan peluru berpandu ke wilayah Asir itu berlaku pada kira-kira pukul 8.40 pagi waktu tempatan.
Menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita Saudi Press Agency, seorang anggota Pengawal Kebangsaan dan seorang anggota Pengawal Sempadan Arab Sadu terkorban dalam serangan tersebut.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh, kebanyakannya anggota keselamatan di kawasan sempadan berkenaan sejak tentera perikatan diketuai Arab Saudi melancarkan serangan ke atas Yemen pada 26 Mac lalu.
Dalam perkembangan lain, Presiden Yemen yang hidup dalam buangan memilih untuk tidak mahu bertolak ansur apabila menolak untuk mengadakan rundingan dengan pemberontak Houthi di Geneva, Switzerland serta mengecam campur tangan ‘berbahaya’ Teheran di negaranya.
Abdrabbuh Mansour Hadi yang mencari perlindungan di Riyadh berkata, satu-satunya perkara untuk dirundingkan di Geneva pada Ahad ini ialah melaksanakan resolusi menuntut pemberontak berundur dari wilayah yang mereka rampas.
“Tidak akan ada rundingan. Pertemuan itu hanya satu perbincangan tentang bagaimana untuk melaksanakan Resolusi 2216 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),’’ katanya kepada televisyen Al-Arabiya, semalam.
Perdana Menteri Yemen, Khaled Bahah senada dengan Abdrabbuh apabila memberitahu sidang media di Riyadh bahawa pertemuan di Geneva semata-mata satu perbincangan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/houthi-lancar-scud-di-sempadan-arab-saudi-1.100941#sthash.7Z8Lfdfc.dpuf

No comments:

Post a Comment