![]() | |
Kebanyakan laluan sesak selepas banyak kenderaan terpaksa berebut-rebut untuk mendapatkan bahan api di Sanaa. - Foto AFP |
SANAA - YAMAN. Pergolakan di Yaman menjadi semakin buruk selepas negara tersebut kini dilanda krisis bahan api yang meruncing.
Media tempatan melaporkan kekurangan bahan bakar itu telah melumpuhkan sistem pengangkutan di seluruh negara hingga memaksa jutaan penduduk terpaksa berjalan kaki untuk ke destinasi mereka.
"Kereta saya tersadai di kawasan parkir sejak 12 hari lalu akibat kehabisan bahan api. Penduduk Yaman seakan berada di bawah kepungan akibat sekatan pihak bertelagah," rungut seorang penduduk di ibu negara.
Susulan daripada itu, kebanyakan penduduk Yaman mula mencari jalan alternatif untuk menggunakan sumber gas asli untuk menggantikan bahan api tersebut.
Menurut seorang penduduk lain, dia terpaksa menggunakan gas asli mampat (CNG) walaupun ia boleh merosakkan enjin bas yang menjadi mata pencariannya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon memberi amaran bahawa kekurangan bahan api tersebut boleh menjadi penghalang kepada agensi bantuan untuk menyalurkan bantuan kepada jutaan penduduk di Yaman yang kini dihimpit krisis kemanusiaan terburuk.
"Misi bantuan kemanusiaan boleh berakhir dalam masa beberapa hari jika krisis tersebut tidak dipulihkan segera," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, sekurang-kurangnya 11 termasuk tiga kanak-kanak terkorban manakala beberapa lagi cedera akibat serangan udara yang dilancarkan gabungan Arab di wilayah Dhamar.
Terdahulu, pangkalan tentera al-Anad di wilayah Lahid turut dibedil bertalu-talu hingga menyebabkan beberapa jet pejuang turut musnah. - Press TV

No comments:
Post a Comment