Tuesday, 2 June 2015

Kapal bantuan PBB ke Yemen diserang


02 Jun 2015 1:12 AM


ADEN 1 Jun – Sebuah kapal disewa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang sarat dengan bantuan kemanusiaan untuk ke Yemen, diserang dengan tembakan meriam ketika menghampiri bandar pelabuhan Aden, di sini semalam.
Menurut pegawai wilayah yang enggan dikenali, pihaknya yakin serangan itu dilakukan pemberontak Syiah Houthi yang tidak mengizinkan kapal tersebut berlabuh di Aden selepas menguasai beberapa lokasi di wilayah berkenaan.
“Anggota pemberontak Houthi melancarkan tembakan meriam ke arah kapal itu yang membawa 7,000 tan bahan makanan ketika berada pada jarak satu batu nautika dari pelabuhan Aden.
“Kapal itu tidak terkena tembakan, namun terpaksa berpatah balik,” ujarnya.
Menurut pegawai tersebut, kapal itu berlepas dari Djibouti, lokasi hab bantuan kemanusiaan PBB untuk ke Yemen.
Konflik di Yemen mengorbankan hampir 2,000 orang dan menyebabkan 8,000 cedera. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kapal-bantuan-pbb-ke-yemen-diserang-1.98251#sthash.CEv2w2vC.dpuf

No comments:

Post a Comment