SABTU, 11 JULAI 2015 @ 6:19 PM
Aden: Dua serangan perlu berpandu daripada dron Amerika Syarikat (AS) di selatan Yaman hari ini membunuh 10 orang dipercayai anggota Al-Qaeda termasuk tiga pemimpin tempatan.
![]() |
BANGUNAN yang musnah akibat dua serangan perlu berpandu daripada dron Amerika Syarikat (AS) di selatan Yaman hari ini. - Foto AP |
Serangan itu menyasarkan sebuah kenderaan dan kontena yang sarat muatan berhampiran pelabuhan Mukalla, ibu negeri Hadramawt, kata pegawai kerajaan.
Serangan dron itu memusnahkan kontena senjata berkenaan, kata pegawai itu.
Kematian berkenaan menjadikan keseluruhan 23 anggota Al-Qaeda dibunuh menerusi serangan sebegitu dalam tempoh tidak sampai tiga minggu.
Minggu lalu, AS mendakwa sudah membunuh timbalan pegawai pemerintah global Al-Qaeda, Nasir al-Wuhayshi, yang turut mengetuai operasi di Yaman.
Di rantau Teluk, AS mempunyai pangkalan tentera di Arab Saudi dan Djibouti. - AFP
No comments:
Post a Comment