![]() |
Naseer al-Wuhasyhi |
SANNA - YAMAN. Kumpulan militan al-Qaeda mengesahkan pemimpin kanan di Semenanjung Arab, Naseer al-Wuhasyhi terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat di Yaman.
Pengesahan kematian diumumkan oleh Pergerakan al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) dalam video yang dimuatnaik dalam talian.
Menurut laporan berita Yaman, al-Masdar Online, Nasser terbunuh dalam serangan di wilayah Hadramawt, Jumaat lepas.
Naseer adalah orang kedua al-Qaeda dan bekas setiausaha sulit kepada Osama Laden.
Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat tidak memberi sebarang komen mengenai perkara ini.
Amerika Syarikat sebelum ini menawarkan AS$10juta (RM37.49 juta) ganjaran bagi sesiapa yang boleh membantu membawa Naseer ke muka pengadilan.
Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, Naseer bertanggungjawab meluluskan sasaran, merekrut ahli baru, memperuntukkan sumber kepada latihan dan perancang serangan.
Beliau menjadi ketua AQAP apabila cawangan Yaman dan Arab al-Qaeda digabungkan pada tahun 2009.

No comments:
Post a Comment