PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan menggesa pihak-pihak berkepentingan di Yaman supaya menyertai rundingan politik secara inklusif tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dengan secepat mungkin.
Menurut kenyataan Wisma Putra, anggota Majlis Keselamatan amat bimbang mengenai situasi meruncing di Yaman dan amat kecewa kerana perundingan di Geneva yang dirancang pada 28 Mei tidak menjadi kenyataan.
Anggota Majlis Keselamatan mengulangi desakan bagi pematuhan sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan berkaitan, dan mengulangi gesaan berdasarkan Resolusi 2216 (2015) kepada semua pihak di Yaman untuk menyambung dan mempercepatkan perundingan politik tajaan PBB.
"Anggota Majlis Keselamatan mengulangi gesaan kepada pihak-pihak terlibat di Yaman untuk menghadiri rundingan tanpa syarat dan dengan niat baik termasuk menyelesaikan pertelingkahan melalui dialog, perundingan, menolak tindakan kekerasan untuk mencapai matlamat politik dan mengelak tindakan provokasi dan unilateral yang boleh menjejaskan peralihan politik.
"Anggota Majlis Keselamatan menekankan bahawa dialog politik secara inklusif tajaan PBB hendaklah berdasarkan proses diterajui Yaman, dengan tujuan menjadi perantara bagi penyelesaian politik berasaskan kesepakatan terhadap krisis Yaman selaras dengan inisiatif Majlis Kerjasama Teluk dan Mekanisme Pelaksanaan, hasil persidangan Dialog Nasional yang komprehensif, dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan yang berkaitan," menurut Wisma Putra.
Sementara itu, anggota Majlis Keselamatan memperakukan gesaan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon supaya dihentikan seketika perbalahan atas nama kemanusinaan bagi membolehkan bantuan sampai kepada penduduk Yaman dengan segera.
Majlis juga menggesa semua pihak supaya memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan, serta akses yang cepat, selamat, dan tanpa halangan bagi anggota misi kemanusiaan sampai kepada penduduk yang memerlukan bantuan kemanusiaan, termasuk bantuan perubatan segera.
Anggota Majlis Keselamatan juga menyeru kepada semua pihak untuk mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk mengambil langkah untuk mengurangkan kemudaratan kepada orang awam dan kemudahan awam, termasuk sistem air, sekolah dan hospital, dan segera bekerjasama dengan PBB dan organisasi bantuan kemanusiaan untuk mendapatkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
"Ini adalah keperluan mendesak untuk bekalan komersial yang berterusan untuk memasuki Yaman memandangkan negara dan rakyatnya amat bergantung kepada makanan dan bahan api yang diimport.
Anggota Majlis Keselamatan sekali lagi menegaskan komitmen tegasnya kepada perpaduan, kedaulatan, kemerdeknaan dan keutuhan wilayah Yaman serta komitmennya untuk menyokong rakyat negara itu. - Bernama

No comments:
Post a Comment