Sanaa: Pesawat pejuang tentera diketuai Arab Saudi semalam membedil pemberontak Yaman di utara negara itu selepas Riyadh menjanjikan ‘balasan’ atas serangan di sempadannya, hanya beberapa jam selepas mencadangkan gencatan senjata bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar.
Serangan menyasarkan pusat kawalan, kompleks komunikasi dan kilang periuk api di Saada yang bersempadan dengan Arab Saudi.
Penduduk berkata, pesawat pejuang sebelum itu melepaskan risalah di Saada mengujar penduduknya meninggalkan wilayah itu kerana serangan bakal dijalankan.
Saudi yang mengetuai serangan udara sejak enam minggu lalu di Yaman bagi menyokong presidennya Abedrabbo berkata Houthi silap besar apabila memasuki kawasan sempadan berpenghuni di negaranya.
Jurucakap tentera Brigadier Jeneral Ahmed al-Assiri berkata: “Keselamatan Arab Saudi paling penting bagi tentera bersekutu dan Arab Saudi. Mereka silap besar melanggar sempadan.”
Riyadh berulang kali menuduh Iran membekalkan senjata kepada Houthi yang dinafikan Teheran sekali lagi semalam.
Sehari sebelumnya Setiausaha Neara Amerika Syarikat (AS) John Kerry menggesa pemberontak Houthi menerima tawaran gencatan senjata lima hari untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49674#sthash.5Qmrpjmy.dpuf
No comments:
Post a Comment