Agensi berita Saba yang memetik sumber tempatan berkata, serangan itu dilancarkan di kawasan Mokha yang didiami kumpulan jurutera dan pekerja sebuah stesen janakuasa selain beberapa keluarga yang berpindah akibat peperangan.
Sumber itu menjelaskan, angka kematian dijangka bertambah ketika pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang tertimbus di celah runtuhan bangunan dan sejumlah mangsa yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Misi ketenteraan Arab Saudi di Yemen dilihat semakin berpihak kepada tentera bersekutu sejak awal bulan ini susulan kerjasama dengan kumpulan bersenjata pro-Presiden, Abdrabbuh Mansour Hadi yang berjaya mengusir pemberontak Syiah Houthi dari bandar Aden dan kawasan berhampiran.
Sejak itu, tentera bersekutu menggunakan lapangan terbang Aden untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan selepas kemudahan terbabit ditutup selama beberapa minggu ekoran pertempuran antara kumpulan pro-Hadi dan pemberontak Houthi.
Aden dan beberapa wilayah selatan lain mengalami kekurangan bekalan asas menyebabkan kira-kira 13 juta penduduk berdepan krisis kemanusiaan yang teruk. – REUTERS