![]() |
Beberapa kawasan di Jizan dan Najran menjadi sasaran bedilan pemberontak Houthi serta sekutunya. |
KAHERAH - MESIR. Kumpulan pemberontak Houthi dan sekutunya, semalam membedil beberapa kawasan di Jizan dan Najran di Arab Saudi dan turut meragut nyawa tentera.
Agensi berita Saba melaporkan sebanyak 13 bedilan dilancarkan ke beberapa kawasan termasuk lapangan terbang Jizan.
"Serangan itu turut mengakibatkan peralatan ketenteraan musnah dan beberapa tentera cedera," menurut laporan itu lagi tanpa memberikan butiran lanjut mengenai jumlah sebenar mangsa.
Kelmarin, sekurang-kurangnya 16 maut dalam insiden serangan di Yaman selepas Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) merayu gencatan sementara bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar kepada penduduk yang terjejas teruk di negara itu.
Sejak 26 Mac lalu, gabungan Arab diketuai Riyadh telah melancarkan tindakan ketenteraan ke atas Houthi dan sekutunya sebagai usaha untuk mengembalikan semula kuasa kepada kerajaan sah di bawah pemerintahan Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi. - Reuters
No comments:
Post a Comment