SANA'A - YAMAN. Mesyuarat tergempar di Yaman oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Jumaat lalu bersama 15 ahlinya tidak mencapai kata putus, lapor Al Arabiya.
Menurut laporan tersebut, Wakil Tetap Rusia ke PBB, Vitaly Churkin, yang dipanggil dalam mesyuarat tertutup itu berkata ‘kehidupan di Yaman’ berada di ambang keruntuhan sekiranya tiada tindakan segera dilakukan.
Diplomat itu menambah, Rusia juga mahu menangani keadaan kemanusiaan dan keamanan negara termiskin di dunia Arab itu.
Dalam pertemuan tersebut, Churkin berkata beberapa anggota majlis 15 anggota tidak menyokong kenyataan yang dicadangkan.
Gencatan senjata serta-merta
Sementara itu, Churkin mencadangkan agar gencatan senjata segera dilakukan.
Bercakap mengenai Amerika Syarikat (AS), Chukrin berkata: "Jelas sekali, mereka perlu berasa tanggungjawab kerana mereka menyokong pengeboman gabungan itu,” katanya.
AS tidak segera mengulas mengenai kenyataan duta tersebut.

No comments:
Post a Comment