Sunday, 26 July 2015

55 terbunuh dalam serangan terbaru Saudi


Sanaa: Serangan udara terbaru yang diketuai Arab Saudi di Taiz menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Agensi berita Saba yang dikuasai pemberontak Houthi melaporkan, serangan semalam menyasarkan kawasan Mokha yang kebanyakan penduduknya bekerja di sebuah loji tenaga elektrik dan beberapa keluarga pelarian tempatan.

Jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan pasukan penyelamat masih mencari mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pakatan Arab yang diketuai Saudi melancarkan serangan udara dengan menyasarkan kedudukan Houthi, militan Syiah Yaman yang mendapat sokongan Iran sejak Mac lalu dalam usaha mengembalikan pemerintahan kerajaan Presiden Abed Rabbo Mansour Hadi yang kini hidup dalam buangan di Riyadh.

Peperangan di Yaman
beralih memihak kepada pakatan Arab awal bulan ini apabila kerjasama dengan tentera yang setia kepada Abed berjaya mengundurkan militan Houthi dari Aden dan sebahagian besar kawasan sekitar. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:03 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/66231#sthash.iwL92EW0.dpuf

No comments:

Post a Comment