ADEN - YAMAN. Sekurang-kurangnya 43 maut dan 173 lagi cedera dalam insiden pengeboman antara pemberontak Houthi dengan tentera pengikut bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Pertempuran berterusan di bandar Dar al-Saad dan Sabr, serta di Maashiq dekat daerah Crater, selepas pejuang tempatan disokong kerajaan Arab Saudi dan gabungan dipimpin Saudi berusaha merebut baki bahagian Aden.

Pejuang dan angkatan tentera Yaman yang setia kepada Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, merampas lapangan terbang bandar berkenaan dan kawasan utama lain selepas berjaya mara minggu lalu.

Kemaraan mereka telah dibantu usaha Teluk yang melatih dan melengkapkan tentera Yaman dengan membawa mereka ke Aden, bandar kedua terbesar negara itu. - Press TV