![]() |
Puluhan kenderaan musnah dalam serangan udara di ibu negara, bulan lalu. |
SANAA - YAMAN. Tentera Yaman semalam, mengumumkan pihaknya telah menangkap beberapa anggota keselamatan Arab Saudi dalam pertempuran di sepanjang sempadan antara dua negara itu, menurut laporan media.
Pengumuman dibuat jurucakap tentera, Sharaf Luqman itu merupakan yang pertama daripada tentera Yaman sejak awal pencerobohan Saudi di negara berkenaan.
Sementara itu, Saudi didakwa sedang mempergiat pengeboman udara di bandar Yaman menjelang rundingan damai yang akan berlangsung di Geneva, Switzerland, dalam usaha untuk menamatkan krisis di negara terbabit.
Riyadh melancarkan serangan ketenteraan terhadap Yaman pada 26 Mac, untuk melemahkan gerakan Houthi yang kini mengawal ibu negara Sanaa dan beberapa wilayah utama.
Perang Saudi di Yaman tidak disahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang setakat ini telah mengorbankan kira-kira 2,000 orang dan lebih 5,000 lagi menjadi pelarian sejak konflik bermula 19 Mac lalu. - Press TV

No comments:
Post a Comment