SANAA - YAMAN. Pemimpin tertinggi pemberontak Yaman semalam, menegaskan mereka bersedia ke Geneva untuk menghadiri rundingan damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengakhiri perang saudara di negara itu.

Menurut laporan Fox News, Mohammed al-Houthi, yang juga mengetuai Majlis Revolusi Houthi berkata, Arab Saudi dan gabungan enggan menghentikan kempen udara untuk membolehkan rundingan damai diadakan.

"Mereka meletakkan syarat menghalang mana-mana rundingan yang boleh membawa kepada penyelesaian masalah penduduk Yaman.

"Dialog adalah prinsip kami. Kami tiada sebarang bantahan terhadap rundingan. Gabungan yang sebenarnya menolak rundingan dan sentiasa berusaha menggagalkan rancangan tersebut," katanya.