RABU, 15 JULAI 2015 @ 1:32 AM
GENEVA: Konvoi bekalan makanan dan ubatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tiba di Aden, selatan Yaman, menurut pegawai badan dunia itu. Jurucakap Program Makanan Dunia PBB di Kaherah, Abeer Etefa, berkata konvoi 40 trak yang membawa makanan cukup untuk 117,000 orang selama sebulan itu tiba di wilayah berkenaan selepas ditahan di pusat pemeriksaan Rabat di luar Aden sejak 9 Julai lalu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut membawa 46.4 tan bantuan termasuk kit trauma, ubatan untuk merawat malaria dan penyakit cirit-birit serta bekalan sanitasi untuk lebih 84,000 penduduk Aden pada Sabtu lalu . Koordinator kemanusiaan PBB untuk Yaman, Johannes Van Der Klaauw, berkata, ia mengambil 'masa berhari-hari lamanya untuk menguruskan laluan selamat' untuk bekalan ubatan masuk ke kawasan bergolak. Harapan untuk menghantar 500,000 bekalan bahan api ke Aden yang terdesak untuk pengagihan bantuan dan penjana kuasa hospital, masih samar-samar akibat pertempuran. "Kawasan sekitar pelabuhan itu sejak 48 jam lalu menjadi zon perang," kata Etefa. Lebih 3,000 orang terbunuh manakala 1.2 juta kehilangan tempat tinggal dalam konflik antara puak Houthi dan tentera kepada Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, yang melarikan diri ke Riyadh. - Reuters
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68140
![]() |
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68140
No comments:
Post a Comment