Wednesday, 22 July 2015

Dua markas Houthi dirampas

AHAD, 19 JULAI 2015 @ 10:16 AM

 PEJUANG menentang pemberontak Syiah Houthi berkumpul di barisan hadapan di bandar pelabuhan Aden, baru-baru ini. - Foto AP

 ADEN-SANAA: Pejuang tempatan dan tentera di Yaman berjaya merampas dua pangkalan ketenteraan daripada militan Houthi dalam satu gerakan pantas, menurut penduduk dan pegawai rasmi, semalam. Kejayaan itu berlaku sehari selepas kerajaan dalam buangan Yaman mengisytiharkan bandar selatan, Aden 'dibebaskan'. Ia adalah kemenangan terbesar mereka dalam tempoh empat bulan, sejak kempen serangan udara diterajui tentera sekutu Arab Saudi dengan angka korban kini mencecah 3,500 mangsa. Angkatan bersenjata Yaman yang disokong Arab Saudi mendapat bantuan serangan udara menawan pangkalan tentera Labuza di daerah Lahj, utara bandar pelabuhan itu dan ibu pejabat divisyen berperisai ke-117 di timur daerah Shabwa - kira-kira 230 kilometer dari Lahj. Cuba rampas semula Pegawai rasmi angkatan anti-Houthi berkata, serangan dirancang selama berminggu-minggu dan berkesan selepas latihan serta penghantaran senjata dari Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Sementara itu, penduduk berkata, militan Houthi dan sekutunya dalam tentera Yaman membuat percubaan untuk berkumpul semula dan menawan kembali utara Aden, Jumaat lalu dengan menembak roket di daerah Khor Maksar. Usaha mereka gagal, menurut pejuang anti-Houthi dan satu serangan udara yang disokong kini sedang dalam perjalanan untuk menawan pangkalan udara Anad, satu daripada yang terbesar di Yaman, kira-kira 60 kilometer di utara Aden. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/68848

No comments:

Post a Comment