Saturday, 9 May 2015

‘Tolong campur tangan!’

PENDUDUK menaiki motosikal melintas depan ibu pejabat polis yang musnah dalam serangan udara di Saada.
Yaman: Wakil khas Yaman ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat antarabangsa segera campur tangan menghantar tentera darat bagi menyelamatkan negara itu daripada pemberontak Houthi.
Dalam surat dihantar kelmarin kepada Presiden Majlis Keselamatan PBB, Khaled Alyemany turut menggesa organisasi hak asasi manusia supaya ‘mendokumentasikan kekejaman terhadap penduduk yang tidak tidak berupaya mempertahankan diri.’
Surat itu menyenaraikan contoh ‘peristiwa kejam di Aden’ dengan lebih 50 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibu nuh pemberontak Houthi yang menyerang bot mereka ketika cuba melarikan diri dari daerah Tawahi.
Surat itu mendakwa Houthi membunuh pekerja kemanusiaan dan menyerang penduduk selain mencegah pasukan perubatan daripada sampai ke daerah itu.
Pada masa sama, masyarakat antarabangsa turut menggesa gencatan senjata atau sekurang-kurangnya keredaan dalam pertempuran bagi membolehkan bantuan dihantar kepada orang awam yang terperangkap di situ.
Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Arab Saudi semalam berkata, gencatan senjata selama lima hari bakal dilaksanakan di Yaman untuk membolehkan bantuan dihantar kepada orang awam jika Houthi dan penyokongnya turut bersetuju melakukannya.
Perkara itu disahkan Menteri Luar Saudi Adel al-Jubeir yang berkata Riyadh akan menghentikan serangan udara di Yaman kerana mahu menghantar bantuan berjumlah AS$274 juta (RM984 juta).
Bagaimanapun, kedua-dua pihak mengakui perancangan itu hanya boleh dibuat dalam beberapa hari lagi bagi membolehkan usaha dilakukan untuk memujuk Houthi.
Selain itu, organisasi bantuan juga memerlukan masa untuk membawa masuk makanan, bahan bakar serta ubat ke dalam Yaman.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 8:17 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49388#sthash.wIg25ojU.dpuf

No comments:

Post a Comment