![]() |
Penunjuk perasaan Yaman memegang sepanduk ketika perhimpunan membantah pemberontak Houthi. Foto: AFP |
Letupan pertama berlaku berhampiran pusat pemeriksaan dikendalikan pemberontak Houthi ketika sebuah bas sedang melalui jalan itu dan menyebabkan 16 orang terbunuh.
Manakala, letupan kedua meletup beberapa minit kemudian berhampiran rumah seorang pemimpin Houthi tempatan, mengakibatkan 10 lagi maut.
Menurut Reuters, seorang penduduk tempatan memberitahu, pemberontak Houthi menyekat semua jalan di bandar dan penduduk terpaksa duduk di rumah kerana bimbang jika terdapat serangan lain.
Sementara itu, jurucakap Houthi Ali al-Quhum berkata, terdapat juga kematian di kalangan penyokong kumpulan pemberontak berkenaan, tetapi tidak menyatakan jumlah sebenar.
Radaa adalah kubu kuat al-Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP), dan difahamkan Houthi berpindah ke kawasan itu Oktober lalu dalam usahanya untuk mengusir militan Islam.