![]() |
Ban Ki-Moon
LONDON 7 Jun – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam mengumumkan rundingan damai antara pemberontak Houthi di Yemen dan kerajaan akan diadakan di Geneva pada 14 Jun ini.
Rundingan itu pada awalnya dijadualkan berlangsung pada 28 Mei lalu, tetapi ditangguhkan selepas kerajaan menuntut pemberontak Houthi menarik diri dari wilayah yang ditawan.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon sekali lagi menggesa semua pihak supaya melibatkan diri dalam rundingan damai itu tanpa sebarang syarat demi kepentingan semua rakyat di Yemen.
Yemen berdepan dengan kekacauan sejak pemberontak Houthi menawan bandar Sanaa, September tahun lalu sebelum menawan bandar Aden, selatan negara ini sekali gus memaksa Presiden Abdrabbuh Mansour Hadi melarikan diri ke Arab Saudi.
Ketika mengumumkan rundingan damai, Ki-moon sekali lagi menggesa supaya pihak terlibat memperbaharui bantuan kemanusiaan.
“Bantuan ini sangat penting kerana ramai penduduk Yemen menderita,” ujarnya.
Rundingan damai diaturkan oleh Penasihat PBB ke Yemen, Jamal Benomar yang bertujuan melaksanakan gencatan senjata, bersetuju dengan rancangan pengunduran pemberontak Houthi serta menambahkan penghantaran bantuan kemanusiaan. – AFP
No comments:
Post a Comment