Monday, 11 May 2015

Jet pejuang F-16 Maghribi sertai serangan di Yaman hilang

ISNIN, 11 MEI 2015 @ 8:52 AM

JET pejuang F-16 milik tentera udara Maghribi. - Foto ihsan moroccoworldnews.com

 RABAT: Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera udara Maghribi yang menyertai serangan tentera pakatan di Yaman yang diketuai Arab Saudi, dilaporkan hilang hari ini. Angkatan Tentera Diraja Maghribi dalam kenyataannya berkata, juruterbang pesawat kedua dalam skuadron yang sama gagal melihat sama ada juruterbang jet berkenaan sempat menekan kerusi anjal. Kejadian dilaporkan berlaku jam 6 petang waktu tempatan, demikian kenyataan yang disiarkan agensi berita rasmi Maghribi, MAP. MAP berkata, laporan mengenai kejadian nahas itu sedang dijalankan. - REUTERS

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54163

No comments:

Post a Comment