![]() |
Reyad dikelilingi wartawan selepas mesyuarat rundingan damai Yaman di Geneva. Foto: AFP |
GENEVA - SWITZERLAND. Menteri Luar Yaman berkata, rundingan damai dengan pemberontak Houthi di Switzerland hasil inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata untuk menamatkan konflik hampir tiga bulan itu.
"Kami ke sini dengan harapan besar dan masih yakin terdapat penyelesaian damai untuk Yaman.
"Malangnya delegasi Houthi tidak membenarkan kami mencapai seperti diharapkan. Rundingan ini tidak memberi kejayaan yang diingini, tetapi ia tidak bermakna kami telah gagal," menurut Reyad Yassin Abdulla.
Katanya lagi, setakat ini tiada tarikh untuk pusingan kedua rundingan damai selepas kira-kira lima hari diplomasi antara delegasi utusan khas PBB, Ismail Ould Cheikh Ahmed.
Menurut Menteri Hak Asasi Manusia Yaman, Ezzaldin al-Asbahi, rundingan telah berakhir dan Ismail Ould memanggil untuk satu sidang akhbar pada pukul 3 petang (waktu tempatan, semalam, lapor AFP.

No comments:
Post a Comment