Berlin: Sekurang-kurangnya 142 orang awam terbunuh di Yaman sejak 10 hari lalu membawa jumlah kematian awam dalam tempoh lebih tiga bulan kepada 1,670 dengan 3,829 kecederaan, kata Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64384#sthash.E7OxsCCn.dpuf
Serangan udara dan pertempuran di darat masih diteruskan walaupun gencatan senjata dipersetujui antara Houthi dan kerajaan Yaman yang mendapat sokongan antarabangsa.
Arab Saudi mendakwa Houthi tidak menunjukkan komitmen dalam menjayakan gencatan sementara itu.
Jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB Rupert Colville berkata di Geneva bahawa sekurang-kurangnya 142 orang awam terbunuh di Yaman antara 3 Julai dan Isnin lalu manakala 224 cedera. Ini termasuk 76 kematian dan 38 yang cedera dalam dua serangan udara di kawasan pasar pada 6 Julai lalu.
Sementara itu, katanya, 10,500 tiba di Yaman melalui jalan laut sejak 26 Mac lalu, bererti setakat ini jumlah keseluruhannya 37,000 orang terdiri antara lain daripada orang Etiopia dan Somalia. Ramai yang ditipu penyeludup untuk memasuki Yaman selepas dimaklumkan perang sudah berakhir.
Sehubungan itu, usaha dilakukan di Puntland dan Somaliland, Somalia, serta kawasan lain untuk menghalang orang ramai melarikan diri ke Yaman.
Hampir 1.27 juta rakyat Yaman menjadi pelarian di negara sendiri manakala lebih 51,000 melarikan diri ke Djibouti, Somalia, Oman, Arab Saudi dan Sudan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Julai 2015 @ 5:08 AM
No comments:
Post a Comment